Tuesday, December 1, 2009

Cara Nak Buat Kerepek Pisang

Teknologi Makanan hari ini akan berkongsi dengan anda cara nak buat kerepek pisang. Kerepek pisang amat mudah untuk kita buat dan boleh memberikan hasi pulangan yang lumayan terutama pada musim perayaan dan saya ada dengar katanya harga kerepek pisang tandok sekilo mampu mencecah RM12 pada raya puasa yang lalu dan masaalahnya bekalan tak cukup !. Bukan tak laku !.

Teknologi makanan yang terlibat dalam membuat kerepek pisang ini bermula daripada aspek pemilihan jenis pisang yang sesuai untuk buat kerepek. Tidak semua pisang sesuai untuk buat kerepek pisang kerana rasanya akan menjadi tidak sedap. Jenis pisang yang paling sesuai untuk buat kerepek adalah pisang tandok namun bekalan kurang dan harga agak mahal. Ini kerana sifat pisang tandok itu sendiri berbuah dak de la banyak untuk setandan. Selain pisang tandok, pisang abu atau nipah dan pisang nangka serta pisang buluh juga biasa dibuat kerepek.

Untuk membuat kerepek pisang ini, pisang yang matang dipilih kerana berdasarkan teknologi makanan pisang yang masak tak sesuai buat kerepek kerana pisang masak lembik dan juga kandungan gula tinggi jika digoreng,gula akan menghitamkan pisang kerana dah jadi karamel.

Cara nak buat kerepek pisang ini amat mudah dan bahan lain yang diperlukan adalah kualiti, minyak masak, sedikit garam, dapur, pemotong pisang atau slicer atau nak mudah pemarut atau dikenali juga sagat.

Teknik teknologi makanan untuk buat kerepek pisang adalah minyak dimasukkan kedalam kualiti dan dipanaskan hingga benar - benar panas. Pisang matang dibuang kulit dan terus disagat atau di 'slice' nipis kedalam kuali dan digoreng hingga warna kekuningan.

Pisang yang telah siap digorengkan ditoskan kemudian disejukkan. Jika nak masin pada rasa pisang, boleh gaul dengan sedikit garam dan dibungkuskan dalam plastik untuk makan sendiri ataupun untuk dijual.



Pisang Abu atau Nipah atau Kebatu (Bahasa Kelantan)


Pisang Nangka


Pisang Tandok


Pisang matang


Pisang dibuang kulit tak perlu basuh terus slice masuk dalam kuali


Pisang di slice terus dalam kuali dengan minyak yang panas



Pisang yang telah di slice dikacau perlahan - lahan hingga masak kekuningan. Gambar seorang usahawan pengeluar kerepek pisang di Sabah.

Alat slicer pisang untuk skala besar untuk buat kilang seperti usahawan di Sabah tu.


Jika nak buat kerepek pisang kat rumah untuk sesikat pisang tanduk tu boleh pakai alat ni aje.

@ Teknologi Makanan

19 comments:

akula said...

Salam,
Bagus blog ni byk maklumat...

Cikgu Yang said...

Salam!! Terima kasih, Raya nih saya boleh cuba..InsyAllah.

dinn said...

assalam,dimana saya boleh dapatkan mesin ni?

agus said...

dimana saya membeli mesin slicernya.
terima kasih

beauteequin said...

Di mana boleh beli slicer saperti di gambar

Dalilayusf said...

baguslah blog ni..saya teringin nak buat kerepek pisang

Unknown said...

Terbaik dah boleh buat kerepek lepas ni

Unknown said...

Di mana boleh saya dapatkan mesin tu, tq

Unknown said...

Saya berminat dapatkan peghiris krepek pisang manual. Di mana boleh dapat bekalan dan berapa harga ?

Unknown said...

Di mana boleh dapat mesin ini , dan berapa harga ?.

Unknown said...

Dimana boleh beli mesin ni

Butik Shafina said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Di mana ada jual alat ni

SUERAYAH said...

Bagus nya... Di mana dapat mesin pemotong pisang buat kerepek dan berapa harga...

Unknown said...

Di mana saya boleh dptkn mesin ni?

Unknown said...

Assalamualaikum di mna saya boleh dapat mesin slicer pemotong pisang ni

Unknown said...

Saya berminat nak beli

Unknown said...

Sy berminat nk beli mesin ni... kat mne nk dpt info

Unknown said...

Nak tanya berapa harga

MENULIS KEMBALI

PANDUAN TEMUDUGA

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NAMA :NOH

Akaun Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.