Kita semua sebagai pengguna, terutama pengguna muslim perlu memberikan sokongan padu pada pengusaha makanan bumiputra ini dengan membuat pilihan membeli produk - produk keluaran bumiputra muslim yang halal lagi suci. Halal lagi suci inilah yang menjadi daya penarik utama makanan yang dikeluarkan oleh usahawan bumiputra muslim. Walaupun kekadang harga produk yang dikeluarkan oleh usahawan bumiputra ini sedikit mahal namun saya yakin sebagai seorang Islam kita pasti telah membuat pilihan bijak lagi tepat dengan membeli produk keluaran usahawan bumiputra muslim kerana konsep halal lagi suci ini amat penting bagi seseorang muslim.
Para pengusaha makanan bumiputra pun pada masa ini tidak kurang hebatnya dalam pengeluaran makanan kerana sebahagian besar pengusaha makanan ini telah pun menggunakan mesin - mesin teknologi makanan yang canggih serta hebat dalam penghasilan produk makanan.
Satu daripadanya adalah dalam pengeluaran kuih bangkit dimana mesin yang canggih telah digunakan. Penggunaan teknologi makanan dalam penghasilan kuih bangkit ini akan meningkatkan produktiviti serta juga mampu mengurangkan kos pengeluaran dan ini menjadikan produk dapat dijual pada harga berpatutan serta mampu bersaing dipasaran.
Bila melihat kepada kuih bangkit ini kekadang saya ketawa sendirian, kerana bagi kuih bangkit ini sebenarnya adalah sejenis biskut namun entah kenapa ia di kenali sebagai kuih. Pengunaan mesin penerap acuan ini mampu menghasilkan kuih bangkit dalam jumlah yang banyak hanya dengan menggunakan seorang pekerja sahaja.
Penggunaan Teknologi Makanan dengan menggunakan mesin mampu meningkatkan pengeluaran kuih bangkit yang pada asalnya dihasilkan secara tradisional.
Bila pengeluaran banyak ia boleh dijual secara borong