Monday, October 25, 2021

TEKNOLOGI MAKANAN : CARA JUAL PRODUK MAKANAN : KUALITI PRODUK PART 2

Teknologi Makanan dalam post yang lepas saya dah kongsikan sedikit berkaitan pentingnya kualiti produk makanan yang ingin kita jual.

Ramai yang mungkin tertanya-tanya macam mana nak jaga kualiti produk makanan yang dihasilkan ini supaya rasa, rupa, bentuk (ini kualiti asas) sentiasa sama sepanjang masa.

Rahsianya untuk kita pastikan bahawa produk makanan yang kita hasilkan itu sentiasa sama rasa, bentuk , warna adalah pada awalnya terletak pada RESEPI penghasilan produk itu sendiri atau jika bahasa sains teknologi makanan iaitu FORMULA UNTUK HASILKAN PRODUK.


Resepi atau formula untuk menghasilkan produk makanan ini WAJIB DITULIS DALAM BUKU KHAS !

Perkara ini merupakan perkara asas yang perlu anda ada jika ingin menghasilkan produk yang sentiasa berkualiti asas. Ini amat penting kerana ramai saya jumpa orang yang buat produk untuk jual terlupa atau langsung tak tulis atau ambil remeh perkara ini dan ini terus menjejaskan kualiti penghasilan produk.


Untuk hasilkan produk yang berkualiti asas ini, resepi atau formula ini WAJIB diikut dalam buat produk makanan berkenaan. Kegagalan mematuhi resepi dan formula ini akan menyebabkan produk yang anda hasilkan itu TIDAK SAMA ! . itu yang jadi sekejap masin, sekejap tawar sekejap hangus.. dll . Terutama sekali bila bukan anda (anda cuti atau sakit dan pekerja lain) yang hasilkan produk makanan tersebut..


macam mana nak buat pizza ini sentiasa sedap ?


Oleh itu nak buat makanan supaya sentiasa berkualiti sama sedap wajib ada RESEPI atau FORMULA

Persoalannya.. apa yang sepatut ada dalam resepi atau formula itu ?

Teknologi makanan akan dikongsikan dalam post yang akan datang... insya Allah..

Sunday, October 24, 2021

TEKNOLOGI MAKANAN : BELI BARANG MURAH UNTUK BISNES


Hari ini saya nak share sikit berkaitan lubok beli barang murah untuk kita gunakan sebagai bahan jualan ataupun untuk kita jadikan hadiah percuma dalam usaha kita nak jual produk makanan.

Ramai daripada kita dah mulakan buat bisnes secara online dipelbagi platform ecommerce. Apa jua yang bisnes anda ceburi sudah pasti ada pesaingan.

Tapi kini pesaingan makin sengit..

Ramai seller di platform eCommerce sekarang mengeluh, sebab seller China start masuk, dan mereka buang harga sampai kita tak larat nak fight. 

Tapi macam mana nak fight? 
Untuk fight, 
anda perlu: 
 1. Cari stock di lubuk murah' di China. 
 2. Bagi service lebih baik, sebab seller China terlalu jauh dari buyers di Malaysia - we can serve better.   3. Offer warranty supaya boleh convice customer beli dengan anda. 
 Untuk #2 dan #3, anda boleh laksanakan sendiri. 

 Tapi #1, mana nak cari stok murah sampai boleh compete dengan seller China?

Kini dah ada orang kita yang telah bocorkan rahsia nak dapat barang murah ini dan kita boleh beli dengan guna smartphone sahaja.. saya share kat sini jika anda minat nak tahu lebih lanjut..



Friday, October 22, 2021

TEKNOLOGI MAKANAN: JUAL PRODUK MAKANAN : KUALITI PRODUK

 Perkara yang AMAT penting dalam bisnes produk makanan adalah KUALITI PRODUK !.. tanpa kualiti .. tak kemana produk anda.. kenapa saya kata begitu ?


