Wednesday, October 20, 2010

Karnival Jualan Produk PKS 1 Malaysia Best

Karnival Jualan produk - produk  1 Malaysia Best akan dianjurkan pasaraya Giant dengan kerjasama FAMA dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bermula 22 Oktober 2010 hingga 29 November 2010.

Pelbagai produk usahawan kita yang telah dibenarkan menggunakan logo jenama 1 Malaysia Best akan dijual pada harga istemewa disemua pasaraya Gaint pada masa ini.

Jika anda nak merasai kenikmatan produk halal lagi berkualiti kunjungilah pasaraya Gaint pada tarikh 22 Oktober - 29 November 2010.

Pelbagai produk daripada pelbagai kategori makanan boleh anda beli pada harga yang sungguh berpatutan. Inilah satu usaha FAMA dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memperkenalkan produk keluaran Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam usaha memperluaskan pasaran dan meningkatkan jualan.

Produk keluaran PKS sebenarnya setanding juga dengan barangan import..anda boleh beli dan rasai sendiri . Antara produk yang di tawarkan adalah terdiri daripada;

  1. Ikan Sardin Jenama Agromas RM4.39 setiap tin.
  2. Kopi segera Gano/Habbatus Sauda/Ginseng  RM8.99 setiap pek 20 x 20 gram
  3. Perencah Mee Rebus Jawa
  4. Nugget Ikan
  5. Mayonaies Keluaran Bumiputra Jenama JASMA RM4.99 untuk 370 gram...
Dan banyak lagi..saya akan uploadkan risalahnya kemudian...belilah produk PKS terutama yang ada logo 1 Malaysia Best..kerana ia merupakan jenama perakuan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani..sudah pasti Halal..Insya Allah..

Jangan lupa ..belian anda mampu meningkatkan lagi perkembangan Industri Usahawan PKS negara yang sebahagian besarnya terdiri daripada bumiputra..

Wednesday, October 13, 2010

Perniagaan Makanan dan Peluang Perniagaan Luar Biasa Untung

Hari ini makin ramai yang dan buat bisnes makanan dengan teknologi makanan yang dipelajari. Perniagaan makanan kini memasuki era yang mencabar perlu dilaksanakan dengan perancangan yang rapi dan tersusun agar kita mampu bersaing dipasaran.

Namun bagi saya ada perniagaan mudah yang boleh anda ceburi kini, selain  daripada bidang tekonologi makanan dan pastinya amat luar biasa keuntungan . Saya kongsikan untuk anda ..baca ..fikir dan bertindak segera merebut peluang ini....



Saya bongkarkan rahsia  kehebatan menjalankan perniagaan emas bersama saya pada bulan Oktober 2010 ini. Kini Tinggal 18 hari sahaja lagi TAWARAN  untuk anda menyertai perniagaan emas bersama saya dan Public Gold dengan modal 50% DISKAUN.

Rahsia 1 : 50 % Diskaun keatas modal yang diperlukan untuk jadi agent.

Jika anda jadi agent pada bulan ini, anda diberi 50% DISKAUN keatas modal yang diperlukan untuk jadi agent iaitu anda hanya perlukan modal RM20,000.00 sahaja.  Modal ini digunakan untuk buat belian emas.

Pada bulan lain modal yang diperlukan untuk jadi agent public gold adalah RM40,000.00. Ini semua jika nak jadi agent pemasar emas Public Gold, jika nak buka francais Habib Jewel RM1,000,000.00 ( RM1 JUTA) syarikat - syarikat lain lebih -lebih juta lagi laa...

Rahsia 2: Anda boleh pilih jenis emas yang anda hendak beli dengan duit RM20,000.00 !

Ini satu lagi kelebihan hebat bila anda jadi agent bulan oktober ini. Selain diskaun keatas modal, jenis emas yang ingin anda beli semasa jadi agen..anda boleh pilih. Bulan lain pada masa dahulu jenis emas di TETAPKAN. Namun bulan ini dengan modal RM20K itu anda boleh pilih samaada nak Dinar atau bar 20 gram atau bar 50 gram ..yang akhirnya semuanya bernilai RM20K.

