Teknologi Makanan dan Jenama perlu bergabung serta bertindak seiringan dalam pemasaran produk makanan bagi memastikan produk itu mampu bersaing dipasaran lokal dan global. Tanpa penjenamaan yang mantap, sesuatu produk makanan walaupun dihasilkan dengan teknologi makanan yang canggih pun ianya akan gagal dipasaran, yakni tidak mampu dijual dengan hebat dan bertahan lama dan begitulah sebaliknya.
Sebagai contohnya produk ' Murtabak Pak Din' dan KFC yang mana anda pernah dengar ? .Saya yakin sudah pasti KFC. Ape cerita dengan murabak Pak Din ?. Pelik bukan ?. Murtabak Pak Din seingat saya merupakan suatu jenama untuk satu produk makanan iaitu murtabak yang telah cuba dikomersialkan pada era seingat saya tahun 80'an atau 90'an. Ia merupakan murtabak tersohor pada masa itu kerana mengandungi lebih daripada 80 jenis rempah ratus daripada formula rahsia pemiliknya dan telah cuba di franciaskan keseluruh negara. Saya pernah makan murtabak yang dijenamakan ' Murtabak Pak Din' ini suatu masa dahulu dan ianya memang enak, namun kini telah lenyap !. Kenapa ?.
Berbanding dengan jenama luar tersohor KFC, McD dan A & W yang masih kekal hingga hari ini. KFC merupa ayam goreng sahaja dengan rempah ratus rahsia juga. Di Malaysia ianya di proses di kilang Ayamas di Klang namun jualan KFC semakin mantap dan meningkat setiap tahun, walaupun ada cubaan boikot sedikit masa dahulu. Kenapa jenama KFC kekal manakala jenama ' Murtabak Pak Din' hilang ?. Pada hal kedua - duanya merupakan produk makanan popular dihasilkan menggunakan kaedah teknologi makanan seperti fomula yang sama, cara memasak yang tertentu serta menggunakan bahan yang berkualti !.
Pada pandangan saya adalah kegagalan dalam pengurusan jenama !. Jenama merupakan logo, simbol atau pun perkataan yang dilabelkan kepada sesuatu produk, tak kira samaada produk makanan ataupun tidak perlu diurus dengan baik. Sesebuah syarikat perlu ada pengurusan jenama ataupun ' brand management', jika tidak jenama itu akan gagal seterusnya produk yang terhasil bersama jenama itu akan lenyap.
Senario kedua; pernah dengar Milo dan Nescafe ?.Ia kedua - dua ini adalah jenama, nama sebenar produk mereka adalah minuman coklat segera untuk Milo manakala Nescafe adalah minuman kopi segera, namun dengan pengurusan jenama yang baik semenjak puluhan tahun yang lalu, kedua - dua produk dan jenama ini telah dibudayakan kedalam maysarakat Malaysia, hinggakan bila kita kekedai mamak atau melayu bila kita nak minum pun kita sebut jenamanya, contoh..' Bagi saya milo ais satu atau pun bagi saya nescafe ais satu'. Inilah kehebatan jenama dan pemasaran. Sedangkan produk yang hampir sama dengan jenama yang berlainan ada dipasaran seperti Ovaltine, Vico untuk mili manakala Indoncafe untuk nescafe..kini muncul Radix..Contoh lain seperti ' Maggie'..kenapa tak sebut bagi mee segera goreng satu ? atau bagi Mamee goreng satu ? atau Indomee ka...
Bayangkan jika produk makanan milik kita yang telah dihasilkan melalui teknologi makanan dan jenamanya dibudayakan dalam masyarakat Malaysia..sukarkah kita nak menjualnya ?. Sudah pasti tidak.Oleh itu jenamakanlah produk makanan yang dihasilkan oleh teknologi makanan itu dengan baik dan uruskan penjenamaannya supaya ia mantap dan mampu berdayasaing dipasaran glokal kerana tanpa penjenama yang mantap usaha anda dalam penghasilan makanan dengan teknologi makanan yang canggih serta termoden pun akan gagal dipasaran.
1 comment:
Assalammualaikum.
Saya setuju dan sokong sepenuhnya tulisan tuan. Jenama amat penting perlu di gilap, dinaikkan dan di maintain. Untuk tujuan tersebut, usahawan perlu berani mengeluarkan belanja untuk A&P. Tanpa iklan dan promosi yang berterusan dan pengeluaran produk baru dibawah jenama tersebut akan melenyapkan jenama tersebut dari sebutan dan ingatan orang ramai.
Adakah kita berani membelanjakan sebahagian keuntungan yang kita dapat untuk A&P atau ingin melihat keuntungan tersebut di dalam bank?
Tepuk dada tanya selera.
Post a Comment