Friday, May 15, 2015

PANDUAN MEMBELI MESIN TEKNOLOGI MAKANAN


Panduan membeli mesin teknologi makanan atau mesin pemproses makanan.

Pada hari ini terdapat pelbagai mesin teknologi makanan yang dapat usahawan beli untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran sesuatu produk.



Sebelum anda membeli sesuatu mesin atau peralatan memproses makanan, beberapa faktor yang perlu anda pertimbangkan sebelum membeli mesin atau peralatan berkenaan kerana jika anda silap membuat pembelian mesin pemproses makanan , anda akan mengalami kerugian kerana ada kemungkinan mesin itu tidak sesuai untuk digunakan bagi tujuan peningkatan pengeluaran produk anda.



Antara faktor utama yang anda perlu ambil kira adalah KESESUAIAN PRODUK dengan mesin yang hendak anda beli. Ini kerana RESEPI ATAU FORMULA yang anda guna untuk menghasilkan sesuatu produk itu adalah berbeza dan anda sahaja yang tahu.

Sebagai contoh, katakan ada mesin yang boleh hasilkan pau dengan kadar 1000 biji untuk satu jam. Walaubagaimana pun bentuk dough atau inti yang perlu masukkan itu mungkin tidak sama dengan keadaan dough atau inti yang anda buat sekarang.  Oleh itu mesin pau itu ada kemungkinan tidak sesuai dengan untuk anda.

------ bersambung untuk 10 faktor lagi

Tuesday, May 12, 2015

BERWASPADA DALAM MEMILIKI DAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI MASA KINI

Pada masa kini terdapat pelbagai teknologi dan sistem yang dapat membantu memudahkan kehidupan kita sama ada dalam urusan kerja atau pun kehidupan bermasyarakat.

Sebahagian teknologi dan sistem yang ada masa kini ada yang di berikan percuma dan juga ada yang perlu kita beli.

Salah satu teknologi dan sistem komunikasi yang percuma dan popular adalah aplikasi WhatsApp.



Walaubagaimana pun setiap teknologi yang canggih ini yang banyak digunakan diseluruh dunia sudah pasti ada yang mengambil kesempatan yang tiada baik keatas penggunanya seperti yang dilapor Utusan yang saya petik..

"
KUALA LUMPUR 24 Sept. - Awas! Hanya dengan menekan satu klik pada pautan yang dihantar ke telefon pintar menerusi pesanan khidmat ringkas (SMS) atau WhatApps, kesemua wang di dalam akaun bank anda mungkin akan lesap dalam tempoh tidak sampai seminit.
Begitulah taktik terbaharu sindiket penipuan Internet yang dikesan menghantar sejenis virus atau malware dikenali sebagai Zues Trojan ke telefon pintar yang akan mewujudkan satu program baru sekali gus berfungsi sebagai 'pencuri' maklumat bank ketika mangsa melakukan perbankan Internet.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Bukit Aman, Datuk Hamza Taib berkata, setakat ini pihaknya telah menerima tujuh kes penipuan seumpama itu sepanjang bulan ini yang melibatkan kerugian kira-kira RM60,000.


Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140925/je_01/Hantar-virus-ke-telefon-lesapkan-wang#ixzz3ZsaCeaPT 
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Saya sendiri pun sudah terkena serangan virus dari penggunaan whatsApp.. tapi tiadalah menyebabkan kerugian duit kerana saya cepat sedar dan terus membuang aplikasi ini  dari handphone sebelum ia sempat mencuri infomasi yang ada dalam handphone serta membuat rebakan virus kepada rakan rakan whatsapp yang ada dalam handphone dan juga group yang saya sertai.


Pengajaran yang dapat saya perolehi dari pengalaman ini adalah kita hendaklah sentiasa berhati-hati dalam menggunakan teknologi, juga berhati-hati bila menyertai group2 yang kita tak pasti terutama group dari luar negara serta berhati - hati mendownload gambar atau video yang dikirimkan kerana dikuatiri gambar atau video itu ada terselit virus yang mampu mencuri informasi yang ada dalam handphone atau mendelete  secara kita tidak sedar apa juga  info yang kita simpan dan lain lain..

Kini saya hanya menggunakan handphone dan SMS sahaja.. kerana ia disediakan oleh syarikat di Malaysia ..


NEXT: BERWASPADA DALAM MEMILIKI TEKNOLOGI ATAU MESIN PENGELUARAN MAKANAN SUPAYA TIDAK KERUGIAN..

MENULIS KEMBALI

PANDUAN TEMUDUGA

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NAMA :NOH

Akaun Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.