Saturday, February 13, 2010

Teknologi Makanan di Malang Indonesia

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda berkaitan pengalaman saya di Malang Indonesia. Malang merupakan tempat yang pernah saya kunjungi beberapa tahun yang lalu. Malang merupakan suatu daerah pergunungan di Indonesia dan teknologi makanan yang ada didaerah ini tak kurang hebat.

Teknologi Makanan yang ada disini adalah merangkumi teknologi pertanian serta teknologi makanan dalam industri serta pengeluaran buah epal. Kekadang dengan teknologi makanan ini manusia mampu melakukan apa sahaja hinggakan penanaman epal.

Buah epal ini sebagaimana yang kita tahu banyak ditanam dinegara beriklim serta yang ada 4 musim, namun dengan adanya pengetahuan dalam teknologi makanan ini ia mampu ditanam di Malang, Indonesia.

Walaupun Malang merupakan kawasan pergunungan namun setiba saya disana tak delah rasa sejuk sangat seperti kita berada di Cameron Highland pun namun perkara yang menakjubkan saya adalah ladang epal atau buah topah kata orang kelantan dulu - dulu, banyak terdapat disini.

Perkataan buah topah ini pun dipercayai daripada bahasa arab dan epal di Malang ini juga agak terkenal di Indonesia dan katanya banyak dijual di Jakarta. Walaupun buahnya agak kecik sedikit namun ia menjadi kebanggaan rakyat Indonesia.

Selain dijual segar atau fresh, buah epal ini juga ada diproses dengan kaedah teknologi makanan untuk dijadikan jus, di keringkan serta dibuat kerepek epal. Rasanya amat enak namun sedikit masam.


Penulis baru tiba di Ladang Epal Malang..



Antara rahsia kejayaan penanam epal disini mungkin dia ikut ajaran gurunya, orang putih..lihat yang bawa hailer dan ber Tai itu adalah pengurus ladang..Ke ladang pun dia pakai Tali leher sebab itu epal dia menjadi kot...macam mat saleh..ini pandangan saya sahaja...mmm


Peserta lawatan khusuk dengar taklimat penanaman epal di Malang ini.


Eeee geram sungguh tengok epal...makan free le...epal..epal..


"Oh macam ni rupanya pokok epal ya, hijau ade merah pun banyak "...gamaknya begitu kata puan - puan dari Malaysia

Friday, February 12, 2010

Teknologi Makanan Kita Hebat dan Praktikel ?

Teknologi Makanan merupakan suatu bidang sains dalam penghasilan produk makanan dan apa jua perkara yang berkaitan makanan. Bidang ini banyak diajar dipusat pengajian tinggi awam ataupun swasta. Bidang teknologi makanan ini juga diajar pada pelbagai peringkat bermula di peringkat Sijil Teknologi Makanan, Diploma Teknologi Makanan, Ijazah Teknologi Makanan seterus keperingkat Masters dan juga Phd.

Namun seringkali saya tertanya - tanya adakah apa yang kita pelajari itu menjuruskan lebih kepada konsep ilmiah atau keilmuan ataupun ke arah praktikel. Maksud saya adakah apa yang kita pelajari itu sesuai dengan kehendak masyarakat serta pasaran atau sekadar asas untuk mendapat pengiktirafan dan seterusnya satu tiket untuk kita menerjah alam pekerjaan serta kerja ?. That's it ?.

Bidang teknologi makanan ini telah lama berada di negara ini, persoalanya kenapa industri makanan kita masih dilihat tidak berapa berkembang maju terutama jika dilihat kepada syarikat - syarikat pengeluar makanan bumiputra ataupun melayu ?.

Jika kita bilang syarikat pengeluar makanan bumiputra atau melayu yang boleh dianggap hebat ada berapa sebenarnya ?. Saya yakin jika kita membilangnya daripada 1 hingga ke 100, tak sampai bilangan 100 pun senarai nama itu telah habis...try tengok...

Saya pernah pergi melawat serta menjalani kursus - kursus pembuatan makanan di beberapa negara jiran seperti Indonesia serta Thailand, apa yang menariknya mereka secara bersepadu mampu mencipta produk makanan dengan teknologi makanan yang mudah serta memudahkan orang awam.

Seperti petani serta penternak mengaplikasikan teknologi makanan yang mudah itu kedalam perusahaan mereka pada kos yang murah dan menggunakan bahan - bahan yang mudah di dapati dipersekitaran. Penghasilan produk makanan dengan menggunakan pendekatan teknologi makanan yang mudah serta pada kos yang murah,menjadikan produk itu dapat dijual pada pengguna dengan harga yang agak berpatutan serta ia mampu berdaya saing dipasaran.

Namun begitu produk yang mereka hasilkan boleh juga dibanggakan kerana ianya amat unik .Contohnya mee keledek, ais krim keledek, pau dari keledek dan pelbagai lagi makanan yang telah dihasilkan di Surabaya Indonesia.


Kopi Segera Halia .
Sangat mudah nak buat ni..


Freench Fries Ubi Keledek


Macam - macam produk ber teknologi makanan direka.


