Showing posts with label Tempat nak jual produk makanan.. Show all posts
Showing posts with label Tempat nak jual produk makanan.. Show all posts

Saturday, January 30, 2010

Tempat Nak Jual Produk


Hari ini saya nak kongsi sedikit tempat - tempat dimana kita boleh jual atau pasarkan produk - produk makanan yang telah kita buat dengan menggunakan teknologi makanan. Kekadang dengan ilmu teknologi makanan yang kita pelajari kita dapat buat bermacam - macam jenis produk makanan namun bila kita nak jual produk ini, kita menemui jalan buntu.

Bila kita berbicara tempat nak jual ini, kita juga perlu lihat jenis produk serta teknologi makanan apa yang terlibat yang telah kita gunakan untuk membuat produk makanan ini.Sebagai contoh jika kita dengan kemahiran teknologi makanan kita buat makanan sejukbeku atau lebih dikenali sebagai frozen food yang perlu gunapakai peti ais untuk disimpan atau untuk dipamerkan semasa jualan, maka jika kita nak jual dipasar malam dan pasar tani adalah tempat yang kurang sesuailah. Kecuali kita ada generator dan bawa peti ais kesana lalu sambung ke peti ais yang kita bawa dipasar tani atau pasar malam itu. Oleh itu jika kita terlibat dalam penghasilan makanan sejukbeku pasarannya adalah lebih sedikit keperluannya, iaitu perlu pakej dengan peti ais sekali !. Jika ini terjadi modal untuk memulakan perniagaan produk sejukbeku ni sudah pasti agak besar.

Bayangan yang mudah dalam aktiviti pemasaran produk sejuk beku ini adalah cara bagaimana kita nak jual ais krim. Semua tempat pengeluaran, penyimpanan, penghantaran, serta tempat pemasaran mesti tempat yang sejuk, jika tidak ais krim akan cair dan rosak. Begitulah kaedah nak jual makanan sejukbeku ni,anda mungkin kata makanan sejukbeku seperti karipap,roti canai dan seumpamanya tak cair, namun sebenarnya perubahan suhu dari sejuk beku kepada suhu yang lebih tinggi akan merosakan makanan itu terutama bakteria atau kuman boleh membiak dalam makanan sejukbeku itu, lalu menjadikan inti ataupun makanan itu basi, rosak, berbau dan jika dimakanan oleh pengguna boleh menyebabkan keracunan makanan dengan gejala sakit perut, muntah dan sebagainya.

Oleh itu saya cadangkan bagi mereka yang terlibat dalam pemasaran makanan sejukbeku pastikan rantai sejukbekunya ' cold chain' tidak terputus dimana -mana. Ini pentingnya memahami teknologi makanan dan mengaplikasikan dalam dunia perniagaan.

MENULIS KEMBALI

PANDUAN TEMUDUGA

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NAMA :NOH

Akaun Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.