Thursday, July 9, 2009

Proses Pembuatan Telur Masin

Bulan puasa sudah semakin dekat dan satu daripadamakanan kegemaran saya dibulan puasa adalah telur masin. Jika bersahur dengan nasi dan telur masin pun jadi. Saya akan kongsikan disini bagaimana nak buat telur masin ini.

Untuk buat telur masin, telur yang digunakan adalah telur itik. Telur ayam tidak boleh dibuat telur masin, buat telur pinang bolehlah. Terdapat dua kaedah buat telur masin ini. Satu cara adalah jeruk air garam dan satu lagi teknik salutan yang macam kat kedai.

Untuk makanan sendiri teknik jeruk dengan air garam mudah namun tak sesuai untuk dipasarkan kerana teknik salutan lebih digemari ramai dan mudah untuk dikendalikan.

Teknik jeruk garam amat mudah.Telur yang segar dibersihkan dan kemudian dijemurkan pada cahaya matahari selama 3 jam untuk mengurangkan kelembapan air yang ada didalam telur. Telur kemudian direndam dalam larutan air garam tepu selama 25 hari dan kemudiannya boleh terus digunakan.

1 comment:

ida said...

owh, kt tempat saya ni telur ayam yg kat majlis2 kawin n warna coklat kehitaman tu panggil telo pindang..
err.. garam tepu tu ada sukatan tertentu x? ke xkisah brape2 pun asal tepu..

MENULIS KEMBALI

PANDUAN TEMUDUGA

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NAMA :NOH

Akaun Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.