Jika belum ..luang masa hujungilah MAHA 2012..yang akan berakhir 2 DISEMBER 2012..
Thursday, November 29, 2012
ANTARA YANG MENARIK DI MAHA 2012 .
MAHA 2012 sedang berlangsung di SERDANG...anda sudah kunjungi MAHA 2012 ?..
Jika belum ..luang masa hujungilah MAHA 2012..yang akan berakhir 2 DISEMBER 2012..
Jika belum ..luang masa hujungilah MAHA 2012..yang akan berakhir 2 DISEMBER 2012..
Monday, November 19, 2012
AGROBAZAAR DI MAHA 2012 TEMPAT PEMASARAN PRODUK USAHAWAN INDUSTRI ASAS TANI..
Persiapan untuk MAHA 2012 sedang rancak dilaksana oleh penganjur kerana tarikh MAHA 2012 dah semakin hampir 23 Nov 2012.
Antara tempat yang sedang di siapkan adala Agrobazaar yang merupakan tempat dimana usahawan - usahawan yang terlibat dalam pengeluaran dan pemasaran produk - produk industri asas tani.
Nak mudah cerita di sinilah ratusan usahawan IKS dari seluruh Malaysia akan berkumpul dan menjual pelbagai produk berasaskan makanan, sejukbeku, herba, kraftangan yang semuanya bersumberkan hasilan pertanian.
Jika nak beli kerepek , ubatan herba, karipap sejukbeku, pelbagai jenis sos dan macam - macam produk terkini anda boleh datang ke Agrobazaar ini.
Pengurusan kemasukan usahawan Agrobazaar ini adalah dibawah kawal selia Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan atau FAMA.
Agrobazar akan mula dibuka pada orang ramai pengunjung MAHA 2012 pada 23 November 2012 hingga 2 Disember 2012, bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.
Dalam usaha membantu meningkatkan jualan usahawan di Agrobazaar serta meraikan pengunjung ke Agrobazar ini, FAMA akan mengadakan pelbagai aktiviti promosi yang boleh di sertai oleh pengunjung antaranya adalah peraduan mewarna untuk kanak-kanak, teka bilang kacang dalam balang, dan juga cabutan bertuah dengan penyertaan pembelian produk iks di Agrobazaar pada jumlah RM20.00
Hadiah utama untuk cabutan bertuah ini adalah merupakan dua unit basikal yang dijangkakan akan menarik minat golongan muda mengunjungi AGROBAZAAR ini..
Oleh itu jangan lepaskan peluang anda untuk datang ke MAHA 2012 serta mengunjungi AGROBAZAAR ini..
Hadiah Utama Cabutan Bertuah Hanya Di Agrobazaar @ MAHA 2012 |
LOKASI AGROBAZAAR 2012
Sunday, November 18, 2012
JOM KE MAHA 2012 23 NOVEMBER HINGGA 2 DISEMBER 2012
Jom kita ke MAHA 2012 pada 23 November hingga 2 Disember 2012...Ya MAHA atau MALAYSIA AGRICULTURE, HORTICULTURE & AGROTOURISM INTERNATIONAL SHOW kembali lagi..
Pameran dwi tahunan ini diadakan lagi tahun ini selepas di adakan dua tahun lepas yaitu pada tahun 2010..Pelbagai aktiviti akan ada di MAHA 2012 kali ini yang merangkumi pameran, jualan dan juga seminar yang berkaitan dengan pertanian.
Seminar percuma juga diadakan di MAHA 2012 kali ini..untuk keterangan boleh lihat disini...scrol ye..
Macam mana nak ke MAHA 2012 ?..LIHAT PETA..
Jika anda nak beli produk - produk usahawan kita..PASTIKAN ANDA KUNJUNGI AGROBAZAAR@MAHA 2012..ye..
LOKASINYA..bila anda jumpa tanda seperti ini..
LOKASI TEMPAT JUALAN UTAMA PRODUK USAHAWAN INDUSTRI ASAS TANI..KEMAH UTAMA
Oleh itu jumpa anda di MAHA 2012...insya Allah..
MORE INFORMATION ABOUT MAHA klil > MAHA 2012
Tuesday, October 23, 2012
SEMINAR INDUSTRI ASAS TANI NATIONAL 7 NOVEMBER 2012
Saya dimaklumkan bahawa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, akan mengadakan Seminar Industri Asas Tani Nasional pada 7hb November 2012 bertempat Dewan Serbaguna Wisma Tani, di Presint 4, Putra Jaya dan seminar sehari ini bermula pada jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang..dan lebih menarik KEMASUKAN ADALAH PERCUMA dan boleh walk in...
Bagi semua pembaca weblog ini dan berminat nak mengetahui perkembangan industri asas tani, anda dijemput hadirlah keseminar ini.
Pelajar dan usahawan serta orang awam juga elok hadir seminar ini dan saya yakin akan dapat memberi banyak manafaat terutama mereka yang berminat nak libatkan diri dalam industri asas tani..dan saya ...Insya Allah ..akan hadir.
Jika anda hadir..boleh jumpa saya disana nanti ..insya Allah...
Wednesday, October 17, 2012
KARNIVAL HALAL 1 MALAYSIA BEST DI KOMTAR PULAU PINANG 17 HINGGA 19 OKTOBER 2012
Syukur ..Alhamdulillah hari saya sempat hadir ke majlis pelancaran KARNIVAL HALAL 1 MALAYSIA BEST di KOMTAR PULAU PINANG.Karnival ini di adakan oleh FAMA Pulau Pinang bagi memberikan peluang kepada usahawan bumiputra memasarkan produk -produk makanan keluaran mereka di KOMTAR Pulau Pinang.
Karnival ini berlangsung dari 17 - 19hb Oktober 2012dengan penyertaan pelbagai usahawan yang memasarkan produk makanan halal.Banyak produk makanan halal dijual disini dengan pembungkusan yang menarik.
Bagi pembaca yang berada di Pulau Pinang anda semua dijemput hadir ke kanival halal ini yang turut disertai oleh Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dan Kementerian Kesihatan..
Subscribe to:
Posts (Atom)
SUMBANGAN IKHLAS
Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.
Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:
NAMA :NOH
Akaun Maybank No. 112361650899.