Salamsejahtera ...bertemu kita lagi hari ini..gabungan teknologi dan tradisional memproses makanan mampu meningkatkan daya saing sesuatu produk makanan dipasaran. Teknologi makanan terutama yang melibatkan kejuruteraan makanan ( food engineering) mampu meningkatkan keupayaan pengeluaran sesuatu produk terutama dengan penggunaan mesin separa atuomatik atau automatik sepenuhnya.
Sebagai contohnya dalam pengeluaran dodol, wajik maupun lempuk durian, penggunaan mesin yang semakin meluas mampu menigkatkan kapasiti pengeluaran sesebuah kilang dodol.
Hari saya baru melawat sebuah kilang memproses dodol dan wajik di Melaka. Kilang ini mengeluarkan dodol dengan menggunakan mesin dan penggunaan mesin ini dapat menjimatkan kos melalui pengurangan penggunaan tenaga buruh. Penggunaan mesin pengacau dodol membolehkan kilang ini mengeluarkan 8 - 10 kawah dodol dan wajik setiap hari...
Tuesday, December 28, 2010
Saturday, December 25, 2010
Teknologi Makanan Memperluaskan Pasaran Gula Apong Sarawak
Hari ini saya ingin kongsikan bagaimana teknologi makanan dengan pengubahusaian bentuk pembungkusan dan label gula apong sarawak mampu diperluaskan pasarannya. Gula apong merupakan manisan yang diperbuat daripada air nira yang dihasilkan daripada pokok nipah yang banyak terdapat di sepanjang sungai di Sarawak terutama di Kota Samarahan dan juga Betong..
Jika disemenanjung Malaysia air nira ini sama dengan air nira kelapa yang kemudian dimasak menjadikan gula melaka ataupun nise jika di Kelantan.Secara tradisional gula apong yang dihasilkan dipasar secara borong dalam tin biskut dan jika untuk pasaran runcit ia di pasarkan menggunakan beg plastik.
Kenaikan harga gula menjadikan gula apong mula mendapat tempat dihati pengguna di Sarawak dan mula menunjukan potensi pasaran yang baik. Melihat kepada peluang pasaran ini, FAMA Sarawak telah mengorak langkah menginovasikan pembungkusan gula apong ini dengan memperkenalkan gula apong dalam bentuk botol,plastik yang cukup menarik.
Cara proses memasak nira nipah untuk menjadi gula apong..lihat video
Pembotolan gula apong ini membolehkan pasaran gula apong dikembangkan sesuai dengan kehendak pengguna semasa yang inginkan keselesaan dalam penggunaan gula apong.
Pelbagai jenis makanan dan minuman boleh kita buat dengan gula apong antaranya adalah yang tersohor T C Peng, Cendol dan pelbagai lagi makanan yang anda boleh lihat pada gambar buku yang di keluarkan oleh FAMA Sarawak. Sila KLIK GAMBAR UNTUK BESAR KAN...
Oleh itu jika anda berpeluang ke Sarawak terutama di bandar Kucing, cuba - cuba lah T C Pheng dan lain - lain makanan bagi menikmati keenakan gula apong..Jadikan Gula Apong sebagai ole - ole dari Sarawak selain Kek Lapis dan juga Ikan Terubok Masin ....

Wednesday, December 22, 2010
Rahsia Mudah Membuat Coklat
Hari ini saya akan berkongsi rahsia mudah bagaimana nak buat coklat. Membuat coklat sama seperti coklat tersohor Ferrero Rocher..Saya belajar buat coklat ini di MAHA 2010 baru - baru ini daripada Chef Mizi yang buat demo kat MAHA 2010.
Cara nak buat coklat cukup mudah dimana bahan yang diperlukan adalah;
- Coklat Bar
- Buah badam yang siap digoreng atau bake cincang
- Rice Bubble
- Blueberry kering
Semua bahan ini boleh dibeli di Kedai Bakeri .
Cara nak buat cukup mudah, panaskan coklat bar hingga cair guna stim..setelah cair campurkan semua bahan - bahan dan gaul hingga sebati..kemudian cedok dengan sudu..dan sejukan atas tray yang bersih. Bila coklat sejuk dia akan mengeras dan boleh terus makan..
Cara nak jelas tengok video ni la...