Jika anda nak mudah jual, ambik 1 Dinar ataupun campur 1 Dinar dan Bar 20 gram kerana pada pengalaman saya kedua - dua ni laris dan mudah jual.


Rahsia 3 :  Bila jadi agen, anda dapat 1.5 % komisyen atas setiap jualan (belian) yang anda buat.

Bila anda dah jadi agent, setiap belian yang anda buat daripada Public Gold, anda dapat komisyen 1.5%. Kekadang anda beli untuk diri sendiri pun dapat komisyen..kire beli dengan harga diskaun la..Hingga kini TIADA SALES TARGET yang ditetapkan untuk dapat komisyen..maknanya..beli atau jual 1 Dinar pun dapat komisyen.

Rahsia 4 : Latihan dan Bimbingan PERCUMA.


Syarikat akan sentiasa berikan latihan dan bimbingan yang berterusan secara PERCUMA kepada anda.Manakala saya pula insya Allah akan membimbing anda hingga kite sama sama berjaya.

Rahsia 5 : Komisyen Beli Balik 0.3 %.

Inilah suatu keistemewaan jual emas. Jika kita beli balik emas daripada pelanggan dan menjual semula kepada Public Gold kite diberi komisyen 0.3 % !.


Rahsia 6 : Anda akan memiliki perniagaan yang SUKAR HENDAK RUGI !.


Harga emas sentiasa naik dengan kadar 20% setahun..anda tak laku jual pun nilai emas yang ada pada anda akan naik harga..bila mahal anda boleh jual dan dapat untung berganda -ganda...


Rahsia 7 : Kerjasama dan Komitmen Serta Bimbingan Berterusan Dari Saya.
Insya Allah..saya akan bimbing anda hingga berjaya dan akan membantu anda sama ada secara online atau offline. Jika anda perlukan blog seperti ini saya akan membantu membinanya untuk anda jika anda mahu..Untuk menjadikan kita berjaya kita perlu dibimbing oleh mereka yang berjaya.

Jika kita bersendirian sudah pasti kita pun akan terpinga - pinga tak tahu pun arah tuju kejayaan.

Insya Allah jika anda bersama saya dalam perniagaan emas ini, saya akan kongsikan beberapa TEKNIK RAHSIA DALAM MEMAKSIMAKAN KE UNTUNGAN DALAM PERNIAGAAN EMAS INI.

Untuk bersama saya amat mudah, bila isikan borang nak jadi agent, PASTIKAN PADA BAHAGIAN INTRODUCER TULIS NAMA : ASIKIN BT AB.HAMID atau hubungi saya 017 345 7478 untuk anda dibantu.


Hakikat pati rahsia sebenar yang saya perlukan anda sebagai agent bersama saya adalah saya ingin memberikan perkhidmatan terbaik untuk semua pelanggan kite.

Saya kekadang ada pesanan daripada seluruh Malaysia..pun atas keterbatasan geografi saya tak mampu untuk buat penghantaran maka dengan dukacite saya terpaksa menolaknya.

Namun dengan adenya anda dalam rangkaian saya, pembelian yang diluar lingkup geografi saya, akan saya channelkan kepada anda..Insya Allah..



MUAT TURUN BORANG JADI AGENT KLIK >. BORANG AGENT<<<






JIKA TAK DAPAT DOWNLOAD CALL ME  ASIKIN : 017 345 7478 untuk saya pos PERCUMA.


Sudah download isi dan call me untuk saya bantu...



JUMPA ANDA DALAM PERNIAGAAN EMAS BERSAMA SAYA...
ASIKIN 017 345 7478.. 
admin@perniagaanemas.com

BELI EMAS, SIMPAN EMAS, 
BISNES EMAS PASTI ANDA TAK LEMAS... 


Buat pilihan bijak hasil perniagaan makanan anda boleh simpan dalam bentuk emas yang lebih menguntungkan . Untuk mempelajari ILMU EMAS PERCUMA BACA >> http://www.perniagaanemas.com/

Wednesday, September 15, 2010

Satey Zaman Moden


Satey merupakan makanan kegemaran saya dan setiap hari raya, dahulunya arwah bonda dan saya selalu buat satey. Oleh itu bila time nak raya, saya akan balik awal dan malam raya kita buat satey..lepas solat sunat raya.saya selalu bakar satey.

