Teknologi Makanan dalam post yang lepas saya dah kongsikan sedikit berkaitan pentingnya kualiti produk makanan yang ingin kita jual.
Ramai yang mungkin tertanya-tanya macam mana nak jaga kualiti produk makanan yang dihasilkan ini supaya rasa, rupa, bentuk (ini kualiti asas) sentiasa sama sepanjang masa.
Rahsianya untuk kita pastikan bahawa produk makanan yang kita hasilkan itu sentiasa sama rasa, bentuk , warna adalah pada awalnya terletak pada RESEPI penghasilan produk itu sendiri atau jika bahasa sains teknologi makanan iaitu FORMULA UNTUK HASILKAN PRODUK.
Resepi atau formula untuk menghasilkan produk makanan ini WAJIB DITULIS DALAM BUKU KHAS !
Perkara ini merupakan perkara asas yang perlu anda ada jika ingin menghasilkan produk yang sentiasa berkualiti asas. Ini amat penting kerana ramai saya jumpa orang yang buat produk untuk jual terlupa atau langsung tak tulis atau ambil remeh perkara ini dan ini terus menjejaskan kualiti penghasilan produk.
Untuk hasilkan produk yang berkualiti asas ini, resepi atau formula ini WAJIB diikut dalam buat produk makanan berkenaan. Kegagalan mematuhi resepi dan formula ini akan menyebabkan produk yang anda hasilkan itu TIDAK SAMA ! . itu yang jadi sekejap masin, sekejap tawar sekejap hangus.. dll . Terutama sekali bila bukan anda (anda cuti atau sakit dan pekerja lain) yang hasilkan produk makanan tersebut..
macam mana nak buat pizza ini sentiasa sedap ? |
Oleh itu nak buat makanan supaya sentiasa berkualiti sama sedap wajib ada RESEPI atau FORMULA
Persoalannya.. apa yang sepatut ada dalam resepi atau formula itu ?
Teknologi makanan akan dikongsikan dalam post yang akan datang... insya Allah..