Bulan puasa sudah semakin dekat dan satu daripadamakanan kegemaran saya dibulan puasa adalah telur masin. Jika bersahur dengan nasi dan telur masin pun jadi. Saya akan kongsikan disini bagaimana nak buat telur masin ini.
Untuk buat telur masin, telur yang digunakan adalah telur itik. Telur ayam tidak boleh dibuat telur masin, buat telur pinang bolehlah. Terdapat dua kaedah buat telur masin ini. Satu cara adalah jeruk air garam dan satu lagi teknik salutan yang macam kat kedai.
Untuk makanan sendiri teknik jeruk dengan air garam mudah namun tak sesuai untuk dipasarkan kerana teknik salutan lebih digemari ramai dan mudah untuk dikendalikan.
Teknik jeruk garam amat mudah.Telur yang segar dibersihkan dan kemudian dijemurkan pada cahaya matahari selama 3 jam untuk mengurangkan kelembapan air yang ada didalam telur. Telur kemudian direndam dalam larutan air garam tepu selama 25 hari dan kemudiannya boleh terus digunakan.