Di Terminal Makanan Negara ini turut memasarkan produk - produk industri asas tani yang sudah pasti sebahagiannya menggunakan teknologi makanan untuk menghasilkannya. Terminal Makanan Negara ini akan diurus tadbir oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan atau FAMA sebuah agensi dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Konsep pemasaran secara borongan dan runcit akan dilaksanakan di Terminal Makanan Negara ini. Terminal Makanan Negara di Ipoh ini merupakan Terminal Makanan Negara yang pertama siap dibina dan akan mula beroperasi sedikit masa lagi.
Terminal Makanan Negara yang kedua yang hampir siap dibina terletak di Kota Bharu Kelantan. Bila kedua - dua Terminal Makanan Negara ini beroperasi sepenuhnya, ia akan mampu mengubungkan aktiviti pemasaran hasilan pertanian secara besar - besaran antara pantai timur dan juga pantai barat.