Friday, November 26, 2010
MAHA International 2010 Bermula Hari Ini 26 November Hingga 5 Disember 2010
MAHA International 2010 bermula hari ini di MAEPS ( Malaysia Agro-Exposition Park Serdang) dan ini merupakan ekspo pertanian terbesar di negara kita. Disini terdapat pelbagai pameran berkaitan pertanian merangkumi pameran haiwan, jentera dan produk - produk keluaran hasil pertanian.
Disamping itu terdapat juga Sajian Makanan Popular yang memberikan peluang kepada pengunjung untuk merasai masakan popular yang terdapat diserata tempat dinegara kita dibawah satu bumbung.
Pelbagai produk usahawan IKS juga dijual di Agrobazaar dan juga di Laman Tiba 1 .Selain tu pokok bunga dan orkid ada juga dipasarkan di MAHA International 2010.
Pelbagai kemudahan juga disediakan bagi keselesaan pengunjung seperti bas dan trem yang disediakan PERCUMA untuk mengangkut pengunjung daripada tempat letak kereta kesekitar ruang - ruang pameran. Namun kita jua perlu berjalan - jalan disekitaran untuk melihat pelbagai pameran.
Jika anda terasa leguh kaki..boleh juga berurut kaki anda di Hall D, Agrobazaar dan urutan kaki ini disediakan oleh mereka yang terlatih dalam urutan walaupun mengalami kecacatan mata dengan bayaran tertentu.
Disamping itu bagi memeriahkan MAHA kali ..Ekspo Suarasa TV 9 turut diadakan ditapak yang sama di MAEPS ini.
Cuti sekolah ini elok benar anda membawa anak - anak berjalan ke MAHA International 2010 . Habiskan masa 1 hari di MAHA 2010 ini baru anda puas hati dapat melihat pelbagai pameran bagi menambah ilmu dan mungkin peluang - peluang untuk menceburi bidang pertanian.
MAHA INTERNATIONAL BERMULA...
Bas dan Trem disediakan PERCUMA.
Sebahagian kemah jualan IKS, Buah - Buahan dan Bunga - Bungaan
Motosikal angkut disediakan ..
Satey Arnab pun ada....
Belon pun ada...up up and away...
La belon KFC rupenyaa...
Tu dia..Pizza Hut pong ado..no...
Ok lah trem dah sampai..balik dahulu...Adiossssssssssssssss..
See you..
Wednesday, October 20, 2010
Karnival Jualan Produk PKS 1 Malaysia Best
Karnival Jualan produk - produk 1 Malaysia Best akan dianjurkan pasaraya Giant dengan kerjasama FAMA dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bermula 22 Oktober 2010 hingga 29 November 2010.
Pelbagai produk usahawan kita yang telah dibenarkan menggunakan logo jenama 1 Malaysia Best akan dijual pada harga istemewa disemua pasaraya Gaint pada masa ini.
Jika anda nak merasai kenikmatan produk halal lagi berkualiti kunjungilah pasaraya Gaint pada tarikh 22 Oktober - 29 November 2010.
Pelbagai produk daripada pelbagai kategori makanan boleh anda beli pada harga yang sungguh berpatutan. Inilah satu usaha FAMA dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memperkenalkan produk keluaran Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam usaha memperluaskan pasaran dan meningkatkan jualan.
Produk keluaran PKS sebenarnya setanding juga dengan barangan import..anda boleh beli dan rasai sendiri . Antara produk yang di tawarkan adalah terdiri daripada;
Jangan lupa ..belian anda mampu meningkatkan lagi perkembangan Industri Usahawan PKS negara yang sebahagian besarnya terdiri daripada bumiputra..

- Ikan Sardin Jenama Agromas RM4.39 setiap tin.
- Kopi segera Gano/Habbatus Sauda/Ginseng RM8.99 setiap pek 20 x 20 gram
- Perencah Mee Rebus Jawa
- Nugget Ikan
- Mayonaies Keluaran Bumiputra Jenama JASMA RM4.99 untuk 370 gram...
Jangan lupa ..belian anda mampu meningkatkan lagi perkembangan Industri Usahawan PKS negara yang sebahagian besarnya terdiri daripada bumiputra..
Subscribe to:
Posts (Atom)
SUMBANGAN IKHLAS
Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.
Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:
NAMA :NOH
Akaun Maybank No. 112361650899.