Jika disemenanjung Malaysia air nira ini sama dengan air nira kelapa yang kemudian dimasak menjadikan gula melaka ataupun nise jika di Kelantan.Secara tradisional gula apong yang dihasilkan dipasar secara borong dalam tin biskut dan jika untuk pasaran runcit ia di pasarkan menggunakan beg plastik.
Kenaikan harga gula menjadikan gula apong mula mendapat tempat dihati pengguna di Sarawak dan mula menunjukan potensi pasaran yang baik. Melihat kepada peluang pasaran ini, FAMA Sarawak telah mengorak langkah menginovasikan pembungkusan gula apong ini dengan memperkenalkan gula apong dalam bentuk botol,plastik yang cukup menarik.
Cara proses memasak nira nipah untuk menjadi gula apong..lihat video
Pembotolan gula apong ini membolehkan pasaran gula apong dikembangkan sesuai dengan kehendak pengguna semasa yang inginkan keselesaan dalam penggunaan gula apong.
Pelbagai jenis makanan dan minuman boleh kita buat dengan gula apong antaranya adalah yang tersohor T C Peng, Cendol dan pelbagai lagi makanan yang anda boleh lihat pada gambar buku yang di keluarkan oleh FAMA Sarawak. Sila KLIK GAMBAR UNTUK BESAR KAN...
Oleh itu jika anda berpeluang ke Sarawak terutama di bandar Kucing, cuba - cuba lah T C Pheng dan lain - lain makanan bagi menikmati keenakan gula apong..Jadikan Gula Apong sebagai ole - ole dari Sarawak selain Kek Lapis dan juga Ikan Terubok Masin ....