Tuesday, June 14, 2011

LAWATAN KE MARDI SERDANG BERSAMA BAHAGIAN IAT FAMA

Hari ini saya menyertai lawatan ke MARDI Serdang anjuran Bahagian Industri Asas Tani (IAT)FAMA bagi mendapatkan informasi terkini perkhidmatan yang ditawarkan oleh MARDI kepada usahawan IKS. Seramai lebih 50 orang usahawan ikut serta dalam lawatan kali ini.

Bahagian IAT FAMA telah mengambil pendekatan baru dalam menjemput usahawan yang berminat dengan mewarwarkan program lawatan ini melalui facebook mereka. Oleh itu jika anda ingin menyertai atau ingin mengetahui aktiviti IKS masa kini yang dianjurkan oleh Bahagian IAT FAMA, anda boleh join facebook ini dengan klik link ini..


Banyak informasi terkini yang telah dikongsikan oleh pegawai MARDI serta kami juga telah dibawa melawat ke beberapa bahagian di MARDI yang ada kaitan dengan pembangunan usahawan IKS..Apa yang dapat saya rumuskan adalah teknologi dan inovasi amat penting dalam untuk membolehkan seseorang usahawan bersaing dalam era globalisasi ini. 

Tanpa teknologi dan inovasi, usahawan kita mungkin akan terhimpit dalam persaingan dierah globalisasi yang semakin berkembang. Untuk mendapatkan informasi dan bimbingan teknologi, kunjungilah MARDI..insya Allah anda pasti dibantu..layarilah lawan web MARDI > www.mardi.gov.my

Usahawan sedang bersiap untuk dengar taklimat MARDI.

Usahawan di Galeri Teknologi Mardi.


MARDI turut menerima pelbagai pengiktirafan di peringkat Nasional dan Global.

Pelbagai produk dan pembungkusan yang dihasilkan MARDI..


MARDI SERDANG  juga ada kedai buku tempat menjual pelbagai buku terbitan MARDI ..

Pelbagai mesin pemprosesan makanan juga terdapat di MARDI SERDANG..


MARDI turut juga menghasil dan menjual biji beneh tanaman dan pelbagai anak pokok 




Monday, May 30, 2011

Makanan Halal Lagi Suci Suatu Pilihan Bijak

Makanan halal lagi baik serta suci  merupakan pilihan terbaik untuk umat Islam.Isu halal dalam pengeluaran makanan merupakan isu yang amat sensitif bagi umat Islam kerana ia adalah tuntutan agama.

Kini dengan kemudahan teknologi serta sains, kita dapat mengesan dengan lebih tepat kandungan sesuatu makanan. Dengan adanya teknologi seperti mikroskop elektron, ujian DNA dan analisa  kimia serta peralatan  yang canggih kita dapat mengukur sesuatu bahan yang terdapat dalam makanan yang kita makanan.

Teknologi pengesanan DNA kini boleh digunakan untuk menguji jika terdapat campuran daripada bahan babi didalam makanan.

Teknologi mikroskop electron pula kita pada menilai dan melihat jika kulit babi atau pun bulu babi digunakan dalam pembuatan barangan kulit ataupun berus yang digunakan untuk mengecat ataupun berus yang digunakan untuk menyapu krim pada makanan.

Walaupun apa -apa cara pencegahan terbaik untuk kita daripada termakan makanan haram ini adalah dengan membuat pilihan membeli  makanan yang telah disahkan halal oleh JAKIM atau JAIN serta belilah daripada pengusaha yang beragama Islam atau pun kita buat sendiri makanan yang kita makan.

Saturday, April 2, 2011

Mesin Pemprosesan Makanan Mampu Tambah Pendapatan Anda

Penggunaan teknologi makanan boleh diaplikasikan dengan menggunaan pelbagai jenis mesin dan peralatan. Mesin teknologi makanan ini mampu meningkatkan pengeluaran, mengurangkan penggunaan tenaga buruh serta mengurangkan kos pengeluaran.

Kini terdapat pelabagai jenis mesin dan peralatan teknologi makanan yang mampu dibeli oleh usahawan yang terlibat dalam pengeluaran makanan untuk tujuan komersial. Tanpa penggunaan mesin teknologi makanan, produk yang dihasilkan untuk pasaran ada kemungkinan besar tidak mampu berdayasaing dipasaran kerana kos pengeluaran yang tinggi.

Kos pengeluaran yang tinggi akan menyebabkan pengeluar terpaksa menjual dengan harga yang mahal dan daripada aspek pemasaran, ia akan menjadi kurang menarik kepada pengguna. Pengguna hari ini lebih berminat untuk membeli produk makanan pada harga yang berpatutan.

Pembelian mesin teknologi makanan ini sudah pasti memerlukan perbelanjaan yang besar, namun jika kita kiran daripada aspek pelaburan jangka masa yang panjang  ia mampu memberikan pulangan yang lumayan.

Walaubagaimana pun sebelum membeli apa juan mesin teknologi makanan, anda dicadangan membuat kajian dan  mendapat nasihat daripada pakar  berkaitan kesesuaian mesin, kos penyelenggaran, kemudah dapatan  alat ganti serta khidmat selepas jualan.

Pengeluaran makanan adalah sedikit unik, tidak semestinya mesin yang sama boleh digunapakai untuk semua orang kerana setiap pengeluar produk makanan ini ada resepi atau formula mereka sendiri..walaupun produk yang dihasilkan hampir sama..

Ini video pelbagai jenis mesin seperti mesin cucuk satey, pau, buat bebola ikan, bebola daging, mesin buang kulit nanas dan macam - macam ada.




Jika minat nak beli mesin - mesin ini sila hantar email kepada saya di admin@teknologimakanan.com

Monday, March 14, 2011

Agrobazaar Premis Pemasaran Produk IKS



Agrobazaar merupakan kedai tempat menjual produk IKS atau kini dikenali juga dengan produk - produk Industri Asas Tani (IAT).Agrobazaar merupakan konsep pemasaran produk - produk IAT secara moden, kemas dan tersusun yang diperkenalkan oleh FAMA.



Agrobazaar ini sebahagiannya adalah milik usahawan dan ada juga Agrobazaar diurus oleh FAMA.


Datanglah ke Agrobazar untuk mendapatkan produk - produk edaran FAMA dan juga produk - produk usahawan bumiputra yang setanding dengan produk - produk makanan import  yang dijual pada harga yang amat berpatutan.

Membeli produk makanan keluaran usahawan melayu semestinya halal  lagi suci..




Agrobazaar di R& R Gambang, Pahang.

Wednesday, January 26, 2011

Kursus Teknologi Makanan Tahun 2011


Jika anda minat nak buat produk - produk makanan dan ingin memasarkannya elok sangat pergi kursus. Jika minat boleh pergi KURSUS BUAT PELBAGAI PRODUK MAKANAN DI MARDI..Ini sebahagian jadual kursus yang akan dianjurkan oleh MARDI untuk tahun 2011..Sebarang pertanyaan boleh di ajukkan kepada pihak MARDI.



Selamat belajar dan berkursus kepada yang berminat.....

MENULIS KEMBALI

PANDUAN TEMUDUGA

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NAMA :NOH

Akaun Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.