Tuesday, March 27, 2012

Seminar Halal : Ketahui Informasi Terkini Perundangan Halal dan Keselamatan Makanan 2012


Makan makanan halal merupakan suatu yang wajib bagi setiap individu muslim . Oleh itu menjadi suatu  tanggungjawab setiap individu muslim mempelajari dengan jelas apa yang dimaksudkan dengan makanan halal.


Oleh untuk penjelasan lebih lanjut berkaitan pemakanan halal , saya syorkan semua pembaca menghadiri seminar ini bagi memantapkan ilmu anda dalam pemilihan makanan halal dan terutama mereka yang menyediakan makanan halal...terutama jika anda;



* Anda merupakan pengusaha makanan/berminat dengan industri halal?
* Anda tertanya-tanya cara mendapatkan sijil halal?
* Tahukah anda, mulai 1 Julai ini, pengusaha yang gagal pamerkan sijil halal dan logo halal akan berdepan dengan denda atau penjara?
* Sedarkah anda bahawa hanya sijil halal dari JAKIM atau JAIN sahaja diiktiraf manakala sijil halal swasta tidak diiktiraf lagi?
* Mahukah perusahaan anda ditutup kerana tidak menepati piawaian yang ditetapkan?

Kesemua perkara ini akan DIBONGKAR dalam:
SEMINAR PERUNDANGAN HALAL & KESELAMATAN MAKANAN 2012

TEMUI KAMI PADA:
* 5 April 2012
* Adamson Hotel, Jalan Raja Muda Abd Aziz
* 8.30pg-5.00ptg
* Maklumat lanjut hubungi :
03-89257919/019-2266210
info@iftitah.com.my
Anjuran
Iftitah Technology & Training Solutions SB






Monday, March 26, 2012

Kursus Buat Makanan Bersama Mardi Tahun 2012


Kini banyak orang nak belajar buat makanan untuk jualan dan bagi saya tempat yang paling baik untuk belajar buat makanan ini adalah di MARDI.. Pihak Mardi ada pengendalikan pelbagai jenis kursus secara berjadual yang boleh dihadiri oleh semua rakyat Malaysia.

Kursus ini dikendalikan oleh pakar - pakar dalam bidang yang diajar yang sudah pasti mampu memberikan pulangan dan ilmu yang bermanafaat keatas pelaburan yang anda buat.


Ini snap shoot jadual kursus pembuatan makanan yang di anjurkan oleh MARDI pada tahun 2012 ini..untuk keterangan lanjut anda boleh klik > JADUAL KURSUS BUAT MAKANAN MARDI 2012

Oleh itu bagi yang berminat boleh join kursus berkenaan dan buat permohonan secara online.. .

Saturday, March 10, 2012

CARA MUDAH BUAT BISKUT KELAPA DENGAN PANTAS DAN BANYAK



Biskut kelapa merupakan makanan tradisional yang banyak khasiat. Biskut kelapa dibuat dengan campuran kelapa parut, gula dan bahan - bahan lain.

Jika pada zaman dahulu biskut kelapa dibuat dengan acuan ringkas dan hanya dibuat untuk kegunaan sendiri, kini biskut kelapa telah di komersialkan..so kena buat banyak dan cepat. Jika nak buat banyak kena guna mesin tekap yang boleh keluarkan biskut ni dengan cepat..lihat..




Selepas ditekap dalam acuan, disusun dalam tray kemudian biskut dibakar dalam oven .


Setelah dibakar dalam oven kemudian disejukkan dan dibungkus sama ada dalam balang atau pun bekas plastik yang menghalang biskut hancur...

Saturday, January 21, 2012

LOGO HALAL TIDAK DI IKTIRAF JAKIM

sumber : TV3
Memakan makan halal adalah suatu kewajiban bagi semua umat Islam, satu cara untuk membuat pilihan makanan halal adalah dengan memastikan produk yang dikeluarkan itu memiliki pengesahan halal dari JAKIM.

Bermula tahun ini 2012, hanya JAKIM dan pihak berkuasa agama negeri sahaja dibenar mengeluarkan pengesahan halal dan seterusnya memberi kebenaran mengeluarkan dan menggunakan logo halal.

Kini pihak JAKIM dengan kerja sama jabatan yang berkaitan sentiasa membuat pemantauan keatas pengguna logo halal yang tidak sah dimerata tempat.

Lihat sedutan video ini..




Kita sebagai pengguna haruslah menyokong usaha murni ini dengan memilih makanan yang mempunyai logo halal JAKIM..

Monday, January 16, 2012

Fatwa Majlis Kebangsaan : Bank Susu Ibu Haram




Bank susu ibu haram


2012/01/16

Majlis Fatwa memutuskan penubuhan membawa kemudaratan keturunan

PUTRAJAYA: Persoalan mengenai cadangan penubuhan bank susu ibu selesai apabila Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan penubuhannya adalah haram kerana boleh mengakibatkan percampuran nasab dan membawa umat Islam terjebak dalam keraguan dan perkara yang haram. 

Keputusan yang diambil pada persidangan muzakarah kali ke-97 pada hujung tahun lalu, melihat kepada keperluan penubuhannya yang tidak berada dalam keadaan darurat sehingga mengancam keselamatan umat.
Sebelum ini, Berita Harian pernah menyiarkan perdebatan mengenai kewujudan komuniti, Human Milk For Human Baby (HM4HB) iaitu rangkaian perkongsian susu ibu global yang mempunyai puluhan ribu penyokong di laman sosial Facebook dari lebih 54 negara dan kira-kira 900 daripadanya rakyat Malaysia.
Walaupun HM4HB bertujuan mencari ibu susuan bagi membantu bayi pra-matang dan ibu bermasalah untuk menyusui bayi mereka kerana menghidap pelbagai penyakit termasuk HIV, namun timbul kebimbangan umat Islam terutama hukum hakam berkaitan ibu susuan.

Berikutan itu, ada pihak mencadangkan ditubuhkan bank susu bagi membolehkan keluarga yang memerlukan susu badan memperoleh bantuan secara lebih mudah.

Dalam kenyataan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang disiarkan menerusi portal e-fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu semalam, perkara itu diputuskan selepas ahli panel muzakarah mendengar taklimat dan penjelasan pakar serta meneliti keterangan, hujah dan pandangan yang dikemukakan.

“Muzakarah berpandangan bahawa menjaga keturunan, termasuk dalam lima perkara yang wajib dipelihara dalam syariat Islam. Oleh itu, apa-apa tindakan atau perbuatan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada nasab atau keturunan perlu dielakkan. 
“Muzakarah juga berpandangan bahawa hukum penubuhan bank susu amat berkait rapat dengan syarat pengharaman atas sebab susuan di mana bayi yang menyusu dengan seorang wanita atau lebih akan menjadi adik beradik susuan dan perkahwinan antara mereka adalah haram apabila memenuhi syarat ditetapkan,” katanya.

Bagi memenuhi keperluan bayi pra-matang yang memerlukan rawatan, manakala ibu mempunyai kekurangan susu atau mempunyai penyakit kronik/berjangkit dan tidak dapat menyusukan bayi, muzakarah memutuskan adalah harus bagi ibu menderma susu ibu secara sukarela kepada bayi yang memerlukan dan keluarga bayi serta penderma perlu saling mengenali.

Petikan Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Banksusuibuharam/Article/

MENULIS KEMBALI

PANDUAN TEMUDUGA

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NAMA :NOH

Akaun Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.