Jus apple pun mampu dikeluarkan sendiri oleh penduduk di Surabaya . Buah epal segar di tanam sendiri di Malang.


Pau ubi keledek (Telo)


Ice cream daripada ubi keledek sedap ni...


Kuih pau keledek sejukbeku..balik kukus aje ni..


Ubi keledek rebus di ice blend dan dijual direstoran

Ubi keledek daripada pelbagai jenis, dikeringkan dan dijadikan tepung dan digunakan dalam pelbagai makanan bagi mengantikan/ mengurangkan penggunaa tepung gandum.

Ubi keledek purple, putih dan kuning banyak ditanam oleh orang kampung dan diproses dengan teknologi makanan mudah yang mengunakan kayu api sebagai bahan bakar untuk mengering ubi yang kemudian ditumbuk atau dikisar serta diayak halus menjadi tepung.

Teknologi Makanan mudah orang kampung boleh buat tanpa pengeluaran kos yang tinggi.


Mee Kuning dan Purple campuran tepung keledek dan gandum dijadikan mee kering dan dijual dikedai - kedai. Ini mengurangkan pengguna bahan import gandum.








Thursday, February 11, 2010

Forum Standard Halalan - Toyyiban

Hari ini saya ke Forum Standard Halalan Toyyiban yang telah diadakan di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan. Forum ini membincangkan standard halal untuk 'Trasportation, Warehousing and Retailing'.

>>>>>> bersambung..nanti ..tunggguuuuuuuuuuuuuuu

Tuesday, February 9, 2010

Peraturan - Peraturan Kebersihan Makanan 2009


Hari ini saya baru balik daripada hadir ke taklimat Peraturan Kebersihan Makanan 2009 yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan. Taklimat ini telah diadakan di Institut Pengurusan Kesihatan yang terletak di jalan Bangsar.

Peraturan - Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (PPKM2009) merupakan undang - undang yang telah diwartakan oleh kerajaan pada 28 Februari 2009 dan akan mula dikuatkuasakan pada 1 Mac 2010 dan penguatkuasaan sepenuhnya pada 1 Januari 2014.

Tujuan PPKM2009 diwujudkan adalah untuk melindungi pengguna daripada penyakit bawaan makanan serta menjamin keselamatan makanan yang dipasarkan untuk pengguna. Semua mereka yang terlibat dalam pengeluaran dan penjualan produk makanan kini tertakluk dibawah PPKM2009 ini merangkumi sekecil penjual makanan hingga kepada pengilang, pengusaha restauran, kedai makan serta pasaraya.

Dalam bahasa yang mudah PPKM2009 mengawal penjual makanan sekecil 'makcik yang menjual secara menjungjung bakul', penjual tepi jalan, penjual cendol, penjual nasi lemak, penjual goreng pisang, penjual dipasar malam, pasar tani, pasar tamu dan hampir kesemuanya yang menjual makanan.

Bagaimana PKKM2009 ini mengawal kesemua ni ?. Peraturan pertama yang perlu dipatuhi oleh semua penjual makanan tadi adalah mereka semua WAJIB BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KESIHATAN dan mendapat SIJIL PENDAFTARAN. Untuk pendaftaran ini boleh dibuat dipejabat kesihatan daerah atau pun secara online di http://fsq.gov.my dan hingga kini pendaftaran adalah PERCUMA dan tempoh sah laku adalah untuk 3 tahun.

Bila anda telah daftar pastikan dapatkan atau beli atau download PPKM2009 dan ikut serta patuhi peraturan berkenaan, jangan pulak daftar dan PPKM2009 tak ikut, payah nanti.

Kegagalan seseorang atau usahawan mendaftar dan mempamerkan sijil daftar ini boleh jika disabitkan kesalahan di denda tidak lebih daripada RM10,000 atau dipenjara 2 tahun.

Jika dilihat pada PPKM2009, mereka yang wajib daftar ini terdapat dalam Jadual Pertama dibawah tajuk PREMIS MAKANAN;

1: Semua premis makanan yang terlibat dalam pengilangan makanan;
2: Semua premis makanan yang terlibat dalam katering dan katering makanan besar- besaran
3: Semua premis di mana makanan disedia, diproses, disimpan dan dihidangkan untuk jualan.
4: Semua kenderaan yang makanan sedia dimakan dijual

Banyak lagi perkara yang disentuh dalam PPKM2009 ini, oleh itu saya sarankan jika anda terlibat dalam industri makanan dapatkan PPKM2009 ini, boleh juga di download daripada laman web Bahagian Kawalan Mutu Makanan.

Bagi mereka yang terlibat dalam bidang teknologi makanan pula saya telah dimaklumkan bahawa bagi menguatkuasakan PPKM2009 ini, Kementerian Kesihatan akan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran sediada serta menambah kakitangan baru untuk melaksanakan PPKM2009 ini, oleh itu sentiasalah intai - intai laman web atau baca paper jika ada kerja kosong di Kementerian ini.

