Kursus ini dikendalikan oleh Jabatan Standard Malaysia dibawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. dengan kerjasama daripada pelbagai Jabatan dan Agensi Kerajaan yang lain seperti JAKIM, SIRIM, WISMA PUTRA, IMIGRESEN, JICA dan lain - lain.Kursus ini telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha MOSTI Y.Bhg Dato' Madinah Mohamad.
Lebih daripada 20 orang wakil daripada negara OIC hadir dalam program ini yang merangkumi taklimat berkaitan dengan Standard dan Industri Halal Malaysia. Wakil - wakil daripada negara OIC ini turut membentangkan kertas kerja mereka dalam perlaksanaan pensijilan Halal dinegara mereka.
Dikesempatan ini saya juga berpeluang mendalami Standard Halal Malaysia yang semakin bertambah dari aspek skop standard yang telah ada di negara kita. Insya Allah saya akan kongsikan pengalaman dalam latihan ini pada masa akan datang.
Majlis Perasmian
PESERTA KURSUS