Wednesday, October 21, 2009

Teknologi Makanan : Cara Nak Buat Kerepek Ubi kayu


Teknologi Makanan hari ini akan berkongsi dengan anda cara mudah tapi tak senang nak buat kerepek ubi kayu.

Sebermula adapun nak buat kerepek ubi kayu ni bermula daripada ubi kayu itu sendirilah. Ubi kayu yang sesuai untuk buat kerepek adalah ubi kayu dari jenis isinya warna kuning dan berumur tiada lebih ia daripada lapan bulan. Maknanya ubi kayu isi putih tidak sesuai nak buat kerepek. Namun jika buat kerepek ubi kayu rasanya keras lebih - lebih lagi ubinya yang dah tua jadi kayu.Ubi kayu isi putih amat sesuai untuk buat kuih muih seperti bengka, kuih lain, pengat, tapai ubi dan pelbagai jenis kuih tradisional melayu yang lain atau nak mudah ubi kayu isi putih kita rebus kemudian makan dengan kelapa parut muda ataupun makan dengan ikan gelama kering yang digoreng panas - panas ataupun kita boleh makan dengan ikan kembung goreng sambil menghirup secawan kopi pekat...pekena ni...lupa mak mertua lalu kat belakang !.

Ok kita berbalik kepada nak buat kerepek ubi kayu ni. Teknologi Makanan membuat kerepek ini bermula bila ubi ada ditangan kita. Kulit ubi kayu ni kita buang, kemudian basuh bersih - bersih dengan air paip yang mengalir supaya kotoran tanah tidak melekat pada isi ubi kayu.

Setelah di bersihkan, ubi kayu kemudian dipotong nipis guna pisau atau nak mudah guna slicer cepat dan pantas. Pemotong ubi kayu ni pong banyak jenis jika nak buat kerepek ubi kayu nipis pakai slicer tapi jika nak buat bentuk jejari ada mesin pemotong bentuk jejari.

Selepas dipotong nipis , hirisan ubi kayu kemudian dibasuh sekejap juga pada air paip mengalir kemudian ditoskan. Panaskan minyak dalam periuk atau kualiti dan pastikan minyak banyak dan panas. Pada masa mengoreng ini kena berhati -hati sebab minyak panas dan hirisan ubi kayu itu basah, bila masuk dalam minyak, minyak panas boleh merecik..so guna senduk atau sudip panjang la. Goreng kepingan ubi kayu ini hingga masak dengan warna kekuningan kemudian angkat dan buang minyak. Jika nak buat secara besar - besaran kena guna mesin buang minyaklah.

Selepas buang minyak, jika nak buat kerepek ubi kayu masin maka kita gaul dengan sedikit garam. Namun jika nak buat kerepek ubi kayu pedas manis kena gaulkan dengan perencah pedas manis.

Untuk buat perencah pedas manis biasa aje, cili boh boleh pakai, sedikit air asam garam dan gula ditumis hingga pekat dan likat dalam kuali kemudian perencah ini digaulkan sedikit demi sedikit dengan ubi kayu yang telah digoreng tadi.

Jika nak buat kerepek ubi kayu dengan lain - lain perisa seperti perisa lada hitam, perasa barbeque, perasa keju dan macam -macam lain perisa dapatkan perisa ni kat kedai dan gaulkan dengan ubi kayu yang telah digoreng tadi dengan sekata.

Pada sesetengah usahawan sedikit kunyit digaulkan kepada hirisan ubi kayu yang telah dibasuh untuk memberikan warna kuning kemasan kepada gorengan kerepek ubi kayu. Setelah kerepek ubi kayu sejuk ia boleh di timbang dan masuk dalam plastik untuk makan sendiri atau dijual.


Nak buat kerepek ubi kayu ni kena belajar daripada pakar


Kulit ubi kayu dibuang dan tengok isinya warna kuning.



Selepas di buang kulit ubi kayu di basuh dan selepas potong pun hirisan dibasuh sekali lagi . Lihat ditepi gambar hirisan standby untuk dibasuh.

Setelah ubi kayu dibasuh bersih ia dipotong nipis dengan mesin slicer ini. Mesin ini dibuat sendiri oleh usahawan dan mungkin boleh tanya kat kedai


Setelah hiris ubi kayu di toskan, ia digoreng pakai mesin inilah dikilang. Ia auto goreng dan boleh timming berapa lama dan goreng nanti ubi kayu yang siap masak di angkat sendiri dan ditos diatas kuali pengoreng ini. Namun jika nak buat kat rumah pakai aje periuk dengan minyak yang banyak sebab nak buat deep fryer.

Selepas goreng kerepek ubi kayu dibuang minyak dengan mesin pembuang minyak. Jika kerepek ubi kayu banyak minyak ia cepat rosak selalunya tengik.


Untuk buat gaulan, mesin pengaul ini digunakan kerepek ubi kayu yang siap goreng dimasukan kedalam mesin pengaul dan perisa di tabur sedikit demi sedikit hingga sekata ikut formulasi masing - masing. Jika garam lebih masin la...nasib..




Setelah di gaul kerepek ubi kayu di letakkan atas meja ini. Meja ini sengaja diibuat senget supaya minyak boleh turun kesatu sudut dan kerepek ubi kayu di tarik kedalam bekas melalui sudut yang lain

Ini saja yang saya dapat kongsikan jika pertanyaan boleh buat kat cooment.

Teknologi Makanan...see u..bye..next...