Arwah bonda selalu buat satey dan juga nasi impit cara asli. Masak nasi dengan air lebih..kemudian masukkan nasi lembik ke dalam tong kayu khas yang telah dialas kain putih dan kemudian ditindih dengan batu gilling dan bahan berat yang lain..ia dibuat malam raya dan pagi raya dah boleh potong jadi nasi impit..Kini semua tinggal kenangan yang kekadang teras..ketiadaan arwah bonda..inilah hikmat air tangan ibu...semoga Allah s.w.t mengampuni kedua arwah bonda dan ayahanda kita...

Kini kita pun dah jadi orang tualah..kat kampung maklumlah orang tua pun dah banyak yang tiada..budak hinggusan dahulu pun dah jadi bapak orang..pun begitu hidangan satey tetap dah jadi makanan wajib diwaktu beraya dirumah saya di kampung Kubang Palas Luar, Wakaf Baru..Kelantan..

Walaupun arwah bonda dan ayahanda dah tiada, saudara mara tetap datang..dan yang pasti di cari adalah hidangan satey. Kini saya dan keluarga masih mengekalkan tradisi lama..satey tetap ada namun..kita belilah..kerana tak sempat nak buat..begitulah zaman berubah..

Kini satey boleh dibuat dengan mudah terutama jika kita tidak mampu hendak membakarnya. Kini kita boleh buat satey goreng..Satey goreng walaupun tidak sesedap satey bakar namun kepada mereka yang minat satey ..ia tetap satey..

Buat satey goreng ini mungkin pelik bunyi..namun jika kita berada diluar negara..terutama nak buat pembakaran terbuka pun tak boleh..boleh cuba buat satey goreng..

Cara nak buat mudah..gunakan mana - mana resepi satey..perap daging dengan rempah 2 - 3 jam..cucuk daginh kelidi dan goreng secara deep fryer atau minyak banyak bersama lidi..dan bila daging dah masak boleh makan satey goreng..

Seperti ke enakan sebenar minum teh tarik adalah kerana buihnya..maka keenakan makan satey ini adalah terletak pada ketika kita tarik daging dengan mulut daripada lidinya..inilah sensasi sebenar makan satey selain rempah ratus serta kuah yang pekat..

Untuk buat goreng cara deep fryer ini tak payah beli alat special boleh guna periuk dan masuk minyak dengan banyak dah boleh jadi deep fryer..cepat dan mudah

Nak detail tengok macam mana kite goreng


Selamat mencuba...

Saturday, September 4, 2010

Sijil Halal JAKIM Untuk Minyak Sapi Di Tarik Balik

Sijil pengesahan halal JAKIM untuk minyak sapi yang tersohor lagi terlalu ramai orang kita guna telah ditarik balik oleh pihak JabatanKemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Minyak sapi dengan jenama QBB Puree Ghee yang dikeluarkan syarikat QBI Packaging Sdn Bhd memang sudah lama berada di pasaran.

Penarikan balik sijil pengesahan HALAL ini dapat dilihat pada laman web Halal Malaysia. Saya di maklumkan bahawa penarikan balik pengesahan sijil Halal ini oleh pihak JAKIM adalah kerana JAKIM dan Jabatan Kimia Malaysia telah membuat ujian keatas minyak sapi ini dan mendapati ianya ' mengandungi bahan yang meragukan' untuk kegunaan umat Islam .

Oleh itu JAKIM mengambil keputusan untuk MENARIKBALIK Sijil Pengesahan Halal Malaysia kepada Syarikat QBI Packaging Sdn Bhd berkuatkuasa 26 Ogos 2010. Oleh yang demikian, QBI Packaging Sdn Bhd adalah dilarang serta merta menggunakan logo halal Malaysia pada semua produk berjenama QBB Pure Ghee.



Oleh itu bagi saya sebagai umat Islam, wajarlah kita meninggalkan yang meragukan.Pilihlah yang halal kerana produk yang halal masih banyak daripada yang haram.

