Sunday, January 15, 2012

Penggunaan Sijil Halal : Tiada Kelonggaran.


Semua pengusaha produk dan premis makanan serta perkhidmatan dinasihatkan mendapatkan sijil dan logo halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau majlis agama Islam negeri-negeri (MAIN) sahaja bagi meningkatkan keyakinan pengguna terhadap produk mereka sejajar dengan Akta Perihal Dagangan (APD) 2011 yang telah diluluskan Parlimen.



Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak pernah memberi kelonggaran kepada mana-mana pemegang sijil halal supaya menggunakan logo halal lama yang diperoleh daripada syarikat swasta kerana ketetapan mengenainya tidak berubah.

Pengarah Hab Halal Jakim, Hakimah Mohamad Yusuf, berkata sehubungan itu tempoh setahun yang ditetapkan untuk pemegang sijil mengemukakan permohonan mendapatkan logo halal Malaysia seperti ditetapkan pihaknya sebelum ini masih dikekalkan.

Oleh itu pengguna disarankan beli dan makanlah produk makanan yang ada logo Halal Malaysia..buat pilihan bijak...

Sumber : Harian Metro..

Thursday, January 12, 2012

NASI SEGERA PRODUK BARU INOVASI TERKINI

NASI SEGERA 

Semalam saya sempat ke Parit Buntar Perak bagi meninjau dan membantu persiapan Hari Peladang Penternak Nelayan 2012 dan saya terjumpa satu produk baru yang amat menarik, ia itu nasi segera.

Nasi segera dengan jenama Nasgera ini  di keluarkan oleh syarikat MASDAR SAFI SDN BHD dan di edarkan oleh Syarikat Mutiara Selili Sdn Bhd dan boleh di hubungi di talian 03-90743478..

Nasi Segera ini di datangkan dalam empat jenis Nasi Segera Biasa, Nasi Segera Perisa Nasi Lemak, Nasi Segera Perisa Nasi Goreng dan Perisa Asam Pedas.

Saya dah rasa nasi segera biasa dan nasi segera perisa nasi lemak dan rasanya sungguh enak dan amat mudah untuk menyediakan.

Kini kita dah ada pilihan, kalu dahulu asyik makan mee segera sahaja..kini anda boleh cuba makan nasi segera pula...dengan ada nasi segera ni..nak keluar negara menjadi mudah..bawa aje 2-3 dosen..senang cerita..

Jika minat boleh hubungi talian diatas..saya rasa produk ini pun sesuai jika dijual melalui internet..orang oder pos aje...

Monday, January 2, 2012

Masih banyak restoran pamerkan logo halal swasta

LOGO HALAL YANG SAH

SHAH ALAM – Masih banyak premis makanan didapati masih menggunakan logo yang dikeluarkan pihak swasta walaupun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melarang mereka berbuat demikian mulai semalam.

Tinjauan Kosmo! di sekitar Seksyen 7 dan Seksyen 9 di sini semalam melibatkan kira-kira tujuh premis makanan mendapati kebanyakan logo halal yang dipamerkan di premis mereka masih dikeluarkan oleh syarikat swasta antaranya Islamic Food and Research Centre Asia (IFRC).

Hanya sebuah premis makanan didapati mempamerkan logo halal Jakim iaitu Old Town White Coffee.
Sementara itu, pengusaha Restoran dan Kafe Hailam Kopitiam, Alvex Wee memberi alasan dia mengalami kesukaran mendapat kelulusan bagi logo halal Jakim selepas empat kali permohonannya ditolak.
“Jakim meminta agar setiap produk makanan disenaraikan bahan mentahnya satu persatu dan ia adalah sukar ditunaikan,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, premis perniagaannya masih menggunakan logo halal IFRC dan benar-benar berharap mendapat sijil halal Jakim supaya pelanggan beragama Islam merasa lebih yakin makan di restorannya.
Kosmo! semalam melaporkan berkuat kuasa semalam semua premis makanan diwajibkan mempamerkan logo halal yang dikeluarkan Jakim. - sumber KOSMO

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0102&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm


Saturday, October 15, 2011

Informasi Halal

Kini mencari produk halal dan informasi halal tidak susah lagi . Dinegara kita telah ada pelbagai standard dan informasi yang jelas untuk kegunaan kita yang telah di hasilkan oleh Jakim dan Jabatan Standard Malaysia.

Sunday, October 9, 2011

TEKNOLOGI MAKANAN MENTRANSFORMASI PENGELUARAN MAKANAN

Penggunaan teknologi makanan mampu mentransformasi pengeluran makanan dan seterusnya kaedah pemasaran. Lihat sahaja pengeluaran kuih tradisional bahulu. Jika dahulu bahulu dimasak dengan mengunakan dapur arang dan sabut..kini pengunaan oven mampu meningkatkan pengeluaran bahulu.

Dan yang lebih menarik cara masakan bahulu cara ini memungkinkan bahulu dibakar dan dijual fresh sama ada dipasar tani mahu pun di pasaraya. Cara masak dengan menggunakan oven ni..lebih cepat dan lebih menarik..tiada lagi asap berkepul keluar..


MENULIS KEMBALI

PANDUAN TEMUDUGA

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NAMA :NOH

Akaun Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.