Wednesday, January 20, 2010

Seminar Madu Awam dan International


Agak lama saya tak update blog Teknologi Makanan ini kerana hampir seminggu saya berada di Kota Bharu, Kelantan kerana menghadiri seminar Madu Awam dan International. Saya juga turut serta dalam 2 post conference workshop yang diadakan di USM Kubang Kerian, Kelantan.

Kehadiran saya dalam dua seminar yang bermula dari 11 Januari 2010 hingga 18 Januari 2010, banyak memberi pendedahan saintifik berkatian dengan kehebatan madu lebah ini. Seminar Madu ini bertemakan The Medicinal Used of Honey yang dijalankan bersama Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian dan FAMA serta Kementerian Pertanian Malaysia yang diadakan di Hotel Renaissance Kota Bharu.

Selama seminggulah saya menetap dihotel berkenaan yang bagi saya amat baik kemudahanya disamping lokasinya bersambungan dengan pasaraya Billion serta berhampiran dengan beberapa kedai makan tempatan, yang memudahkan saya nak makan terutama waktu malam. Bila tidor dibilik hotel ini kekadang menjadikan saya sukar nak lelapkan mata, oleh itu kena pekena teh atau nescafe bersama sahabat sambil beborak kedai kopi baru kemudian jam 2 pagi masuk tidor.

Seminar madu ini merupakan seminar kali kedua diadakan di Malaysia, kali pertama untuk seminar awam diadakan di Kedah. Dalam kedua - dua seminar ini banyak perkara serta kegunaan madu untuk kesihatan serta perubatan diketengahkan oleh Pakar Sains serta Doktor Perubatan serta Pengamal Perubatan Tradisi berkaitan penggunaan madu untuk kesejahteraan diri.

Banyak paper kajian telah dibentangkan pada seminar madu ini yang mana sebahagian besar kandungan kajian adalah berkaitan dengan kelebihan Madu Lebah Tualang dalam membantu meningkatkan kesihatan dan saya akan kongsikan pada masa akan datang.

Madu Lebah Tualang merupakan madu lebah hutan yang banyak diperolehi di Kedah dan sebahagian besar dipasarkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dengan jenama Agromas. Oleh itu dapatkan produk madu lebah tualang asli daripada FAMA.


Seminar Madu International 2010


Majlis perasmian dan dinner sekali


Rakan semeja semasa dinner



Me and peserta seminar daripada India


Inilah lebah yang telah dinamakan satu surah dalam al-quran yang mengeluarkan madu daripada perutnya untuk manafaat manusia sejagat.

Teknologi Makanan mencadangkan anda mengamalkan memakan madu asli satu sudu makan ( 1 tablespoon) sebelum sarapan dan sebelum tidor. Insya Allah ia banyak manafaat untuk kesihatan badan sepanjang hayat.


Madu Lebah Tualang merupakan madu lebah hutan yang dihasilkan oleh lebah liar dan turut dipasarkan oleh FAMA. Dapatkan madu ini dipejabat - pejabat FAMA negeri berdekatan dengan anda.Ia juga ada dipasarkan di kedai atau outlet milik FAMA seperti di Agrobazaar Mydin USJ1, Subang Jaya, Agrobazar RnR Ulu Bernam (menghala ke KL), Agrobazaar Jejantas Air Keroh..

Insya Allah saya akan bongkarkan rahsia kehebatan madu, urutan madu, menguji ketulinan madu dan banyak lagi pada posting akan datang. TQ

@ TEKNOLOGI MAKANAN 2010

Friday, January 8, 2010

Kontrak Pengilangan Cara Mudah Berniaga Tanpa Kemahiran Teknologi Makanan

Teknologi Makanan pada hari ini akan berkongsi satu kaedah bagaimana kita mampu menghasilkan produk - produk makanan untuk dipasarkan tanpa perlu kemahiran dalam teknologi makanan. Cara mudah untuk hasilkan produk tanpa perlu kita keluarkan modal yang besar adalah dengan membuat kontrak pengilangan dengan kilang - kilang yang sedia menawarkan kontrak pengilangan untuk produk yang kita ingin pasarkan.

Pada hari ini semakin ramai usahawan yang menjalankan aktiviti perniagaan makanan tanpa memiliki kilang dan dengan ini akan menjimatkan kos dan tenaga serta masa. Kontrak pengilangan dalam bahasa yang mudah adalah kita mengupah orang lain ataupun kilang untuk membuat produk -produk yang kita inginkan.

