Wednesday, October 10, 2012

Mesin Penutup Cawan Plastik Sesuai Untuk Usahawan IKS Menjual Air Soya Dan Juga Cincau Serta Pengusaha Kantin Sekolah

Mesin penutup cawan plastik ini amat sesuai untuk mereka yang menjalankan perniagaan minuman kerana ia lebih bersih. Cara mudah adalah buat siap-siap minuman disediakan di premis dan disealkan cawannya..Hanya bawa minuman yang dah di sealkan ketempat jualan. Kita hanya sejukkan minuman itu dalam cool box.. 

Mesin ini juga pada pendapat saya sesuai juga digunakan bagi IKS yang menjual makanan bekuah seperti laksa, mee soto dan lain-lain.. Jika untuk jual laksa bungkus, bungkus laksa dan bagi satu cup yang telah berisi kuah atau pun pakage terus..laksa dan kuah dalam plastik masukan dalam cup yang lebih besar...macam..yang ada kat kedai 7..24 jam tu..



Fikirkan untuk kebersihan , kemudahan..

 Jika anda berminat untuk dapatkan mesin ini atau keterangan lanjut sila hubungi: SME PACKAGING CENTRE SDN.BHD. Webmail: www.packagingcentre.com / Email: sme@packagingcentre.com Contact: Abdulrahman: 016-4215105 / 012-3045105

Sunday, September 30, 2012

Mesin Pembungkusan Vakum Mudah Alih

Mesin Vakum
Teknologi makanan semakin berkembang begitu juga dengan mesin dan peralatan serta pemprosesan makanan dan juga pembungkusan makanan.

Hari ini saya nak kongsikan sebuah mesin pembungkusan vakum yang mudah dan ringkas..saksikan video ini..


Mesin Pembungkusan vakum atau hampagas portable..

Mesin pembungkusan vakum ini adalah kaedah pembungkusan makanan dengan kita buang udara yang adalah pembungkusan atau pembungkusan tanpa udara lah..

Udara banyak mengandungi oksigen dan pelbagai kuman  yang mana boleh merosakan makanan.Oleh itu jika kita bungkus makanan dengan kaedah buang udara atau tanpa udara , jangkahayat makanan boleh dipanjangkan..walaubagaimana pun perlu lihat kesesuai produk yang hendak dibungkus dan jenis bahan pembungkusan yang digunakan..iaitu pembungkusan yang sesuai adalah aluminium foil atau pun nylon.

Bahan pembungkusan perlu kedap udara mana kata bahan pembungkusan perlu menahan udara luar daripada masuk setelah pembungkusan vakum dibuat..

Mesin vakum ini amat ringkas dan mudah dan sesuai untuk kegunaan rumah dan juga IKS. Jika dirumah kita boleh bungkuskan rempah ratus dalam palstik kedap udara bagi mencegah aroma rempah hilang.dan macam penggunaan lagi..

Pulut Panggang di bungkus vakum.
Jika anda berminat untuk dapatkan mesin ini atau keterangan lanjut sila hubungi:

SME PACKAGING CENTRE SDN.BHD.
Webmail: www.packagingcentre.com / Email: sme@packagingcentre.com
Contact: Abdulrahman:  016-4215105 / 012-3045105

Wednesday, September 26, 2012

HARI TERBUKA FAMA SEMPENA SAMBUTAN 47 TAHUN FAMA PADA 28 - 30 SEPTEMBER 2012 BERTEMPAT DI PERKARANGAN PEJABAT FAMA POINT, BERMULA DARI JAM 9.00 PAGI - 10.00 MALAM.

Saya dimaklumkan bahawa Ibupejabat FAMA yang terletak di Bandar  Baru Selayang akan mengadakan hari terbuka sempena sambutan 47 tahun penubuhan FAMA.

Orang ramai dijemput hadir kerana banyak program yang disediakan disamping jualan makan minum dan juga jualan buah -buahan serta barangan IKS.

Ibupejabat FAMA ini di Bandar Baru Selayang terletak bersebelahan pejabat BOMBA Selayang





PETA NAK KE IBU PEJABAT  FAMA KLIK GAMBAR UNTUK BESAR KAN
Pelbagai aturcara dan program yang disediakan antaranya..


PAMERAN

Evolusi FAMA - FAMA Dulu dan Kini
Tahun 1965 – 1975
Tahun 1976 – 1985
Tahun 1986 – 1995
Tahun 1996 – 2005
Tahun 2006 – 2015

PAMERAN HAIWAN KESAYANGAN

 ~ Ayam Serama
  ~ Kucing
  ~ Arnab

PERTANDINGAN

   Pertandingan mewarna kanak-kanak
   Pertandingan Masakan sayur-sayuran
   Pertandingan Gubahan Hamper Produk / Buah
   Pertandingan Fruit Judgling
   Pertandingan Haiwan Kesayangan
   Pertandingan Ayam Serama
   Pertandingan Kucing Kesayangan
  Pertandingan Arnab
  Pertandingan Karaoke FAMA Idol
~  (Terbuka kepada kakitangan FAMA dan masyarakat setempat)
  
JUALAN

Jualan Produk Industri Asas Tani oleh Usahawan
Jualan Buah-buahan oleh Usahawan dan Urusniaga FAMA
Jualan Sajian Makanan Popular Oleh Pengusaha Makanan Popular dari seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak.

