Nano bermaksud sesuatu yang sangat kecil. Teknologi Nano adalah perkembangan teknologi dalam skala nanometer, biasanya 0,1 sampai 100 nm (satu nanometer sama dengan satu perseribu mikrometer atau satu persejuta milimeter).
Apabila sesuatu struktur, peralatan atau sistem wujud dalam skala nanometer, ciri- ciri bahan tersebut boleh berubah, dan membolehkan perkara- perkara yang unik dihasilkan.
Contohnya, sesuatu ubat boleh dijadikan lebih effektif dan lebih kuat, makanan yang boleh tahan lebih lama dan mengubah struktur makanan supaya lebih bernutrisi, penghasilan barangan yang lebih fleksibel dan sebagainya.
Teknologi nano atau nanotechnology banyak dan biasa digunakan dalam pengeluaran barang elektronik yang semakin kecil. Pengunaan produk yang semakin kecil dapat menjimatkan bahan dan juga kuasa yang perlu digunakan untuk ia berfungsi
These new devices take power consumption down to as low as 2 microwatts in standby mode, while package size falls to as small as 3x3 mm |
Silver atau perak terkenal dengan fungsi antimikrobialnya, yang mana penyerapan nano silver yang halus ini kepada bakteria atau mikrorganisma yang merosak makanan mampu membunuh mikroorganisma ini dan menjadikan makanan tahan lama disimpan !.
Sebenarnya, lapisan nanosilver sedang diguna denga meluas dinegara maju untuk bekas makanan, yakni..nanosilver coated samada untuk bekas pembungkusan atau bahan pembungkusan makanan.
Peti ais jenama Daewoo dilapisi nanosilver dibahagian dalamnya. |
Bekas ini pun telah dilapisi nanosilver..
Pada pandangan saya pengguna teknologi nano ini perlu diperluas dan dikembangkan dalam industri makanan dinegara kita kerana ia mampu memberikan manafaat yang banyak..