Walaupun dengan kapasiti pengeluaran yang kecil, kebersihan, kualiti dan rasa sos tidak diabaikan. Proses pemilihan dan campuran ramuan seperti kacang soya, tepung gandum dan sebagainya dilakukan dengan teliti untuk memastikan kuality kicap yang terjamin.
Setelah setahun, permintaan terhadap Kicap TAMIN melebihi jangkaan dan kicap ini mula dikenali di kalangan suri rumahtangga dan komuniti sekitar kampung. Golongan muda dari kampung yang berhijrah ke kawasan bandar membawa bersama Kicap TAMIN dan secara tidak langsung mereka inilah yang memperkenalkan kicap yang enak dan menyelerakan ini kepada penduduk di bandar.
Untuk permintaan yang semakin meningkat, Tuan Haji Mohd. Tamin mengambil langkah meningkatkan pengeluaran 3,500 botol sehari. Peningkatan kehendak dan kepopularan Kicap TAMIN telah mendorong Tuan Haji Mohd. Tamin untuk mengembangkan perniagaan beliau dengan mendirikan sebuah kilang di Enggor, tidak jauh dari Bandar Diraja negeri Perak - Kuala Kangsar. Semakin banyak pekerja diambil untuk meningkatkan pengeluaran sehingga 9,000 botol sehari. Hari ini, Kicap TAMIN boleh didapati di seluruh Semenanjung Malaysia.