Sunday, October 26, 2008
Buat Kicap : Penghasilan Koji
Proses pengeluaran kicap samaada kicap manis, masin,pedas bermula dengan penghasilan koji.
Wednesday, October 22, 2008
Rahsia Nak Buat Kicap Bahagian 2
Nak buat kicap ini sebenarnya memerlukan masa yang panjang.Kicap ini dibuat daripada kacang soya yang diperam bersama kulat untuk menghasilkan air pati kicap ataupun moromi.
Apa jua kicap,kicap masin, manis dan pedas dibuat daripada olahan air moromi atau juga dikenali ibu kicap.
Apa jua kicap,kicap masin, manis dan pedas dibuat daripada olahan air moromi atau juga dikenali ibu kicap.
Sunday, October 19, 2008
Rahsia Nak Buat Kicap Bahagian 1
Kicap merupakan satu perisa serta pelazat makanan yang paling di gemari dinegara kita ini. Beberapa usahawan kicap melayu telah berupaya menjadi jutawan hasil pengeluaran kicap ini. Apa ka tidaknya ramai yang membesar dengan kicap. Kicap Tamin, Kicap Cap Kipas Udang adalah dua jenama kicap yang terkenal di Malaysia ini.
Saya masih teringat semasa saya belajar dahulu, kawan saya semua makanan pun dia taruk kicap ni dalam masak kari pun dia masukkan kicap juga !. Namun di negeri Johor penggunaan kicap ini amat meluas juga, disana goreng pisang pun di cicah dengan kicap manakala di Pulau Pinang Kicap Char Koew Tiau amat terkenal untuk digunakan dalam masakkan Char Koey Tiau ni terutama yang ada udang.
Kicap diproses daripada kacang soya dan proses pemprosesan kicap ini melibatkan beberapa peringkat yang panjang serta mengambil masa yang lama. Saya akan update proses pengeluaran kicap ini. Secara terperinci dan praktikel anda juga boleh belajar dengan pihak MARDI, jika berminat untuk menjadi pengeluar kicap.
Walaubagaimana pun lama atau panjang proses pengeluaran kicap ini, saya akan kongsikan juga proses pengeluaran kicap dengan lebih cepat dengan rahsia dan teknik tertentu.

Saturday, October 18, 2008
Kuih Buah Rotan
Kuih buah rotan mudah dibuat dan ia merupakan makan snek yang boleh dimakan pada bila-bila masa dan buah rotan ini dibuat daripada tepung pulut, santan dan juga bijan.
Cara nak buat buah rotan.
Bahan-bahan.
- 500 gram Tepung Pulut
- 1/2 biji kelapa
- 4 sudu gula pasir.
- 1 biji telur
- Bijan halus
- 1 sudu besar esen (perisa) ros
- 1/2 biji kelapa dicampur 1 gelas air dan diperah ambil santan.
- 1 biji telur, 4 sudu gula dan perisa ros dimasukan kedalam santan dan dipukul sebati.
- Masukan tepung pulut ke satu bekas lain dan santan dicampurkan sedikit demi sedikit kedalam tepung dan tepung diuli menjadi doh.
- Doh diambil sedikit-sedikit dan digentil bulat, kemudian digolek-golek kedalam bijan. Ini bertujuan untuk menyalut 'guli' doh dengan bijan.
- Gentilan ini yang berbentuk bulat kemudian digorengkan dalam minyak panas hingga kembang, ditoskan, disejukkan dan sedia boleh dimakan
Friday, October 17, 2008
Pembungkusan Makanan
Pembungkusan makanan amat penting dalam usaha kita memasarkan produk makanan. Walaubagaimana pun pembungkusan produk makanan ini perlu sesuai dengan kehendak sasaran pasaran yang ingin terokai. Seumpama kata pepatah melayu 'Lain padang lain belalang' begitu juga dengan bentuk pembungkusan yang ingin kita gunakan untuk produk makanan kita.
Pembungkusan produk makanan untuk pasar malam adalah berbeza jika kita ingin pasarankan produk ke Hypermarket dan juga supermarket.Pada masa ini terdapat pelbagai jenis serta bentuk pembungkusan yang boleh kita gunakan untuk membungkus serta memasarkan produk kita.
Begitu juga sasaran pasaran pengguna yang berbeza kita perlu menggunakan bahan pembungkusan yang berbeza, pembungkusan produk untuk kita jual kepada kanak-kanak amat berbeza dengan pembungkusan yang kita gunakan untuk produk pengguna katering atau dalam bentuk 'bulk'
Pembungkusan yang sesuai dengan produk, pasaran serta sasaran pengguna dapat membantu kita meninggkatkan jualan produk makanan kita.

Subscribe to:
Posts (Atom)
SUMBANGAN IKHLAS
Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.
Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:
NAMA :NOH
Akaun Maybank No. 112361650899.