Friday, September 25, 2009

Kreatif Teknologi Makanan

Untuk berjaya dalam bidang Teknologi Makanan kita perlukan minat yang mendalam serta kreativiti yang tinggi. Bukan dalam bidang Teknologi Makanan sahaja kita perlu kreatif bahkan dalam hidup kita ini pun kita perlu kreatif.

Kreatif dalam bidang Teknologi Makanan ini boleh lahir daripada minat yang mendalam dan berimijinasi yang tinggi atau dengan kata lain buat sesuatu dengan cara lain ataupun cara yang orang tak pernah buat. Dan kita buat sesuatu yang baru itu adalah untuk kebaikan lah bukan untuk keburukan.

Dengan menggunakan ilmu yang ada dipelajari dalam bidang Teknologi Makanan ini digabungkan dengan keperluan masyarakat atau pun pengguna, sepatutnya mereka yang memiliki ilmu dalam bidang Teknologi Makanan ini mampu untuk menukar sesuatu yang susah menjadi mudah, sesuatu yang murah menjadi lebih murah atau pun mahal dengan bahasa orang putih 'value added product'.

Contoh mudah adalah, ubi kayu yang berapa sen sekilo di ubah jadi kerepek ubi kayu yang tambah nilai harganya dan dikreatif lagi dengan pelbagai perisa seperti kerepek ubi pedas, masin, kari, keju, barbeque dan lain - lain .

Contoh kedua Kuih Bauhulu, kini dah ada bauhulu coklat, pandan, nescafe,strawberi...macam -macam adaaa...sekadar tambah kreatif dan imijinasi..Inilah satu bidang Teknologi Makanan yang boleh diceburi. Makes Things The Other Way Around....



Pisang


Terung


Tembikai kot ?




Thursday, September 24, 2009

Teknologi Makanan : Class Reunion 1990 ITM Shah Alam

Pada hari raya puasa yang ke tiga, saya dan famili telah beraya di Kota Bharu Kelantan. Bila berada di Kota Bharu biasa la..sms selamat hari raya kepada kawan yang ambik Diploma Teknologi Makanan di ITM Shah Alam dahulu, masa saya ambik bidang Teknologi Makanan ni UitM sekarang ini masih dikenali sebagai ITM. So dapat lah cerita baru sahabat -sahabat yang ambik bidang Teknologi Makanan.

Saya lihat bidang Teknologi Makanan ini sungguh menarik tertakluk kepada empunya ilmu Teknologi Makanan itu sendiri, ada yang berkerja dalam bidang ini dan ada juga yang jadikan bidang Teknologi Makanan ini sebagai bidan terjun namun yang penting ada rezeki masing - masing serta minat. Dan minat dalam bidang Teknologi Makanan ini boleh berubah -ubah ikut selera masing - masing. Ape tidaknya beberapa rakan sekelas yang ambik bidang teknologi makanan ini ada dan banyak yang berkecimpung dalam bidang yang langsung tak de kena mengena dengan Diploma Teknologi Makanan. Ada yang telah bekerja dengan Petronas dalam petrolium, ada yang bekerja dengan Time.com. Begitulah kita bila masa dah 20 tahun kami tak jumpa. Ada juga kawan se asrama dahulu yang ambil HOTCAT ( Hotel Catering) kat ITM , kini dah jadi pilot bawa jet Shukoi pulak...begitulah kehidupan dunia yang sebenar...apa pun minat dan kepuasan bekerja yang akan menentukan pilihan kita, walaupun pada peringkat awal kita belajar dalam bidang Teknologi Makanan.


Rakan serta keluarga Diploma Teknologi Makanan ITM yang hanya tiga orang sahaja yang bekerja dalam bidang Teknologi Makanan berhari raya puasa tahun 2009


Sunday, September 13, 2009

Teknologi Makanan : Pusat Pengeluaran Makanan Di Malaysia

Teknologi Makanan hari ini akan berkongsikan beberapa pusat pengeluaran makanan yang tedapat di Malaysia. Ini penting diceritakan kerana pusat - pusat pengeluaran makanan ini adalah milik FAMA dan ia dapat dimanafaatkan oleh rakyat Malaysia dalam pelbagai sudut mengikut keperluan masing - masing seperti anda boleh mengadakan lawatan kepusat ini untuk melihat sendiri bagaimana teknologi makanan digunakan untuk menghasilkan makanan.

