Teknologi makanan pada kali ini akan berkongsi dengan anda cara nak buat kordial perisa. Sebenarnya nak buat sirap kordial amat mudah. Bahan yang diperlukan adalah gula, air, perisa, pewarna.
Jika kita nak buat kordial perisa ros, mula - mula larutkan gula dalam air(jadikan pekatan gula), bila gula dah larut masukkan pewarna merah dan kemudianya perisa ros...zupppp..dah jadi sirap perisa ros.Sirap ini boleh dimasukkan dalam botol dan dicairkan dalam gelas dengan campur air dan ais serta susu pekat untuk jadikan sirap bandung dan diminum untuk musim panas ini.
Kaedah yang sama jika nak buat sirap perisa sarsi atau grape, gantikan perisa ros dengan perisa sarsi ataupun, grape, oren dan pelbagai perisa lagi....sungguh mudah. Buat sendiri kosnya lebih murah jika dibanding beli kat kedai sebenarnya. Cuba bandingkan gula sekilo berapa dan harga sebotol kordial perisa ini.