Friday, October 22, 2021

TEKNOLOGI MAKANAN: JUAL PRODUK MAKANAN : KUALITI PRODUK

 Perkara yang AMAT penting dalam bisnes produk makanan adalah KUALITI PRODUK !.. tanpa kualiti .. tak kemana produk anda.. kenapa saya kata begitu ?


Kari kepala ikan pok dek...


Umpama kari kepala ikan, hari ini kita beli sedap molek... tetiba esok kita dari kedai yang sama..masin !... lusa tawar... ini kualiti sudah berubah ... oleh itu kita sebagai pembeli nak beli lagi ka dari kedai yang sama ?. sudah pasti tidak..


Ini adalah antara contoh pentingnya penjual makanan menjaga KUALITI PRODUK..



Thursday, October 21, 2021

TEKNOLOGI MAKANAN : CARA BUAT DUIT MENJUAL MAKANAN

 Hari ini ramai diantara kita sedang giat mencari wang samaada untuk tambah pendapatan ataupun untuk menyara kehidupan ini. 

Saya akan cuba kongsikan cara cara untuk tambah pendapatan dengan menjual produk makanan berdasar pengalaman sendiri dan juga yang dipelajari dari usahawan yang telah berjaya semuga apa yang saya kongsikan ini dapat beri manafaat kepada semua pembaca teknologi makanan.

TEKNOLOGI MAKANAN : PERKARA PERTAMA :  CARI PRODUK DAN PILIH PRODUK 

Dalam usaha untuk menjual produk makanan ini sudah pasti kita kena hasil dan jual produk yang menjadi pilihan ramai yang mana antara produk makanan itu mesti menarik , sedap , halal, dan pada harga yang berpatutan.

Mungkin anda dah rasa ..ish mana nak cari produk macam ini ?..

Untuk itu buatlah sedikit kajian sama ada dengan memerhati tempat persekitaran anda tinggal, ada tak yang jual produk makanan macam ini ? atau ada orang minat nak beli ataupun buat produk yang sama macam yang dah ramai jual ...tapi di kawasan lain.

Sebagai contoh anda lihat ramai yang jual kambing bakar di bandar A dan mendapat sambutan ramai mungkin ini satu produk yang boleh dijual tempat anda terutama jika tempat anda masih belum jual produk makanan ini.

Nasi Ganja Berdegung..ini je..

Kita mungkin tak tahu nak buat makanan ini.. oleh itu jika ia berlaku makan anda kena cari ilmu untuk belajar buat makanan yang kita nak jual itu. Macam mana nak belajar ? .

Sekarang banyak tempat atau cara kita boleh belajar untuk buat makanan ini.  

Cara paling mudah boleh belajar di Youtube, baca buku atau keluar modal dengan berguru dengan chef ataupun mereka yang pakar dalam buat makan tersebut.


Belajar di youtube ?, saya pernah jumpa usahawan yang jual produk makanan cupcake dihypermarket yang terkenal hanya bermula dengan belajar diYoutube je.. tak ada yang mustahil jika ada kemahuan.. insya Allah..

Nasi lemak ayam goreng je.. laku.. nasi lemak harum dengan bau pandan..

Satu bisnes yang mudah dengan kos yang rendah adalah berniaga burger. Bisnes ini boleh dibuat parttime waktu malam atau pun  buat dirumah dan jual dari rumah sahaja..dan di hantar ke pelanggan


MENULIS KEMBALI

PANDUAN TEMUDUGA

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NAMA :NOH

Akaun Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.