Sunday, April 1, 2012
Rahsia Makanan Buatan Sendiri
Belajar buat makanan sendiri akan memberikan banyak kebaikan kepada anda terutama dari aspek menyediakan makanan halal untuk diri dan keluarga.
Hari ini saya cuba buat kek keju yang mudah ini sebab dah lama tak buat, kira nak test skill sikit..Buat sendiri kek atau makanan lain memberikan satu kepuasan kepada pembuatnya..terutama makanan yang kita buat itu diminati dan habis dimakan.
Lebih bangga sikit jika ada yang puji le ..ha ha..Buat kek atau pun apa jua makanan atau pun masakan boleh kita semua pelajar dengan mudah jika ada minat..
Kita belajar dengan cara hadir kursus ataupun beli buku - buku yang berkaitan dengan bidang masakan yang kita minat..
Jika ada minat semua boleh jadi..Insya Allah..yang penting sanggup belajar dan mencuba buat dengan hati yang ikhlas..
Pantang larang memasak ini bagi saya adalah jangan buat dalam keadaan terpaksa..jika ada paksaan dan tekanan banyak yang tak menjadi ini kerana memasak ini sebenarnya ada seni tersendiri..
ok ..jumpa lagi.....
Saturday, March 31, 2012
Peragaan Dan Pembungkusan Serta Pemasaran Produk Makanan
Peragaan dan pembungkusan memainkan peranan yang amat penting dalam aspek pemasaran produk makanan. Pembungkusan yang sesuai dengan grafik serta rekabentuk yang menarik mampu meningkatkan jualan sesuatu produk makanan.
Ingatlah bila produk makanan anda berada dikedai, fikirkan bagaimana produk itu nak tarik pembeli membelinya..Oleh pembungkusan produk itu perlu bertindak sebagai penjual dan penarik pengguna membelinya..
Jika anda gagal melakukan ini, ada kemungkinan produk makanan yang dihasilkan oleh pengeluar sukar dilaku dipasaraya-pasaraya..
Oleh itu nak tahu lebih, boleh download ebuku yang saya bagi percuma di laman web ini..
Jumpa lagi
Friday, March 30, 2012
Rancangan Ejen Halal TV Al Hijrah
sumber : TV AL HIJRAH
Isu halal semakin diperkatakan disana sini dan ia telah menimbulkan banyak kesedaran kepada umat islam peri penting memilih dengan teliti barangan makanan yang benar - benar disahkan halal.Semalam saya berpeluang menonton satu rancangan di TV Al-Hijrah dalam rancangan EJEN HALAL..Rancangan ini saya yakin banyak memberi manaafaat kepada semua lapisan masyarakat tentang kefahaman halal.
Rancangan yang saya tonton itu mengupas penghasilan keju yang mana dalam pembuatan keju ini, walaupun keju itu daripada susu, namun bahan atau agen penghasilan keju dan bahan tambah yang lain ada kemungkinan bersumber daripada haiwan ataupun barang yang tidak halal.
Contoh mudah satu daripada agen penghasilan keju iaitu enzim renet yang diperolehi daripada sama ada haiwan ataupun mikrorganisam. Isunya jika di ambil dari sumber haiwan adakah haiwan itu halal ataupun disembelih secara halal ?
Dalam rancangan itu juga mendedahkan, rupa - rupanya di Pulau Langkawi ada kilang keju halal rupanya !..Oleh itu bagi memastikan keju yang kita makanan itu halal atau tidak pastikan keju itu adalah keju yang disahkan halal oleh JAKIM ataupun pengesahan halal daripada badan atau pertubuhan Islam luar negara yang di iktiraf oleh pihak JAKIM..
Nak tahu badan atau pertubuhan luar negara yang diktiraf JAKIM boleh semak ni dilaman web JAKIM
KILK > SEMAK SENARAI BADAN ISLAM DI IKTIRAF 2012
Nak cari KEJU HALAL ? KLIK > KEJU HALAL MALAYSIA
Tuesday, March 27, 2012
Seminar Halal : Ketahui Informasi Terkini Perundangan Halal dan Keselamatan Makanan 2012
Makan makanan halal merupakan suatu yang wajib bagi setiap individu muslim . Oleh itu menjadi suatu tanggungjawab setiap individu muslim mempelajari dengan jelas apa yang dimaksudkan dengan makanan halal.
Oleh untuk penjelasan lebih lanjut berkaitan pemakanan halal , saya syorkan semua pembaca menghadiri seminar ini bagi memantapkan ilmu anda dalam pemilihan makanan halal dan terutama mereka yang menyediakan makanan halal...terutama jika anda;
* Anda merupakan pengusaha makanan/berminat dengan industri halal?
* Anda tertanya-tanya cara mendapatkan sijil halal?
* Tahukah anda, mulai 1 Julai ini, pengusaha yang gagal pamerkan sijil halal dan logo halal akan berdepan dengan denda atau penjara?
* Sedarkah anda bahawa hanya sijil halal dari JAKIM atau JAIN sahaja diiktiraf manakala sijil halal swasta tidak diiktiraf lagi?
* Mahukah perusahaan anda ditutup kerana tidak menepati piawaian yang ditetapkan?
Kesemua perkara ini akan DIBONGKAR dalam:
SEMINAR PERUNDANGAN HALAL & KESELAMATAN MAKANAN 2012
TEMUI KAMI PADA:
* 5 April 2012
* Adamson Hotel, Jalan Raja Muda Abd Aziz
* 8.30pg-5.00ptg
* Maklumat lanjut hubungi :
03-89257919/019-2266210
info@iftitah.com.my
Anjuran
Iftitah Technology & Training Solutions SB
Monday, March 26, 2012
Kursus Buat Makanan Bersama Mardi Tahun 2012
Kini banyak orang nak belajar buat makanan untuk jualan dan bagi saya tempat yang paling baik untuk belajar buat makanan ini adalah di MARDI.. Pihak Mardi ada pengendalikan pelbagai jenis kursus secara berjadual yang boleh dihadiri oleh semua rakyat Malaysia.
Kursus ini dikendalikan oleh pakar - pakar dalam bidang yang diajar yang sudah pasti mampu memberikan pulangan dan ilmu yang bermanafaat keatas pelaburan yang anda buat.
Ini snap shoot jadual kursus pembuatan makanan yang di anjurkan oleh MARDI pada tahun 2012 ini..untuk keterangan lanjut anda boleh klik > JADUAL KURSUS BUAT MAKANAN MARDI 2012
Oleh itu bagi yang berminat boleh join kursus berkenaan dan buat permohonan secara online.. .
Subscribe to:
Posts (Atom)
SUMBANGAN IKHLAS
Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.
Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:
NAMA :NOH
Akaun Maybank No. 112361650899.