Showing posts with label Kilang Proses Herba. Show all posts
Showing posts with label Kilang Proses Herba. Show all posts

Wednesday, May 12, 2010

Produk Herba Mampu Meningkatkan Pasaran Produk Teknologi Makanan

Herba mempunyai potensi yang besar untuk dipasarkan. Produk herba sebagai perubatan alternatif semakin popular kini. Negara kita amat kaya dengan tumbuhan herba dan secara tradisionalnya telah banyak digunakan untuk merawat pelbagai penyakit oleh nenek moyang kita.

Tumbuhan herba banyak telah terbukti memberikan pelbagai khasiat perubatan dalam masyarakat kita dari dahulu hingga kini. Oleh itu kita semua perlu merebut peluang ini untuk memasarkan produk herba secara lokal dan juga global.

Produk herba ini boleh digandingkan dengan produk teknologi makanan untuk menjadikan suatu makanan yang mampu memberikan kebaikkan kepada kesihatan yang kini popular dikenali sebagai Makanan Nutraceutical atau Nutraceutical Food.

" Nutraceutical Food is a food or food product that provides health and medical benefits, including the prevention and treatment of disease".

Sebagai contoh pengguna herba tongkat ali dan kacip fatimah semakin popular dalam produk kopi pra campur 3 in 1 , sehinggakan syarikat makanan terbesar pun turut memasarkannya. Atas kesedaran inilah saya pada hari ini telah pun mengadakan suatu lawatan kerja di sebuah kilang memproses herba yang terletak di Raub, Pahang atau dengan lebih tepat di Taman Teknologi Park Raub dengan jarak perjalanan lebih kurang 45 km daripada bandar Raub dengan melalui jalan lama untuk ke Kelantan.

Kilang atau tempat pemprosesan herba yang saya maksudkan adalah TPM Biotech Sdn Bhd . Kilang ini memproses pelbagai herba untuk dijadikan produk makanan ataupun untuk dipasarkan menjadi produk tradisional.

Keistemewaan kilang ini adalah merupakan sebuah kilang bertaraf GMP, HALAL, ISO dan sedang dalam proses mendapatkan pengiktirafan HACCP.

Kilang ini juga bersedia untuk membuat kontrak pengilangan dengan mana - mana usahawan yang terlibat dalam pengeluaran ubatan tradisional serta produk teknologi makanan yang dicampurkan herba. Bagi saya ini adalah satu peluang terbaik untuk direbut kerana kini usahawan yang terlibat dalam industri herba tidak perlu bersusah payah nak buat kilang GMP seperti mana syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Dengan usahawan mengeluarkan produk herba disini, produk herba tradisional boleh di daftarkan dengan KKM.


Usahawan khusyuk mendengar penerangan daripada plant manager


Sebahagian mesin pengeluaran herba yang terdapat di kilang ini yang bertaraf GMP,ISO , HALAL dan sedang dalam proses pengiktirafan HACCP

Pusat Biotek Herba, Teknologi Park Malaysia
Kg. Ulu Sungai, Mukim Batu Talam
27610 Raub, Pahang, MALAYSIA
Tel: 609-3692020 . Fax: 609-3692025
http://www.tpmbiotech.com.my

Mana - mana usahawan herba yang berminat untuk mengadakan kontrak pengilangan dikilang ini, boleh berhubung dengan alamat diatas dan syarikat ini juga mempunyai ibupejabatnya di Teknologi Park Malaysia yang terletak di Bukit Jalil Malaysia.

Sehingga kini sudah banyak syarikat yang terkenal mengadakan kontrak pengilangan dengan syarikat ini untuk menghasilkan produk - produk yang bermutu untuk pasaran dalam dan juga luar negara.



MENULIS KEMBALI

PANDUAN TEMUDUGA

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NAMA :NOH

Akaun Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.