Terdapat pelbagai makanan dihasilkan oleh Pusat Memproses Makanan FAMA (PMMF) dengan menggunakan teknologi makanan yang bersesuai dengan produk yang ingin di hasil. Lokasi PMMF adalah seperti berikut:

  1. PMMF Rengit, Batu Pahat Johor, pelbagai teknologi makanan yang terlibat dalam bidang pengeluaran sri kaya madu, kordia, jem, roselle, halwa di gunapakai di sini. Jika berminat untuk lawatan hubungi pengurus di : 07 - 4241240 ( 8 pagi- 4 petang, Isnin - Jumaat).
  2. PMMF Bachok, Kelantan, aplikasi teknologi makanan dalam penghasilan serunding daging, serunding ayam dan bawang goreng serta teknologi makanan dalam penghasilan air moromi atau pati kicap dapat di lihat. Jika berminat untuk lawatan hubungi pengurus di talian : 09 -7788285 ( 8 pagi - 4 petang Ahad - Khamis).
  3. PMMF Kuala Selangor, Selangor, penggunaan teknologi makanan berkiatan pengeluaran tepung berempah segera (macam tepung KFC), cip ubi kayu, serbuk kari, pisang salai moden dapat dilihat disini. Jika berminat untuk lawatan hubungi pengurus di talian : 03-32698486 ( 8 pagi - 4 petang ; Isnin - Jumaat).
  4. Kilang Kopi FAMA Banting, seperti namanya pusat ini merupakan pusat pengeluaran serbuk kopi campuran dengan jenama Anggerik. Jika anda memasuki bandar Banting dan tercium bau kopi yang harum lagi menyegarkan disinilah punya keharuman kopi itu. Selain pengeluaran sebur kopi campuran teknologi makanan dalam bidang pengeluaran kopi 3 dalam 1 atau 3 in 1 juga dapat anda lihat disini. Jika anda berminat untuk melihat pelbagai teknologi makanan dalam pengasilan kopi anda boleh hubungi pengurus ditalian : 03-31877166.
Selain daripada lawatan, terdapat pelbagai aktiviti dapat anda laksanakan bersama PMMF ini, contohnya bagi para pelajar untuk memantapkan kefahaman dan ilmu dalam bidang teknologi makanan, para pelajar boleh memohon untuk menjalani latihan amali perindustrian di PMMF ini kerana semua PMMF ini beroperasi sebagai sebuah kilang makanan yang mantap dan sentiasa mengamalkan pengeluaran produk halal berteraskan amalan pengilangan yang baik dengan pengurusan MS ISO di PMMF Rengit.

PMMF - PMMF dan juga Kilang Kopi FAMA Banting bersersedia untuk melaksanakan kontrak pengilang dengan mana - mana usahawan untuk mengeluarkan produk makanan yang bersesuaian dengan PMMF. Sebagai contohnya jika anda berminat hendak mengeluarkan kopi 3 in 1 Tongkat Ali, datanglah ke Kilang Kopi Banting, ia pasti dapat membantu anda. Dengan kata lain, anda sebenarnya tidak perlu memiliki kilang pun untuk menghasilkan produk untuk syarikat anda,

Sunday, August 23, 2009

Teknologi Makanan : Juadah Berbuka Puasa Bubur Guniting

Teknologi Makanan hari ini mengambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh pembaca muslimin dan muslimat blog Teknologi Makanan semuga puasa kita kali ini bertambah baik serta bertambah keberkatan dan kerahmatan daripada Allah s.w.t. Oleh itu sempena bulan ramadhan ini Teknologi Makanan akan mengemukakan beberapa resepi juadah berbuka puasa yang kekadang sudah jarang kelihatan namun masih segar dalam ingatan kita kerana sesetengah juadah berbuka puasa ini sebenarnya mempunyai nostalgianya tersendiri yang kekadang mampu membawa kitan mengenang masa silam yan telah berlalu.

