Sunday, August 15, 2010

Rahsia Ketupat Nasi Segera..

Bila bulan puasa dan kemudian hari raya tiba maka ramai yang akan buat ketupat. Ada ketupat nasi dan ada juga ketupat pulut.

Hari ini saya akan kongsi rahsia ketupat nasi segera. Bila tiba nak raya macam isu timbul daripada ketupat nasi segera yang dibuat dengan menggunakan plastik. Saya telah bertanya perkara ketupat plastik ini dengan pakar pembungkusan dan juga pengeluar plastik dan kesimpulan yang saya dapat buat adalah ketupat nasi dalam plastik ini selamat untuk kita makan selagi mana plastik yang digunakan adalah jenis plastik HDPE atau plastik tahan panas.

Kita sebenarnya boleh buat sendiri ketupat nasi segera ini kerana amat mudah. Hari saya sendiri telah mencuba membuatnya.



Bahan - bahan nak buat ketupat nasi segera





Ini plastik biasa..


Plastik tahan panas HDPE



Tebuk plastik biar berlubang dengan lidi



Basuh beras dan campurkan sedikit perisa pandan untuk bagi rasa dan bau wangi pada ketupat. Isikan beras ini 1/3 daripada saiz plastik..jangan penoh atau separuh..beras bila rebus dia akan kembang penuh plastik..


Seal atau tutup plastik dengan api lilin. Jangan ikat dengan getah lain.getah pengikat kurang baik..staple takut pecah..


Rebus 2- 3 jam..biar jadi ketupat..dalam rice cooker pun boleh..


Bila dah masak elok jadi ketupat ..sejukkan dan masukkan dalam peti sejuk supaya ketupat lebih keras..kemudian barulah potong..buat makan dengan rendang, kuah satey,lotong ataupun lodeh....

Saturday, August 14, 2010

Kemana Tumpahnya Kuah Kalau Tidak Ke Nasi..


Testimoni Allahyarham Ayahanda kita Nik Wan Bin Ibrahim yang pernah bekerja sebagai Cook Boy atau Tukang Masak pada tahun 1952, tahun ini pun kita belum dilahirkan lagi.

Hari ini sabtu dan merupakan hari yang ke 4, kita semua berpuasa di bulan Ramadhan 1431 H yang mulia ini. Bila bulan puasa tiba maka banyak aktiviti yang dapat saya lakukan terutama dirumah sendiri. Antara perkara yang saya lakukan adalah kemas rumah.

Bila kita kemas rumah ini, mulalah selongkar sana , susun sini dan akhirnya terjumpa macam - macam benda dan terjumpalah kita testimoni milik Allahyarham Ayahanda kita yang sememangnya kita simpan.

Bak kata pepatah ' Kemana tumpahnya kuah, jika tidak ke nasi, inilah mungkin menyebabkan kita pun ada minat dalam bidang makanan ini..pun begitu kita lebih sikit kebidang sains yakni Teknologi Makanan.

Perkongsian ini adalah sekadar untuk merakamkan penghayatan dan penghargaan kepada Allahyarham Ayahanda kita, Nik Wan bin Ibrahim dan Allahyarham Bonda kita , Hajah Mariam bt Sulaiman yang telah membesarkan kita...

Semoga Allah s.w.t sentiasa mengampuni kedua - dua mereka....tanpa mereka , siapalah ..saya...amin.

Selamat berpuasa untuk semua pembaca muslim.....bersambung....perjalanan ku..kebidang teknologi makanan...

Wednesday, August 11, 2010

Selamat Berpuasa Kepada Semua Pembaca


Hari ini saya dan keluarga serta kaum muslimin yang berada ditanah air kita mula mengerjakan ibadat puasa. Kiranya hari ini adalah hari pertama kita berpuasa dan semalam merupakan pertama kita bersahur.

Sahur amat penting bagi kita membina tenaga dan barakh. Seorang ustaz berkongsi petua cara nak bertenaga pada bulan puasa adalah pada waktu sahur, makanlah 7 biji buah kurma dan minum sedikit air zam - zam..insya Allah, katanya kita tak terasa lapar sangat.