Penghasilan produk dengan teknik kontrak pengilangan ini memberikan seorang usahawan banyak kebaikan kerana usahawan ini tidak perlu mahir bidang teknologi makanan, tidak perlu bersusah payah nak cari duit untuk buat kilang, beli mesin serta servis mesin, bayar gaji, EPF, SOCSO, OT kakitangan kilang dan macam - macam perkara yang memeningkan kepala serta pelaburan yang besar dalam menghasilkan produk makanan. Kita hanya upah kilang lain yang sediaada dan kita pasarkan produk berkenaan sahaja.

Inilah trend penghasilan makanan dan pemasaran makanan pada hari ini, kita lihat sahaja dipasaraya besar seperti TESCO dan Giant. Mereka pun dah ada brand sendiri untuk produk - produk yang mereka tahu laris jualannya, seperti susu pekat manis, kicap, gandum dan pelbagai lagi .

Dengan teknik kontrak pengilangan ini, seolah - olah pasaraya besar ini membeli terus daripada kilang dan mereka boleh 'custom made' ikut kos dan citarasa mereka dan dengan ini mereka boleh tawarkan pada harga yang lebih murah jika dibandingkan dengan produk pesaing !. Ini juga menjadikan mereka dapat mengaut keuntungan yang lebih besar.

Usahawan yang menghasilkan produk melalui kaedah kontrak pengilangan ini juga, dapat memberikan tumpuan yang lebih kepada aktiviti pemasaran produk yang merangkumi; jualan, pengedaran,promosi serta pengiklan. Ini mengurangkan tekanan jika usahawan berkenaan daripada memeting kepala dok fikir masaalah kilang.

Kontrak pengilangan juga mampu memberikan usahawan peluang menambah jenis serta kategori produk untuk jual dengan cepat. Sebagai contoh usahawan boleh hasilkan dengan cepat produk berlainan kategori seperti kopi, kordial, biskut dan macam - macam produk dengan kontrak pengilangan. Jika tidak, usahawan terpaksa bina kilang kopi, kilang biskut dan kilang kordial jika nak keluarkan produk - produk ini sendiri dan ini tentu perlukan modal yang besar.

Friday, January 1, 2010

Rahsia Membuat Cili Boh

Teknologi Makanan hari ini akan berkongsi dengan anda bagaimana dengan mudahnya kita mampu buat cili boh. Cili boh ini banyak digunakan dalam masakan kita seharian namun saya sendiri tak pasti bagaimana Cili Boh ini dapat namanya. Perkataan Boh ini banyak digunakan dinegara kita, Cili Boh, Teh Boh, Boh-sia, Boh - jan...mmmm dan macam - macam lagi.

Tuesday, December 15, 2009

Kuih Bangkit Menerjah Era Moden

Teknologi Makanan pada hari ini telah banyak membantu kehidupan kita dalam aspek penghasilan makanan yang lebih cekap, mudah serta berkhasiat. Pengunaan teknologi makanan semakin meluas dikalangan usahawan makanan kita pada hari. Langkah usahawan pengeluaran makanan terutama bumiputra menggunakan teknologi makanan dalam menghasilkan produk yang bermutu harus dipuji dan perlu kita sama menyokongnya.

Kita semua sebagai pengguna, terutama pengguna muslim perlu memberikan sokongan padu pada pengusaha makanan bumiputra ini dengan membuat pilihan membeli produk - produk keluaran bumiputra muslim yang halal lagi suci. Halal lagi suci inilah yang menjadi daya penarik utama makanan yang dikeluarkan oleh usahawan bumiputra muslim. Walaupun kekadang harga produk yang dikeluarkan oleh usahawan bumiputra ini sedikit mahal namun saya yakin sebagai seorang Islam kita pasti telah membuat pilihan bijak lagi tepat dengan membeli produk keluaran usahawan bumiputra muslim kerana konsep halal lagi suci ini amat penting bagi seseorang muslim.

Para pengusaha makanan bumiputra pun pada masa ini tidak kurang hebatnya dalam pengeluaran makanan kerana sebahagian besar pengusaha makanan ini telah pun menggunakan mesin - mesin teknologi makanan yang canggih serta hebat dalam penghasilan produk makanan.