Kari kepala ikan pok dek...


Umpama kari kepala ikan, hari ini kita beli sedap molek... tetiba esok kita dari kedai yang sama..masin !... lusa tawar... ini kualiti sudah berubah ... oleh itu kita sebagai pembeli nak beli lagi ka dari kedai yang sama ?. sudah pasti tidak..


Ini adalah antara contoh pentingnya penjual makanan menjaga KUALITI PRODUK..



Thursday, October 21, 2021

TEKNOLOGI MAKANAN : CARA BUAT DUIT MENJUAL MAKANAN

 Hari ini ramai diantara kita sedang giat mencari wang samaada untuk tambah pendapatan ataupun untuk menyara kehidupan ini. 

Saya akan cuba kongsikan cara cara untuk tambah pendapatan dengan menjual produk makanan berdasar pengalaman sendiri dan juga yang dipelajari dari usahawan yang telah berjaya semuga apa yang saya kongsikan ini dapat beri manafaat kepada semua pembaca teknologi makanan.

TEKNOLOGI MAKANAN : PERKARA PERTAMA :  CARI PRODUK DAN PILIH PRODUK 

Dalam usaha untuk menjual produk makanan ini sudah pasti kita kena hasil dan jual produk yang menjadi pilihan ramai yang mana antara produk makanan itu mesti menarik , sedap , halal, dan pada harga yang berpatutan.

Mungkin anda dah rasa ..ish mana nak cari produk macam ini ?..

Untuk itu buatlah sedikit kajian sama ada dengan memerhati tempat persekitaran anda tinggal, ada tak yang jual produk makanan macam ini ? atau ada orang minat nak beli ataupun buat produk yang sama macam yang dah ramai jual ...tapi di kawasan lain.

Sebagai contoh anda lihat ramai yang jual kambing bakar di bandar A dan mendapat sambutan ramai mungkin ini satu produk yang boleh dijual tempat anda terutama jika tempat anda masih belum jual produk makanan ini.

Nasi Ganja Berdegung..ini je..

Kita mungkin tak tahu nak buat makanan ini.. oleh itu jika ia berlaku makan anda kena cari ilmu untuk belajar buat makanan yang kita nak jual itu. Macam mana nak belajar ? .

Sekarang banyak tempat atau cara kita boleh belajar untuk buat makanan ini.  

Cara paling mudah boleh belajar di Youtube, baca buku atau keluar modal dengan berguru dengan chef ataupun mereka yang pakar dalam buat makan tersebut.


Belajar di youtube ?, saya pernah jumpa usahawan yang jual produk makanan cupcake dihypermarket yang terkenal hanya bermula dengan belajar diYoutube je.. tak ada yang mustahil jika ada kemahuan.. insya Allah..

Nasi lemak ayam goreng je.. laku.. nasi lemak harum dengan bau pandan..

Satu bisnes yang mudah dengan kos yang rendah adalah berniaga burger. Bisnes ini boleh dibuat parttime waktu malam atau pun  buat dirumah dan jual dari rumah sahaja..dan di hantar ke pelanggan


Thursday, December 31, 2020

POST TERAKHIR TAHUN 2020 DAN SELAMAT TAHUN BARU 2021

 Saya ingin mengucapkan selamat tahun baru 2021 kepada semua pembaca blog Teknologi Makanan.


Insya Allah pada tahun 2021 saya akan lebih luangkan masa untuk berkongsi info berkaitan teknologi makanan semuga ia dapat membantu pembaca semua.


Mohon maaf jika ada banyak kesilapan pada tahun 2020 dan ketidak sempatan saya untuk update blog teknologi makanan ini.


Hari ini isu makanan halal hangat diperkatakan oleh itu berhati hati dalam memilih makanan yang kita makanan.




MENULIS KEMBALI

PANDUAN TEMUDUGA

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NAMA :NOH

Akaun Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.