Teknologi Makanan kali ini akan mengemukakan resepi berbuka puasa yang dikenali sebagai BUBUR GUNTING.

BUBUR GUNTING

Bahan - Bahannya;

2 helai daun pandan
3 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
3 mangkuk santan
1/2 sudu teh garam
Air secukupnya.

Cara Membuatnya;

Bancuh tepung gandum dengan air bergaram. Uli dan canai seperti bancuhan roti canai sebanyak 2 keping.Panaskan ke dalam kuali tanpa minyak dan bila sudah kuning sedikit, angkat dan gunting panjang - panjang kemudian gunting empat segi bujur kecil.
Sediakan periuk, masukkan satu cawan air, daun pandan, gula merah dan gula pasir. Apabila memdidih, masukkan tepung yang telah digunting, kacau dan masukkan santan.

Dan kemudian boleh dihadangkan untuk berbuka puasa dan juga moreh...selepas terawih.

Monday, August 17, 2009

Teknologi Makanan : Cara Buat Burger

Teknologi Makanan hari ini ingin berkongsi dengan anda cara - cara nak buat burger, tak kiralah burger ayam, burger lembu namun begitu burger ikan cara dia lain sikit. Burger merupakan makanan orang barat pada asalnya dan semenjak diperkenalkan di negara kita, burger telah mampu menjadi makanan kegemaran ramai terutama golongan muda -mudi kita tak ketinggalan juga kanak-kanak amat suka makan burger. Kegemaran makan burger ini mungkin disebabkan oleh pengiklanan yang begitu kuat daripada syarikat besar yang berasal daripada Amerika Syarikat saban hari dalam TV dan Suratkhabar. Namun kini telah terdapat beberapa usahawan melayu yang telah mampu mengeluarkan produk burger ini dan yang tersohor adalah Ramly Burger. Kegemaran memakan burger ini banyak juga memberikan peluang perniagaan pada golongan belia kita, kini banyak telah terbina gerai - gerai burger terutama di depan kedai 24 Jam ataupun dekat dengan hentian bas. Jangan terkejut jika belia - belia yang berniaga burger ini mampu meraih pendapatan bersih RM2,500.00 hingga RM5,000 sebulan. Oleh kerana itu, Teknologi Makanan hari ini akan berkongsikan cara buat burger. Buat daging burger ni tidak sesukar mana, cara buat burger ini konsepnya cukup mudah. Pada mulanya daging samaada daging ayam atau daging lembu dikisar hancur kemudian ramaun lain seperti lemak, bahan perisa serta bahan tambah makanan digaulkan kedalam adunan berkenaan. Adunan burger ini kemudian dimasukkan kedalam mesin pembentuk dan dibentuk menjadi burger seterusnya di sejukkan dengan segera menggunakan 'blast freezer' dan kemudian dibungkus dalam plastik dan tersedia untuk di jual. Cukup mudah menyediakan daging burger ini. Satu cara paling mudah lagi adalah beli kat kedai yang dah siap..he..
Daging siap dikisar
Lelemak dikisar untuk rasa lebih enak pada daging burger.
Semua ramuan daging, lelemak dan kondisener makanan digaul sebati ini yang menjadikan sesuatu burger berbeza dari satu jenama dengan jenama yang lain.
Daging yang telah siap digaul dimasukan kedalam mesin membentuk burger



Burger yang siap dibentuk disusun untuk di 'Blast Frezeer' supaya cepat beku dan teksur halus

Burger yang dibentuk disusun dengan cermat supaya tak pecah.

Ini burger dah siap masak..SEDAP...

 
Tekonologi Makanan merakamkan jutaan terima kasih kepada sebuah kilang burger milik bumiputra yang telah menjemput kami untuk melawat kilang anda dan juga burger yang dikeluarkan sungguh sedap.

Untuk buat bisnes burger boleh yang amat menguntungkan boleh lihat sini


 

MENULIS KEMBALI

PANDUAN TEMUDUGA

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NAMA :NOH

Akaun Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.