Thursday, October 21, 2021

TEKNOLOGI MAKANAN : CARA BUAT DUIT MENJUAL MAKANAN

 Hari ini ramai diantara kita sedang giat mencari wang samaada untuk tambah pendapatan ataupun untuk menyara kehidupan ini. 

Saya akan cuba kongsikan cara cara untuk tambah pendapatan dengan menjual produk makanan berdasar pengalaman sendiri dan juga yang dipelajari dari usahawan yang telah berjaya semuga apa yang saya kongsikan ini dapat beri manafaat kepada semua pembaca teknologi makanan.

TEKNOLOGI MAKANAN : PERKARA PERTAMA :  CARI PRODUK DAN PILIH PRODUK 

Dalam usaha untuk menjual produk makanan ini sudah pasti kita kena hasil dan jual produk yang menjadi pilihan ramai yang mana antara produk makanan itu mesti menarik , sedap , halal, dan pada harga yang berpatutan.

Mungkin anda dah rasa ..ish mana nak cari produk macam ini ?..

Untuk itu buatlah sedikit kajian sama ada dengan memerhati tempat persekitaran anda tinggal, ada tak yang jual produk makanan macam ini ? atau ada orang minat nak beli ataupun buat produk yang sama macam yang dah ramai jual ...tapi di kawasan lain.

Sebagai contoh anda lihat ramai yang jual kambing bakar di bandar A dan mendapat sambutan ramai mungkin ini satu produk yang boleh dijual tempat anda terutama jika tempat anda masih belum jual produk makanan ini.

Nasi Ganja Berdegung..ini je..

Kita mungkin tak tahu nak buat makanan ini.. oleh itu jika ia berlaku makan anda kena cari ilmu untuk belajar buat makanan yang kita nak jual itu. Macam mana nak belajar ? .

Sekarang banyak tempat atau cara kita boleh belajar untuk buat makanan ini.  

Cara paling mudah boleh belajar di Youtube, baca buku atau keluar modal dengan berguru dengan chef ataupun mereka yang pakar dalam buat makan tersebut.


Belajar di youtube ?, saya pernah jumpa usahawan yang jual produk makanan cupcake dihypermarket yang terkenal hanya bermula dengan belajar diYoutube je.. tak ada yang mustahil jika ada kemahuan.. insya Allah..

Nasi lemak ayam goreng je.. laku.. nasi lemak harum dengan bau pandan..

Satu bisnes yang mudah dengan kos yang rendah adalah berniaga burger. Bisnes ini boleh dibuat parttime waktu malam atau pun  buat dirumah dan jual dari rumah sahaja..dan di hantar ke pelanggan


Thursday, December 31, 2020

POST TERAKHIR TAHUN 2020 DAN SELAMAT TAHUN BARU 2021

 Saya ingin mengucapkan selamat tahun baru 2021 kepada semua pembaca blog Teknologi Makanan.


Insya Allah pada tahun 2021 saya akan lebih luangkan masa untuk berkongsi info berkaitan teknologi makanan semuga ia dapat membantu pembaca semua.


Mohon maaf jika ada banyak kesilapan pada tahun 2020 dan ketidak sempatan saya untuk update blog teknologi makanan ini.


Hari ini isu makanan halal hangat diperkatakan oleh itu berhati hati dalam memilih makanan yang kita makanan.




Tuesday, May 5, 2020

TEKNIK MENJUAL SECARA ONLINE MUDAH

Hari ini semakin ramai yang membeli barang barang secara online kerana kita sekarang dalam PKP. Pembelian secara online adalah dijangkan menjadi trend pembelian pada masa hadapan kerana ia mudah hanya dihujung jari sahaja .

Barang yang kita beli akan dipos terus kerumah kita tak payah susah nak kekedai lagi.

Kalau sekarang kita menjadi pembeli, kenapa tidak kita pula menjadi penjual online pula ?. Banyak bisnes boleh dibuat secara online dari rumah dengan mudah sahaja.

Untuk menjual secara online kita boleh guna pelbagai pendekatan samada melalui facebook, Whatsapp atau kita jadi penjual di platform pemasaran yang telah sedia ada seperti di Shoppe dan juga Lazada.

