Banjir dah melanda negeri - negeri Pantai Timur
Monday, December 19, 2022
Sunday, May 8, 2022
TUKAR PEMBUNGKUSAN LUASKAN PASARAN.
Antara perkara yang perlu diperhatikan oleh usahawan makanan adalah keperluan untuk merubah atau penukar bentuk dan bahan pembungkusan bagi meluaskan pasaran seterusnya meningkatkan jualan
.
Saya ambik contoh mudah je.. ni KEROPOK AMPLANG.. keropok ini amat popular di Sabah terutama di Tawau.
.
Saya pernah jumpa usahawan yang buat kerepok ini di Tawau. Satu daripada keunikan ini jika dibandingkan dengan keropok yang biasa kita lihat adalah bentuknya seperti bebola dan ia diperbuat daripada isi IKAN TENGGIRI.
Walaubagaimana pun kita keropok amplang ini telah dipelbagaikan variasinya sama ada dari aspek rasa kerana kini dah ada perasa pedas dan ori atau daripada sumber bahan mentahnya..
Kini saya lihat sudah ada Keropok Amplang Udang dan Sotong sungguh menarik supaya pengguna tak jemu beli kerepok amplang ini.Pembungkusan keropok ini pun telah diupgrade oleh sebahagian usahawan disana.
Asal pembungkusan keropok amplang ini adalah dalam plastik biasa je ( spt plastik maruku dlm gambar) dengan satu label stiker.
Tak salah ye nak buat pembungkusan macam ini.. Banyak yang masih jual packaging macam ni..Kini ada jua yg dah guna printed plastik aluminum packaging yang cantik dan menarik.
Kebaikan packaging plastik aluminium macam ini, ia boleh bantu panjangkan jangkahayat produk kerana udara tak boleh masuk dlm pembungkusan yang menjadi produk tak rangup dan rasa tengik.
Dengan packaging macam ini usahawan dpt meluaskan pasaran lebih jauh seperti untuk eksport keluar negara kerana jangkahayat produk dpt dilanjutkan seterusnya dapat meningkatkan keuntungan syarikat
Untuk usahawan lain anda boleh fikirkan perkara ini adakah ia nya sesuai untuk tukar atau tambah jenis dan bentuk pembungkusan untuk produk keluaran anda.
Harus diingat dan dipertimbangkan juga perubahan pembungkusan ini sudah pasti memerlukan modal tambahan untuk buat rekabentuk pembungkusan, pembelian mesin-mesin pembungkusan dll.
Buat kajian dan perancangan yang teliti..
Jika ada pertanyaan atau pandangan boleh tulis diruang komen
Untuk dapat info dan tontonan video teknologi makanan boleh klik link dibawah
Semuga ada manafaat..
LIKE FB >> TEKNOLOGI MAKANAN KONSULTAN
SUBCRIBE YOUTUBE >> TEKNOLOGI MAKANAN
Sunday, April 10, 2022
Cara mudah belajar masak
Bila tahu kajian diatas mungkin ramai yang nak cuba belajar masak ini dan sememang pun lelaki yang pandai masak di sukai kaum wanita.
Chef chef yang tersohor di negara kita dan juga di luar negara adalah kebanyakkan nya lelaki...
Antara fakta yang tidak dapat ditolak.. mak selalu pesan kat kak long ku.. yang baru kawin semasa di kampung dahulu..
Nak jaga suami ini, kena jaga perut dia dan yang dibawah perut, bijak mana perempuan kena pandai masak.. itu pesan arwah emak..pandai masak.. saya pun terikut ikut sama bantu emak sejak sekolah rendah lagi.. so nak kata pandai tak delah... minat ada.. masak ni yang penting minat.. tak kira jantina laki perempuan pun boleh..
Sekarang saya lihat byk dah ambik mudah bab masak memasak ini..entah lah, mungkin kesibukkan waktu serta ketiadaan ruang dan mungkin sebab dah tiada guru.
Kini isu pandai masak semakin serius..katanya dah ada wanita muda berusia 20'an menjadi janda muda gara gara tak pandai masak.
Baru ini saya ada jumpa kawan yang berkongsi cerita yang didah tubuhkan kumpulan chef untuk ajar masak memasak cara mudah..
Boleh lihat kat sini.. >> https://zass.to/MasakanChef
Nak pergi bazar U3 Shah Alam lepas asar.. intai intai apa yang ada..
Saturday, March 12, 2022
Gred dan Kualiti Sayur dan Buah
Jika anda ke Pasar Tani pernah nampak label label seperti ini ? Anda pernah baca ?. Label yang ada pada sayur dan buah ini akan memberikan anda beberapa maklumat penting seperti nama sayur atau buah itu, negara asal, gred dan juga saiz.
SUMBANGAN IKHLAS
Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.
Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:
NAMA :NOH
Akaun Maybank No. 112361650899.