Minyak sapi banyak digunakan dalam membuat kuih muih untuk hari raya dan juga pelbagai masakan terutama yang berasal daripada timur tengah seperti nasi berayani, biskut arab, biskut makmur dan macam - macam lagi.

Minyak sapi sebenarnya dibuat daripada susu, sebab itu ada bidalan ' Lembu Punya Susu, Sapi Punya Nama'.., namun dengan pengunaan teknologi yang canggih dan terkini pelbagai bahan tambah boleh ditambah kedalam minyak sapi untuk menjadikan ia lebih komersial.

Sebenarnya penggunaan bahan daripada babi amat meluas kerana babi ini banyak diternak di barat dan ianya mudah membaik dengan cepat.Oleh itu lemak - lemak babi ini banyak di olah oleh pakar saintis disana untuk dijadikan pelbagai produk kormesial seperti sabun dan macam - macam lagi, sama ada makanan mahu pun kosmetik.

Oleh itu kita sebagai pengguna muslim perlu berhati - hati dalam pembelian makanan,alat solek, pakaian ( kasut dan beg) agar tidak terbeli produk haram asalan babi.

Tuesday, August 31, 2010

Dapur Gas Mudah Alih Memudahkan Kerja Memasak Kita...



Pada hari ini kita semua tidak perlu lagi bersusah payah nak hidupkan api ataupun unggun api untuk memasak di kem perkelahan atau pun mana -mana tempat yang kita berpergi. Teknologi Makanan kini telah pun mereka cipta sebuah dapur gas mudah alih untuk memasak apa jua makanan yang kita ingin di mana sahaja kita berada.

Baru - baru ini saya telah membeli sebuah dapur gas mudah alih ini.Tujuan utama saya beli dapur gas mudah alih ini kerana dapur gas rumah saya telah dihantar repair lah...Betui sekali kata pepatah..kalau rumah tak berasap..resah kita rasanya. Oleh itu saya pun belilah sebuah dapur gas mudah alih ini dengan jenama Pensonic. Harga dapur gas ini pun tak mahal dalam RM60.00 sahaja bergantung kepada jenamanya dan ianya di datang bersama dengan beg untuk memudahkan dapur gas mudah alih ini dibawa dengan lebih bergaya.

Pembelian pertama dapur gas mudah alih ini kita diberikan sebuah balang gas percuma namun untuk memudahkan kita memasak makanan, saya pun terus beli balang gas tambahan 4 biji pada harga lebih kurang RM16.00.

Sehingga kini saya dah masak macam - macam makanan ringkas menggunakan dapur gas mudah alih ini seperti goreng ikan, goreng ayam, dagin dan goreng sayur. Masak lauk dan kuah ringkas dan adalah jelas dapur ini memberikan satu kepuasan tersendiri dalam akiviti memasak.

Dengan api yang kebiruan, makanan adalah mudah masak dengan dapur ini. Balang gas yang digunakan itu mampu memberikan kita keupayaan untuk memasak selama satu hari..namun begitu ia bergantung cara penggunaan. Penggunaan dapur memasak ini secara berterusan, balang gas ini hanya mampu bertahan untuk tiga jam sahaja.

Balang gas yang kosong boleh diganti dengan mudah, hatta remaja berumur 13 tahun pun mampu melakukanya.

Dengan memiliki dapur gas mudah alih ini, saya kini boleh membawa kemana sahaja dapur untuk masak , sama ada nak memasak didapur atau nak memasak diruang tamu ataupun nak memasak di kawasan lapang kat depan rumah..

Dapur gas mudah alih ini juga memungkinkan saya memasak di perkelahan, tepi pantai tanpa perlu risau hari hujan, kesukaran nak menghidupkan api,kayu basah dan macam - macam cabaran dalam usaha kita memasak menggunakan dapur kayu atau unggun api.


Balang gas mudah di isi..


Dapur gas portable


Beg dan Dapur Gas Mudah Alih..




Dapur di simpan dalam beg sahaja ..mudah dibawa ..mudah nak memasak..


Beg Dapur yang bergaya

MENULIS KEMBALI

PANDUAN TEMUDUGA

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NAMA :NOH

Akaun Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.