Kita boleh mencuba jual barang yang kita ada ataupun kita boleh menjual barang orang lain di Lazada dan juga Shopee.

Untuk menjual kita hanya perlu belajar teknik dan taktik yang betul disamping menjual produk yang dikehendaki orang.




Saya ada kawan yang anaknya menjual produk sampai RM10,000 sebulan di platform yang sedia ada. Cara dia mudah sahaja, dia dapatkan produk makanan yang dijual oleh usahawan IKS di tempat tinggal nya dan menjual di platform pemasaran seperti shopee .

Lazada juga platform yang baik yang boleh kita guna untuk memulakan bisnes online secara mudah.

Saturday, April 25, 2020

Cerita Makanan Semasa COVID 19


Sekarang negara kita Malaysia sedang berada pada fasa akhir PKP 3 dan akan dilanjutkan lagi PKP ini sehingga 12 Mei.

Hari ini merupakan hari kedua umat islam telah mula berpuasa dalam suasana baru PKP ini.

Saya juga terasa terpanggil dan ada sedikit terluang masa untuk menulis berkongsi pengalaman dan sudah pasti berkaitan dengan makanan dan teknologi nya sepanjang bulan Ramadhan dan PKP ini dan kali ini saya menulis dari Kuantan Pahang kerana telah mula berpindah kesini semenjak Oktober 2019.

Pada masa ini, banyak kedai makan tutup di Kuantan serta di Pahang amnya kerana patuh pada PKP ini. Apa yang menarik perkhidmatan penghantaran telah mula menjadi popular dan perkhidmatan ini semakin ramai yang menyertai nya.

Perkhidmatan penghantaran ini ada dikendalikan oleh syarikat seperti Grab Food, Panda Food dan ada juga  perkhidmatan persendirian.

Monday, January 27, 2020

TEKNOLOGI MAKANAN : RAHSIA TAMBAH PENDAPATAN TAHUN 2020

Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Sempena tahun 2020 ini saya ingin berkongsi satu peluang tambah pendapatan untuk semua pembaca blog teknologi makanan.

Peluang tambah pendapatan ini , amat mudah kerana produk yang saya tawarkan ini adalah produk yang digunakan oleh ramai orang dan penggunanya semakin bertambah.

Ini satu lagi cara gerak kerja dalam gig ekonomi juga, yakni kita menjadi agen bebas setelah menjadi pengguna produk.

Peluang tambah pendapatan yang ingin saya perkenalkan kepada pembaca adalah kita menjadi agen penjual simkad tonewow.



Simkad ini merupakan simkad prepaid yang mengunakan line Digi yang didatangkan dengan NOMBOR BARU.

Simkad ini amat mudah utk dijual disebabkan ia mempunyai 2 kelebihan yg amat berfaedah kepada penggunanya.

1. Ia mempunyai pakej langganan hanya dengan top up RM50, penggunanya akan menerima data internet sebanyak hampir 90Gb, dan boleh buat panggilan KESEMUA RANGKAIAN TANPA HAD. Tamat tempoh pakej ini adalah selama 32 hari. Jadi sesiapa yg penggunaan telefon mereka melebih RM50 sebulan adalah amat digalakkan utk menggunakan simkad ini kerana ia boleh menjimatkan duit telefon penggunanya.


2. Satu2nya simkad telefon yang memberikan peruntukan Khairat Kematian kepada penggunanya sehingga RM2,000.

Sebagai pengguna kita automatik boleh menjadi pengedar simkad ini

Untuk keterangan lanjut berkaitan simkad ini anda boleh
klik SINI


Jika anda minat nak jadi pengedar sila >>  KLIK SINI.


Bisnes ini cukup mudah kerana setiap dari anda yang sertai akan diberikan  satu web promosi yang memudahkan anda untuk berkongsi kebaikan simkad ini.

Ada juga group telegram yang memberi bimbingan untuk anda terus berjaya.

Jika anda anda sebarang pertanyaan boleh whatsap saya ditalian 0138361912 .

MENULIS KEMBALI

PANDUAN TEMUDUGA

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NAMA :NOH

Akaun Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.