Showing posts with label plastik pembungkusan. Show all posts
Showing posts with label plastik pembungkusan. Show all posts

Sunday, May 8, 2022

TUKAR PEMBUNGKUSAN LUASKAN PASARAN.

 Antara perkara yang perlu diperhatikan oleh usahawan makanan adalah keperluan untuk merubah atau penukar bentuk dan bahan pembungkusan bagi meluaskan pasaran seterusnya meningkatkan jualan 

.

Saya ambik contoh mudah je.. ni KEROPOK AMPLANG.. keropok ini amat popular di Sabah terutama di Tawau.

.

Saya pernah jumpa usahawan yang buat kerepok ini di Tawau. Satu daripada keunikan ini jika dibandingkan dengan keropok yang biasa kita lihat adalah bentuknya seperti bebola dan ia diperbuat daripada isi  IKAN TENGGIRI.

Walaubagaimana pun kita keropok amplang ini telah dipelbagaikan variasinya sama ada dari aspek rasa  kerana kini dah ada perasa pedas dan ori atau daripada sumber bahan mentahnya.. 

Kini saya lihat sudah ada Keropok Amplang Udang dan Sotong  sungguh menarik supaya pengguna tak jemu beli kerepok amplang ini.Pembungkusan keropok ini pun telah diupgrade oleh sebahagian usahawan disana.

Asal pembungkusan keropok amplang ini adalah dalam plastik biasa je ( spt plastik maruku dlm gambar) dengan satu label stiker. 

Tak salah ye nak buat pembungkusan macam ini.. Banyak yang masih jual packaging macam ni..Kini ada jua yg dah guna printed plastik aluminum packaging yang cantik dan menarik.

Kebaikan packaging plastik aluminium  macam ini, ia boleh bantu panjangkan jangkahayat produk kerana udara tak boleh masuk dlm pembungkusan yang menjadi produk tak rangup dan rasa tengik.


Dengan packaging macam ini usahawan dpt meluaskan pasaran lebih jauh seperti untuk eksport keluar negara kerana jangkahayat produk dpt dilanjutkan seterusnya dapat meningkatkan keuntungan syarikat 

Untuk usahawan lain anda boleh fikirkan perkara ini adakah ia nya sesuai untuk tukar atau tambah jenis dan bentuk pembungkusan untuk produk keluaran anda.

Harus diingat dan dipertimbangkan juga perubahan pembungkusan ini sudah pasti memerlukan modal tambahan untuk buat rekabentuk pembungkusan, pembelian mesin-mesin pembungkusan  dll.

Buat kajian dan perancangan yang teliti..

Jika ada pertanyaan atau pandangan boleh tulis diruang komen

Untuk dapat info dan tontonan video teknologi makanan boleh klik link dibawah

Semuga ada manafaat..


LIKE FB  >> TEKNOLOGI MAKANAN KONSULTAN

SUBCRIBE YOUTUBE >> TEKNOLOGI MAKANAN

MENULIS KEMBALI

PANDUAN TEMUDUGA

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NAMA :NOH

Akaun Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.