Lain-lain Jualan

• Jumbo Sale
• Pakaian dan aksesori dll

DEMONSTRASI

Membuat hantaran menggunakan buah-buahan / sayur-sayuran
Demonstrasi mengukir buah-buahan / sayur-sayuran oleh Chef jemputan
Klinik Haiwan
Kucing
Ayam Serama
Arnab

BENGKEL / SEMINAR KEUSAHAWANAN

Memberi pendedahan dan khidmat nasihat kepada usahawan/pelajar berkaitan perkhidmatan FAMA
Memberi penerangan kepada usahawan/orang ramai tentang program keusahawanan
Dialog dengan usahawan/pengeksport

PROGRAM MESRA PELANGGAN

Perlaksanaan Program ini bertujuan untuk memberikan kemudahan khidmat nasihat secara serta-merta serta menyediakan kemudahan untuk pelanggan berkomunikasi dengan pegawai-pegawai FAMA dengan membuka Kaunter khidmat pelanggan.

Oleh itu datanglah beramai -ramai..ye..

Friday, September 7, 2012

Pilihlah Makanan Halal Lagi Baik

Salam sejahtera semuga anda sentiasa dirahmati Allah s.w.t dimana jua anda berada..Asas pemakanan umat manusia telah pun dinyatakan dengan jelas dalam Al-Quran..

" Firman Allah SWT yang bermaksud: "Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik (halalan toyyiba) dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu" (Surah al-Baqarah, 2:168).

Inilah pilihan yang ada bagi semua manusia..oleh itu pilihlah dan carilah makanan halal..Informasi yang lebih jelas dalam perbahasan makanan halal ini boleh anda baca disini KLIK > MAKANAN HALAL

Oleh itu kini semakin ramai yang mempromosikan makanan halal dan meningkatkan kesedaran kita semua penting nya makanan halal. Antara yang terkini adalah HALAL FEST..luangkan masa anda mengunjungi HALAL FEST ini kerana disinilah anda akan lihat betapa banyak nya produk makanan halal jika dibandingkan makanan haram..insya Allah..


Ok ..jumpa lagi..Insya Allah..Makanan Halal Pilihan Kami...

Thursday, August 16, 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 2012..MAAF ZAHIR BATIN..

Assalamualaikum semua pembaca muslim dan salam sejahtera kepada semua..terlebih dahulu  saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri tahun 2012 yang akan disambut lebih kurang 2 hari lagi.

Dikesempatan yang mulia ini, saya dan keluarga juga memohon ampun dan maaf daripada pembaca semua jika terdapat salah dan silap dalam penulisan saya maupun pertuturan serta tingkah laku..

Begitulah masa berlalu.dengan pantas ..sedar tak sedar bulan Ramadhan sudah pun berada dipenghujung nya..dan hari ini saya lihat ramai rakan -rakan dah mula bertolak balik kekampung masing-masing bagi menyambut 1 Syawal bersama keluarga serta ibubapa tercinta..Bagi yang memandu ..sentiasalah berhati -hati kerana pandu cermat jiwa  selamat dan poket terselamat dari kena saman..dalam OOPS Selamat...ye..

Bila hari raya tiba maka banyak lah juadah akan disediakan ada yang tradisional dan ade yang moden seperti biskut raya yang pelbagai jenis dan nama akan menghiasi meja makan kita...Antara banyak makanan yang terhidang dipagi raya ..banyak yang tidak akan terpisah dari hadirnya ketupat ...tak kiralah ketupat nasi atau pun ketupat pulut..

Jika rumah dipantai barat ini..ketupatnya adalah ketupat nasi biasanyer..dan ketupat ini dah semacam icon hari raya..dan ketupat ini pun ada macam variati hasil perubahan zaman dan teknologi..dan juga alam sekitar serta lokasi geografi kita..

Kenapa saya katakan demikian..kerna kedudukan geografi kita mampu mempengaruhi jenis ketupat yang kita hidangkan dipagi syawal..kerana nak buat ketupat nasi perlu ada daun kelapa dan juga beras..Jika daun kelapa sukar didapati maka jenis ketupat nasi lain yang akan keluar..

Mana tidak nya di KL ni aje harga 500 helai daun kelapa pun dah cecah hampir RM100.0 ! walhal di kampung tu tak de le rega sangat..dan walaupun ade daun kelapa...maka kena tahu nak menganyam ketupat le..dan anyam kelongsong ketupat ini pun suatu seni yang perlu dipelajari dan mahir..jika  tidak kena  beli le kelongsong ketupat dah sedia dijual...mahal jua..


Kepandaian dan kemahiran nak buat kelongsong ketupat ini boleh dipelajari le..jika mahu..ye..kat mane nak belajar ?..ni hah..lihat video..




Jika daun kelapa pun tak de ..kepandaian dan kerajinan pun tiada..mmm..buat ketupat ini aje lah ye...SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN..


MENULIS KEMBALI

PANDUAN TEMUDUGA

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NAMA :NOH

Akaun Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.