Tuesday, October 13, 2009

Teknologi Makanan Cara Nak Buat Coklat

Teknologi makanan hari ini akan berkongsi cara mudah bagaimana kita boleh buat coklat dengan cara yang teramat mudah. Saya nak cerita panjag tak de..Anda boleh tengok kat video ni lah bagaimana cara mudah kita boleh buat coklat.

Coklat ini amat disukai bahkan kita boleh buat bisness jual coklat ni..Lihat youtube ini..









Cara buat coklat mudah dibongkar di Teknologi Makanan

Sunday, October 4, 2009

Teknologi Pembungkusan

Pembungkusan memainkan peranan penting dalam pengeluaran makanan. Walaupun kita memiliki teknologi makanan yang baik dan cekap untuk menghasilkan produk makanan, namun tanpa pembungkusan yang dapat menarik perhatian pengguna untuk membeli produk yang kita hasilkan maka usaha untuk memasarkan produk yang terhasil mungkin akan gagal.

Oleh itu bila kita pelajari ilmu teknologi makanan, pengetahuan berkaitan pembungkusan yang merangkumi jenis pembungkusan, bentuk pembungkusan dan pelbagai perkara berkaitan dengan pembungkusan akan turut dipelajari dalam bidang teknologi makanan ini. Pembungkusan makanan yang sesuai bukan sahaja dapat menarik minat pembeli bahkan ia juga berupaya berfungsi melindungi produk makanan, memanjangkan jangkahayat produk makanan, memudahkan penghantaran dan pemasaran produk.

Kini teknologi pembungkusan merupakan cabang ilmu yang tersendiri yang boleh dipelajari secara khusus untuk menjadi pakar terutamanya kursus - kursus di tawarkan di peringkat Masters di universiti di luarnegara.





@ Teknologi Makanan


Friday, September 25, 2009

Kreatif Teknologi Makanan

Untuk berjaya dalam bidang Teknologi Makanan kita perlukan minat yang mendalam serta kreativiti yang tinggi. Bukan dalam bidang Teknologi Makanan sahaja kita perlu kreatif bahkan dalam hidup kita ini pun kita perlu kreatif.

Kreatif dalam bidang Teknologi Makanan ini boleh lahir daripada minat yang mendalam dan berimijinasi yang tinggi atau dengan kata lain buat sesuatu dengan cara lain ataupun cara yang orang tak pernah buat. Dan kita buat sesuatu yang baru itu adalah untuk kebaikan lah bukan untuk keburukan.

Dengan menggunakan ilmu yang ada dipelajari dalam bidang Teknologi Makanan ini digabungkan dengan keperluan masyarakat atau pun pengguna, sepatutnya mereka yang memiliki ilmu dalam bidang Teknologi Makanan ini mampu untuk menukar sesuatu yang susah menjadi mudah, sesuatu yang murah menjadi lebih murah atau pun mahal dengan bahasa orang putih 'value added product'.

Contoh mudah adalah, ubi kayu yang berapa sen sekilo di ubah jadi kerepek ubi kayu yang tambah nilai harganya dan dikreatif lagi dengan pelbagai perisa seperti kerepek ubi pedas, masin, kari, keju, barbeque dan lain - lain .

Contoh kedua Kuih Bauhulu, kini dah ada bauhulu coklat, pandan, nescafe,strawberi...macam -macam adaaa...sekadar tambah kreatif dan imijinasi..Inilah satu bidang Teknologi Makanan yang boleh diceburi. Makes Things The Other Way Around....



Pisang


Terung


Tembikai kot ?




Thursday, September 24, 2009

Teknologi Makanan : Class Reunion 1990 ITM Shah Alam

Pada hari raya puasa yang ke tiga, saya dan famili telah beraya di Kota Bharu Kelantan. Bila berada di Kota Bharu biasa la..sms selamat hari raya kepada kawan yang ambik Diploma Teknologi Makanan di ITM Shah Alam dahulu, masa saya ambik bidang Teknologi Makanan ni UitM sekarang ini masih dikenali sebagai ITM. So dapat lah cerita baru sahabat -sahabat yang ambik bidang Teknologi Makanan.

Saya lihat bidang Teknologi Makanan ini sungguh menarik tertakluk kepada empunya ilmu Teknologi Makanan itu sendiri, ada yang berkerja dalam bidang ini dan ada juga yang jadikan bidang Teknologi Makanan ini sebagai bidan terjun namun yang penting ada rezeki masing - masing serta minat. Dan minat dalam bidang Teknologi Makanan ini boleh berubah -ubah ikut selera masing - masing. Ape tidaknya beberapa rakan sekelas yang ambik bidang teknologi makanan ini ada dan banyak yang berkecimpung dalam bidang yang langsung tak de kena mengena dengan Diploma Teknologi Makanan. Ada yang telah bekerja dengan Petronas dalam petrolium, ada yang bekerja dengan Time.com. Begitulah kita bila masa dah 20 tahun kami tak jumpa. Ada juga kawan se asrama dahulu yang ambil HOTCAT ( Hotel Catering) kat ITM , kini dah jadi pilot bawa jet Shukoi pulak...begitulah kehidupan dunia yang sebenar...apa pun minat dan kepuasan bekerja yang akan menentukan pilihan kita, walaupun pada peringkat awal kita belajar dalam bidang Teknologi Makanan.


Rakan serta keluarga Diploma Teknologi Makanan ITM yang hanya tiga orang sahaja yang bekerja dalam bidang Teknologi Makanan berhari raya puasa tahun 2009


MENULIS KEMBALI

PANDUAN TEMUDUGA

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NAMA :NOH

Akaun Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.