Showing posts with label Laksam. Show all posts
Showing posts with label Laksam. Show all posts

Friday, December 11, 2009

Laksam Makanan Pilihan

Teknologi makanan hari ini akan berkongsi cara mudah nak buat laksam. Laksam merupakan satu lagi makanan kegemaran saya.Laksam bagi saya merupakan satu produk teknologi makanan hasil kretiviti orang kita suatu cara lain nak makan nasi. Nasi merupakan makanan asasi rakyat Malaysia terutama bagi penduduk negeri Kelantan.

Oleh sebab itu jika anda berkunjung Kelantan, pada waktu pagi makanan 'breakfast' sebahagian besar adalah dalam bentuk nasi. Di Kelantan ada nasi berlauk, nasi dagang, nasi kerabu, nasi kerabu hitam, nasi kapit (nasi impit), laksa dan juga laksam serta pulut pagi. Semua hidangan ini adalah merupakan hasilan beras dan makan nasi dipagi hari ni jadi budaya orang Kelantan dahulu. Cuma bila zaman moden sikit mulalah makan roti bakar, roti amplet, roti canai namun tak leh lari daripada makanan nasi pagi. Seumpama tak pekena nasi pagi tok leh nok buat kijo la..

Semasa kecik saya selalu beli nasi berlauk dengan lauk ikan ayo atau ikan tongkol dan juga laksam untuk makan pagi. Kekadang arwah ibu ada juga buat laksam ni dan saya dok tolong dia kat dapur lalu dapat sikit buat sendiri laksam ni.

Teknologi makanan yang terlibat dalam buat laksam ini adalah beras dikisar menjadi tepung. Tepung beras ini kita campur dengan air serta tambah sikit tepung gandum untuk bagi tektur yang liat sikit kemudian masukkan dalam bekas membentuk lapisan nipis macam buat telur dadar. Pada waktu dahulu saya guna tudung periuk aje senang kerana secara langsung ian jadi acuan yang menarik .

Dari tudung ni kita gunakan masak dengan mengukuskan dan di kukus hingga masak. Lepas masak kita sejukkan dan gulung. Laksam kemudian digunting dan makan bersama kuah sama seperti kuah laksa.Pengukusan laksam sebenarnya adalah kaedah teknologi makanan yang dipakai, iaitu memasak sesuatu makanan dengan menggunakan stim. Stim memberikan kepanasan yang sekata pada suhu lebih kurang 100 darjah celsius dan tak lebih dari itu. Oleh itu dengan guna stim makanan tak akan hangus dan mudah dimasak.

Ini laksam yang saya buat di rumah 3 minggu lepas, so far oklah guna tepung beras dah siap ready.


Tepung beras di bancuh dengan air dan dicampur dengan sedikit tepung gandum.



Adunan di masukkan dalam acuan yang disapu sikit minyak.


Adunan dalam acuan kemudian dikukus. Nak cepat sebab saya juga guna periuk nasi untuk jadi kukusan selain kukusan yang sebenar. Cepat siap cepat boleh makan...dak gitu...


Laksam sudah masak..dibiar seketika kemudian digulaung.



Nah dah jadi home made laksam. Ready nak potong pakai gunting dan dimakan dengan kuah serta ulam.Kuah laksam dibuat dengan santan dan isi ikan...pekena ni perrrrrgggg

MENULIS KEMBALI

PANDUAN TEMUDUGA

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NAMA :NOH

Akaun Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.