Tuesday, October 23, 2012

SEMINAR INDUSTRI ASAS TANI NATIONAL 7 NOVEMBER 2012


Saya dimaklumkan bahawa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, akan mengadakan Seminar Industri Asas Tani Nasional pada  7hb November 2012 bertempat Dewan Serbaguna Wisma Tani, di Presint 4, Putra Jaya dan seminar sehari ini bermula pada jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang..dan lebih menarik KEMASUKAN ADALAH PERCUMA dan boleh walk in...

Bagi semua pembaca weblog ini dan berminat nak mengetahui perkembangan industri asas tani, anda dijemput hadirlah  keseminar ini. 

Pelajar dan usahawan serta orang awam juga elok hadir seminar ini dan saya yakin akan dapat memberi banyak manafaat terutama mereka yang berminat nak libatkan diri dalam industri asas tani..dan saya ...Insya Allah ..akan hadir.

Jika anda hadir..boleh jumpa saya disana nanti ..insya Allah...


Wednesday, October 17, 2012

KARNIVAL HALAL 1 MALAYSIA BEST DI KOMTAR PULAU PINANG 17 HINGGA 19 OKTOBER 2012





Syukur ..Alhamdulillah hari saya sempat hadir ke majlis pelancaran KARNIVAL HALAL 1 MALAYSIA BEST di KOMTAR PULAU PINANG.Karnival ini di adakan oleh FAMA Pulau Pinang bagi memberikan peluang kepada usahawan bumiputra memasarkan produk -produk makanan keluaran mereka di KOMTAR Pulau Pinang.

Karnival ini berlangsung dari 17 - 19hb Oktober 2012dengan penyertaan pelbagai usahawan yang memasarkan produk makanan halal.Banyak produk makanan halal dijual disini dengan pembungkusan yang menarik.











Bagi pembaca yang berada di Pulau Pinang anda semua dijemput hadir ke kanival halal ini yang turut disertai oleh Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dan Kementerian Kesihatan..



Tuesday, October 16, 2012

MELAWAT KILANG JERUK MADU PAK ALI SEBERANG PRAI SELATAN PULAU PINANG

Penulis dikanan sekali..

Hari ini saya dan rakan -rakan berpeluang melawat kilang jeruk madu Pak Ali yang terletak di kawasan perindustrian IKS Perda Tasik, Simpang Ampat, Seberang Prai Selatan Pulau Pinang.

Kilang ini merupakan bumiputra terbesar pernah saya lawati dalam pengeluaran pelbagai jenis jeruk buah - buahan.

Bersama Pak Ali tokey jeruk madu.


Antara jeruk yang dikeluarkan adalah jeruk mangga, betik, roselle, sengkuang dan juga minuman jus pala.


Buah di potong sebelum dijeruk dan kemudian akan dibungkus dan dijual didalam bungkusan besar..untuk diedarkan di kedai milik Pak Ali dan keluarga.


Selain jeruk kilang ini juga mengeluarkan minuman jus pala..

Kilang Jeruk Madu Pak Ali


Friday, October 12, 2012

JEM BUAH KEMUNTING



Buah Kemunting atau nama saintifiknya Rhodomyrtus Tomentosa banyak terdapat kawasan  yang tanahnya mempunyai kelembapan yang tinggi terutamanya berhampiran dengan paya atau sungai. 

Namun ia juga boleh beradaptasi dengan pelbagai jenis tanah seperti tanah pasir dan tanah yang agak masin. Di Malaysia dan Thailand kemunting biasa di jumpai hidup di kawasan tanah pasir dan juga kawasan yang berpaya.

Buah kemunting susahlah nakcari kalau kita tinggal dibandar, kat kampung -kampung banyaklah buah ini. Masa saya tinggal dikampung ada juga makan buah ini..

Sebenarnya buah kemunting ini kita juga boleh buat jem.Ya le jam yang boleh dimakan dengan roti...ala..berry atau strawberry la..

Saya sebenar terjumpa balik resepi dan cara nak buat jem buah kemunting ini yang saya belajar dari seeorang Chef tersohor...tapi bukan lah chef dari devil kitchen tu..

Bunga Kemunting


Inilah dia bunga kemunting, jika menjadi buah, warnanya kebiruan..atau unggu dan rasanya masam manis..saya biasa makan buah ini waktu zaman kanak -kanak.

Ok macam mana nak buat jem buah kemunting ye..ini resepi dan caranya ;

JEM BUAH KEMUNTING

BAHAN - BAHAN

1. 1 Kg buah kemunting yang masak.

2. 11/2 cawan gula pasir

3. 11/2 cawan air bersih

4. 3 sudu teh pektin ( pectin)

CARA MEMBUAT JEM BUAH KEMUNTING

Buah kemunting dibuang kepala atau jambul dan dibasuh bersih tanpa dibuang kulit. Hancurkan dan tuangkan kedalam pan dan direbus dengan sedikit air (menggunakan air dari 11/2 cawan air~ ambil sedikit air ini ). Panaskan dengan api yang perlahan, kacau tanpa henti selama 20 minit pada suhu 104 C.

Apabila agak kering sedikit, tambah air dan kacau tanpa henti sehingga betul - betul masak.

Tuang kedalam bekas dan tapis dengan penapis halus dan selepas itu panaskan semula dengan api yang perlahan, kemudian masukan gula dan kacau tanpa henti sambil masukan pektin.

Apabila masak angkat dan sejukkan kedalam satu bekas.

Jem ini hanya boleh tahan selama 2 minggu kerana tiada bahan pengawet yang digunakan dan untuk tahan lebih lama masukan sedikit asid sitrik  serta masukan kedalam botol kaca dan terus tutup rapat.

Buah kemunting dan jem ini baik untuk bagi mereka yang mengidap darah tinggi.

Saya pun sedang mencari buah kemunting ini, nak buat jem buah kemunting..jika ada pembaca boleh maklum kat comment ye..

Pektin adalah bahan yang boleh anda beli dikedai yang membekal bahan buat kek..nak mudah cuba cari kat kedai bagusss..

Thursday, October 11, 2012

BISNES CUP CAKE DARI RUMAH

Sejak akhir - akhir ini saya terima banyak email daripada pembaca minat mereka nak buat perniagan dalam bidang makanan tapi banyak yang tak tahu nak buat bisnes apa.

Bagi saya bila dah ada minat tu baguslah cuma minat nak buat bisnes makanan ini kita kena selarikan dengan kehendak pasaran. Supaya produk makanan yang kita nak jual itu mudah terjual dan habis dijual.

Cara bisnes makanan mudah bagi saya adalah jika kita dapat buat secara kecilan dan tidak perlu modal besar dan boleh bermula dari rumah.

Satu daripadanya yang saya nampak adalah buat cup cake dan jual daripada rumah. Jika anda tak tahu cara boleh baca dan dapat ebuku daripada sini..



Janganlah anda memandang ringan akan perniagaan kecilan seperti ini walaupun ianya bermula dari rumah sebenarnya jika kita pandai buat pengiklanan ia juga mampu memberikan hasil yang lumayan.

Oleh itu jangan takut untuk belajar dan mencuba sesuatu yang baru, kerana pelaburan yang terbaik adalah pelaburan keatas diri sendiri dan ilmu..

Ok jumpa lagi...





MENULIS KEMBALI

PANDUAN TEMUDUGA

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NAMA :NOH

Akaun Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.