Persiapan untuk MAHA 2012 sedang rancak dilaksana oleh penganjur kerana tarikh MAHA 2012 dah semakin hampir 23 Nov 2012.
Antara tempat yang sedang di siapkan adala Agrobazaar yang merupakan tempat dimana usahawan - usahawan yang terlibat dalam pengeluaran dan pemasaran produk - produk industri asas tani.
Nak mudah cerita di sinilah ratusan usahawan IKS dari seluruh Malaysia akan berkumpul dan menjual pelbagai produk berasaskan makanan, sejukbeku, herba, kraftangan yang semuanya bersumberkan hasilan pertanian.
Jika nak beli kerepek , ubatan herba, karipap sejukbeku, pelbagai jenis sos dan macam - macam produk terkini anda boleh datang ke Agrobazaar ini.
Pengurusan kemasukan usahawan Agrobazaar ini adalah dibawah kawal selia Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan atau FAMA.
Agrobazar akan mula dibuka pada orang ramai pengunjung MAHA 2012 pada 23 November 2012 hingga 2 Disember 2012, bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.
Dalam usaha membantu meningkatkan jualan usahawan di Agrobazaar serta meraikan pengunjung ke Agrobazar ini, FAMA akan mengadakan pelbagai aktiviti promosi yang boleh di sertai oleh pengunjung antaranya adalah peraduan mewarna untuk kanak-kanak, teka bilang kacang dalam balang, dan juga cabutan bertuah dengan penyertaan pembelian produk iks di Agrobazaar pada jumlah RM20.00
Hadiah utama untuk cabutan bertuah ini adalah merupakan dua unit basikal yang dijangkakan akan menarik minat golongan muda mengunjungi AGROBAZAAR ini..
Oleh itu jangan lepaskan peluang anda untuk datang ke MAHA 2012 serta mengunjungi AGROBAZAAR ini..
Hadiah Utama Cabutan Bertuah Hanya Di Agrobazaar @ MAHA 2012 |
LOKASI AGROBAZAAR 2012