Manakala untuk konsultan makanan pula ini juga satu peluang untuk anda terlibat dalam membantu masyarakat memahami kepentingan kebersihan makanan, kerana dalam Peraturan 30(1) PPKM2009 telah jelas menyatakan bahawa saya petik " Pengendali Makanan hendaklah menjalani latihan pengendalian makanan dan mendapat Sijil Latihan Pengendalian Makanan daripada institut yang ditentukan oleh Pengarah". ( Pengarah Kesihatan).

Ia juga merangkumi kakitangan yang terlibat dalam pengendalian makanan ini...ramai ni weh...ini peluang kerana dianggarkan ada berapa banyak restauran, pasar tani, pasar malam , usahawan macam - macam ada yang WAJIB hadir latihan ini .


Peserta khusuk mendengar taklimat Peraturan - Peraturan Kebersihan Makanan 2009


Taklimat lagi


Habis Taklimat.

@TEKNOLOGI MAKANAN 2010

Sunday, February 7, 2010

Teknologi Makanan dan Jenama ( Brand)

Teknologi Makanan dan Jenama perlu bergabung serta bertindak seiringan dalam pemasaran produk makanan bagi memastikan produk itu mampu bersaing dipasaran lokal dan global. Tanpa penjenamaan yang mantap, sesuatu produk makanan walaupun dihasilkan dengan teknologi makanan yang canggih pun ianya akan gagal dipasaran, yakni tidak mampu dijual dengan hebat dan bertahan lama dan begitulah sebaliknya.

Sebagai contohnya produk ' Murtabak Pak Din' dan KFC yang mana anda pernah dengar ? .Saya yakin sudah pasti KFC. Ape cerita dengan murabak Pak Din ?. Pelik bukan ?. Murtabak Pak Din seingat saya merupakan suatu jenama untuk satu produk makanan iaitu murtabak yang telah cuba dikomersialkan pada era seingat saya tahun 80'an atau 90'an. Ia merupakan murtabak tersohor pada masa itu kerana mengandungi lebih daripada 80 jenis rempah ratus daripada formula rahsia pemiliknya dan telah cuba di franciaskan keseluruh negara. Saya pernah makan murtabak yang dijenamakan ' Murtabak Pak Din' ini suatu masa dahulu dan ianya memang enak, namun kini telah lenyap !. Kenapa ?.

Berbanding dengan jenama luar tersohor KFC, McD dan A & W yang masih kekal hingga hari ini. KFC merupa ayam goreng sahaja dengan rempah ratus rahsia juga. Di Malaysia ianya di proses di kilang Ayamas di Klang namun jualan KFC semakin mantap dan meningkat setiap tahun, walaupun ada cubaan boikot sedikit masa dahulu. Kenapa jenama KFC kekal manakala jenama ' Murtabak Pak Din' hilang ?. Pada hal kedua - duanya merupakan produk makanan popular dihasilkan menggunakan kaedah teknologi makanan seperti fomula yang sama, cara memasak yang tertentu serta menggunakan bahan yang berkualti !.

Pada pandangan saya adalah kegagalan dalam pengurusan jenama !. Jenama merupakan logo, simbol atau pun perkataan yang dilabelkan kepada sesuatu produk, tak kira samaada produk makanan ataupun tidak perlu diurus dengan baik. Sesebuah syarikat perlu ada pengurusan jenama ataupun ' brand management', jika tidak jenama itu akan gagal seterusnya produk yang terhasil bersama jenama itu akan lenyap.

Senario kedua; pernah dengar Milo dan Nescafe ?.Ia kedua - dua ini adalah jenama, nama sebenar produk mereka adalah minuman coklat segera untuk Milo manakala Nescafe adalah minuman kopi segera, namun dengan pengurusan jenama yang baik semenjak puluhan tahun yang lalu, kedua - dua produk dan jenama ini telah dibudayakan kedalam maysarakat Malaysia, hinggakan bila kita kekedai mamak atau melayu bila kita nak minum pun kita sebut jenamanya, contoh..' Bagi saya milo ais satu atau pun bagi saya nescafe ais satu'. Inilah kehebatan jenama dan pemasaran. Sedangkan produk yang hampir sama dengan jenama yang berlainan ada dipasaran seperti Ovaltine, Vico untuk mili manakala Indoncafe untuk nescafe..kini muncul Radix..Contoh lain seperti ' Maggie'..kenapa tak sebut bagi mee segera goreng satu ? atau bagi Mamee goreng satu ? atau Indomee ka...

Bayangkan jika produk makanan milik kita yang telah dihasilkan melalui teknologi makanan dan jenamanya dibudayakan dalam masyarakat Malaysia..sukarkah kita nak menjualnya ?. Sudah pasti tidak.Oleh itu jenamakanlah produk makanan yang dihasilkan oleh teknologi makanan itu dengan baik dan uruskan penjenamaannya supaya ia mantap dan mampu berdayasaing dipasaran glokal kerana tanpa penjenama yang mantap usaha anda dalam penghasilan makanan dengan teknologi makanan yang canggih serta termoden pun akan gagal dipasaran.

MENULIS KEMBALI

PANDUAN TEMUDUGA

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NAMA :NOH

Akaun Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.