Satu daripadanya adalah dalam pengeluaran kuih bangkit dimana mesin yang canggih telah digunakan. Penggunaan teknologi makanan dalam penghasilan kuih bangkit ini akan meningkatkan produktiviti serta juga mampu mengurangkan kos pengeluaran dan ini menjadikan produk dapat dijual pada harga berpatutan serta mampu bersaing dipasaran.

Bila melihat kepada kuih bangkit ini kekadang saya ketawa sendirian, kerana bagi kuih bangkit ini sebenarnya adalah sejenis biskut namun entah kenapa ia di kenali sebagai kuih. Pengunaan mesin penerap acuan ini mampu menghasilkan kuih bangkit dalam jumlah yang banyak hanya dengan menggunakan seorang pekerja sahaja.


Inilah kuih bangkit



Mesin penghasilan kuih bangkit


Penggunaan Teknologi Makanan dengan menggunakan mesin mampu meningkatkan pengeluaran kuih bangkit yang pada asalnya dihasilkan secara tradisional.


Bila pengeluaran banyak ia boleh dijual secara borong

Friday, December 11, 2009

Laksam Makanan Pilihan

Teknologi makanan hari ini akan berkongsi cara mudah nak buat laksam. Laksam merupakan satu lagi makanan kegemaran saya.Laksam bagi saya merupakan satu produk teknologi makanan hasil kretiviti orang kita suatu cara lain nak makan nasi. Nasi merupakan makanan asasi rakyat Malaysia terutama bagi penduduk negeri Kelantan.

Oleh sebab itu jika anda berkunjung Kelantan, pada waktu pagi makanan 'breakfast' sebahagian besar adalah dalam bentuk nasi. Di Kelantan ada nasi berlauk, nasi dagang, nasi kerabu, nasi kerabu hitam, nasi kapit (nasi impit), laksa dan juga laksam serta pulut pagi. Semua hidangan ini adalah merupakan hasilan beras dan makan nasi dipagi hari ni jadi budaya orang Kelantan dahulu. Cuma bila zaman moden sikit mulalah makan roti bakar, roti amplet, roti canai namun tak leh lari daripada makanan nasi pagi. Seumpama tak pekena nasi pagi tok leh nok buat kijo la..

Semasa kecik saya selalu beli nasi berlauk dengan lauk ikan ayo atau ikan tongkol dan juga laksam untuk makan pagi. Kekadang arwah ibu ada juga buat laksam ni dan saya dok tolong dia kat dapur lalu dapat sikit buat sendiri laksam ni.

Teknologi makanan yang terlibat dalam buat laksam ini adalah beras dikisar menjadi tepung. Tepung beras ini kita campur dengan air serta tambah sikit tepung gandum untuk bagi tektur yang liat sikit kemudian masukkan dalam bekas membentuk lapisan nipis macam buat telur dadar. Pada waktu dahulu saya guna tudung periuk aje senang kerana secara langsung ian jadi acuan yang menarik .

Dari tudung ni kita gunakan masak dengan mengukuskan dan di kukus hingga masak. Lepas masak kita sejukkan dan gulung. Laksam kemudian digunting dan makan bersama kuah sama seperti kuah laksa.Pengukusan laksam sebenarnya adalah kaedah teknologi makanan yang dipakai, iaitu memasak sesuatu makanan dengan menggunakan stim. Stim memberikan kepanasan yang sekata pada suhu lebih kurang 100 darjah celsius dan tak lebih dari itu. Oleh itu dengan guna stim makanan tak akan hangus dan mudah dimasak.

Ini laksam yang saya buat di rumah 3 minggu lepas, so far oklah guna tepung beras dah siap ready.


Tepung beras di bancuh dengan air dan dicampur dengan sedikit tepung gandum.



Adunan di masukkan dalam acuan yang disapu sikit minyak.


Adunan dalam acuan kemudian dikukus. Nak cepat sebab saya juga guna periuk nasi untuk jadi kukusan selain kukusan yang sebenar. Cepat siap cepat boleh makan...dak gitu...


Laksam sudah masak..dibiar seketika kemudian digulaung.



Nah dah jadi home made laksam. Ready nak potong pakai gunting dan dimakan dengan kuah serta ulam.Kuah laksam dibuat dengan santan dan isi ikan...pekena ni perrrrrgggg

MENULIS KEMBALI

PANDUAN TEMUDUGA

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NAMA :NOH

Akaun Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.