Wednesday, October 29, 2008

Sos Cili

Produk yang mudah dibuat sendiri adalah sos cili. Sos cili boleh kita buat daripada lada kering dirumah. Lada kering dibersihkan dan direndam dalam air hingga lembut. Cili kering kemudian dikisar halus dengan mesin pengisar. Cili kering yang telah dikisar kemudian dimasak dan gula, cuka serta sedikit garam ditambah. Masak sehingga mendidik kemudian dibotolkan.Jika anda inginkan sos cili bawang putih, tumbuk bawang putih dan dimasukkan semasa memasak cili kisar.

Tambahkan air lebih sedikit jika anda ingin buat sos pencicah dan tambah bijan yang telah digoreng dan masak hingga dimendidih dan botolkan

Tuesday, October 28, 2008

Kicap Tamin sudah tersohor

Salah satu kicap terkenal dinegara kita adalah kicap dengan jenama Tamin atau lebih dikenali Kicap Tamin.Kicap TAMIN bermula pada tahun 1951 apabila Tuan Haji Mohd. Tamin berjaya menemui ramuan untuk menghasilkannya. Ia bermula sebagai produksi kecil-kecilan di Batu Gajah, Perak.Tuan Haji Mohd. Tamin memulakan perniagaan beliau dengan hanya bermodalkan RM10 tetapi semangat dan azam yang tinggi berjaya menghasilkan kira-kira 700 botol kicap sehari dengan bantuan ahli-ahli keluarga beliau.

Walaupun dengan kapasiti pengeluaran yang kecil, kebersihan, kualiti dan rasa sos tidak diabaikan. Proses pemilihan dan campuran ramuan seperti kacang soya, tepung gandum dan sebagainya dilakukan dengan teliti untuk memastikan kuality kicap yang terjamin.

Setelah setahun, permintaan terhadap Kicap TAMIN melebihi jangkaan dan kicap ini mula dikenali di kalangan suri rumahtangga dan komuniti sekitar kampung. Golongan muda dari kampung yang berhijrah ke kawasan bandar membawa bersama Kicap TAMIN dan secara tidak langsung mereka inilah yang memperkenalkan kicap yang enak dan menyelerakan ini kepada penduduk di bandar.

Untuk permintaan yang semakin meningkat, Tuan Haji Mohd. Tamin mengambil langkah meningkatkan pengeluaran 3,500 botol sehari. Peningkatan kehendak dan kepopularan Kicap TAMIN telah mendorong Tuan Haji Mohd. Tamin untuk mengembangkan perniagaan beliau dengan mendirikan sebuah kilang di Enggor, tidak jauh dari Bandar Diraja negeri Perak - Kuala Kangsar. Semakin banyak pekerja diambil untuk meningkatkan pengeluaran sehingga 9,000 botol sehari. Hari ini, Kicap TAMIN boleh didapati di seluruh Semenanjung Malaysia.

Monday, October 27, 2008

Buat Kicap Dengan Lebih Mudah

Sebenarnya terdapat cara membuat kicap yang lebih mudah dan cepat tanpa perlu melalui proses pemeraman yang lama. Caranya adalah dengan membeli air moromi dan menggunakan air moromi yang tersedia dipasaran ini sebagai bahan utama untuk membuat pelbagai jenis kicap. Air moromi ini yang merupakan pati atau ibu kicap merupakan asas penting dalam penghasilan kicap.

Dengan membeli moromi daripada pasaran, modal awal untuk membuat kicap dapat dikurangkan, anda tidak perlu beli kacang soya, garam, tong fiber glass untuk peram kacang soya jadi moromi, tak perlu tapak untuk letak tong pemeraman moromi ini.

PUSPRO Bachok ada menjual air moromi ini, jika anda berminat untuk beli moromi sila hubungi di talian 09 -7788 285 pada waktu pejabat 8.00 pagi-4.00 petang.

Sunday, October 26, 2008

Buat Kicap : Penghasilan Koji

Proses pengeluaran kicap samaada kicap manis, masin,pedas bermula dengan penghasilan koji.

MENULIS KEMBALI

PANDUAN TEMUDUGA

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NAMA :NOH

Akaun Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.