Sebahagian teknologi dan sistem yang ada masa kini ada yang di berikan percuma dan juga ada yang perlu kita beli.
Salah satu teknologi dan sistem komunikasi yang percuma dan popular adalah aplikasi WhatsApp.
Walaubagaimana pun setiap teknologi yang canggih ini yang banyak digunakan diseluruh dunia sudah pasti ada yang mengambil kesempatan yang tiada baik keatas penggunanya seperti yang dilapor Utusan yang saya petik..
"
KUALA LUMPUR 24 Sept. - Awas! Hanya dengan menekan satu klik pada pautan yang dihantar ke telefon pintar menerusi pesanan khidmat ringkas (SMS) atau WhatApps, kesemua wang di dalam akaun bank anda mungkin akan lesap dalam tempoh tidak sampai seminit.
Begitulah taktik terbaharu sindiket penipuan Internet yang dikesan menghantar sejenis virus atau malware dikenali sebagai Zues Trojan ke telefon pintar yang akan mewujudkan satu program baru sekali gus berfungsi sebagai 'pencuri' maklumat bank ketika mangsa melakukan perbankan Internet.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Bukit Aman, Datuk Hamza Taib berkata, setakat ini pihaknya telah menerima tujuh kes penipuan seumpama itu sepanjang bulan ini yang melibatkan kerugian kira-kira RM60,000.
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140925/je_01/Hantar-virus-ke-telefon-lesapkan-wang#ixzz3ZsaCeaPT
© Utusan Melayu (M) Bhd
Saya sendiri pun sudah terkena serangan virus dari penggunaan whatsApp.. tapi tiadalah menyebabkan kerugian duit kerana saya cepat sedar dan terus membuang aplikasi ini dari handphone sebelum ia sempat mencuri infomasi yang ada dalam handphone serta membuat rebakan virus kepada rakan rakan whatsapp yang ada dalam handphone dan juga group yang saya sertai.
Pengajaran yang dapat saya perolehi dari pengalaman ini adalah kita hendaklah sentiasa berhati-hati dalam menggunakan teknologi, juga berhati-hati bila menyertai group2 yang kita tak pasti terutama group dari luar negara serta berhati - hati mendownload gambar atau video yang dikirimkan kerana dikuatiri gambar atau video itu ada terselit virus yang mampu mencuri informasi yang ada dalam handphone atau mendelete secara kita tidak sedar apa juga info yang kita simpan dan lain lain..
Kini saya hanya menggunakan handphone dan SMS sahaja.. kerana ia disediakan oleh syarikat di Malaysia ..
NEXT: BERWASPADA DALAM MEMILIKI TEKNOLOGI ATAU MESIN PENGELUARAN MAKANAN SUPAYA TIDAK KERUGIAN..