Oleh itu anda semua boleh mencuba amalan ini dan boleh tulis diruang komen..air zam - zam itu jika anda sukar mendapatinya boleh digantikan dengan air susu.

Pada bulan yang mulia ini saya tidak dapat menulis panjang , pun begitu akan kita tulis perkara yang berkaitan makanan dibulan ramadhan.Berbukalah dengan mendahului makan kurma kerana kurma mengandungi pelbagai khasiat yang mampu memberi badan tenaga serta kesegaran dengan lebih cepat.

Selamat berpuasa...dan berbuka puasa serta mengerjakan solat tarawikh...

Sunday, August 8, 2010

Peniaga Produk Makanan Perlu Strategi Pemasaran



Peniaga ataupun mereka yang terlibat dalam pengeluaran serta pemasaran produk makanan perlu bahkan bagi saya WAJIB ada strategi pemasaran yang mantap dan berkesan.

Strategi pemasaran ini amat penting bagi menjamin produk yang kita hasilkan menggunakan teknologi makanan dapat dijual dan diterima oleh pengguna. Berniaga makanan ini tidak sama seperti kita berniaga produk lain seperti besi, kereta.

Produk makanan ada tempoh masa atau dikenali jangkahayat yang mana jika kita tidak mampu menjual dalam tempoh jangkahayat berkenaan, produk makanan akan rosak sendiri dan kita akan mengalami kerugiaan.

Contoh paling mudah adalah produk roti. Roti pada kebiasaanya akan rosak samaada berkulat atau menjadi roti kering dalam masa 7 hari.Namun dengan startegi pemasaran yang berkesan, roti yang tempoh hayat singkat 7 hari pun dapat dijual dengan laris..bahkan kita ada beberapa kilang roti yang besar dinegara kita.

Baru - baru ini saya ada ke Cameron Highland dan meninjau sekitar Cameron Highland saya tertarik kepada cara pemasaran beberapa produk madu di sekitar Cameron Highland



Produk Madu dibungkus dengan rapi dan menarik



Untuk menyakinkan pengguna bahawa produk madu ini asli, sarang lebah pun turut sama dimasukkan dalam botol .Ini pasti menyakinkan keaslian madu.



Untuk memudahkan pengguna , khasiat madu serta cara guna turut sama dicetak pada pamplet yang disertakan dalam pembungkusan.


Oleh itu kita semua perlu kreatif dalam bidang pemasaran produk makanan ini. Perkara yang perlu diberi perhatian adalah pandangan pengguna kepada produk kita, yang mana akan menyebabkan pengguna membeli produk kita dan bukan produk pesaing..

Tuesday, August 3, 2010

MAHA INTERNATIONAL 2010 DILANCAR HARI INI


Susunan bungan hiasan MAHA 2010

Hari ini saya berpeluang hadir ke soft lauch..MAHA INTERNATIONAL 2010 di Hotel Istana..Kuala Lumpur. MAHA merupakan singkatan kepada Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism International Show 2010 bermula Nov 26. Soft launch MAHA INTERNATIONAL 2010 telah disempurnakan oleh YAB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

MAHA merupakan pameran dan eksport pertanian bertaraf antarabangsa yang diadakan setiap 2 tahun sekali ini akan berlangsung pada 26 November 2010 hingga 5 December 2010. MAHA INTERNATIONAL 2010 kali ini dijangkakan menarik 1.5 juta orang pengunjung .

MAHA INTERNATIONAL 2010 akan di adakan di Malaysia Agro-Exposition Park Serdang dekat dengan ibupejabat MARDI di Serdang Sekangor. Tema MAHA 2010 kali ini adalah 'Agricultural Innovation for Growth'.

Datang lah beramai - ramai ke MAHA 2010..pasti anda semua berpuas hati ..melihat pelbagai hasilan pertanian serta teknologi terkini dalam bidan pertanian.



YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar memegang durian isi merah..



Hiasan bunga, buah , sayuran..soft launch MAHA INTERNATIONAL 2010.



FLAMMING RED DURIAN..


MENULIS KEMBALI

PANDUAN TEMUDUGA

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NAMA :NOH

Akaun Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.