Sunday, May 17, 2009

Teknologi Makanan : Resepi Kueh Cakoi


Teknologi Makanan hari ini nak share cara buat cakoi. Ini salah satu makanan yang saya suka dan jika pandai buat boleh buat duit jual kat pasar malam. Cakoi ini asalnya kueh masakan orang cina, oleh itu saya sebagai orang melayu islam kena belajar buat sebab minat makan.

Cakoi

ADUNAN YIS
200g tepung gandum
3000ml air suam
1 sudu besar yis segera ( Instant Yeast)

DOH
1 sudu teh tawas ( alum), ditumbuk halus
400 ml air
2 sudu teh soda bikarbonat
1-2 sudu teh garam
2 sudu besar minyak
600 gram tepung berprotien tinggi
1 sudu besar minyak, untuk sapu
2 - 5 sudu besar tepung,untuk ditabur atas papan canai
minyak yang mencukupi untuk menggoreng.

Untuk adunan Yis

Gaul semua bahan hingga sebati, tutup dengan kain lembab dan biar 1 - 2 jam. Tawas dilarutkan dengan separuh air dan campurkan dengan adunan yis. Tambah baki air dan, soda bikarbonat, garam dan minyak.

Masukan tepung dan gaul menjadi doh lembut.Uli hingga adunan licin dan tutup dengan tuala lembab selama 30 minit. Uli doh selama 10 minit kemudian sapu permukaan dengan minyak dan tutup sekali lagi dengan tuala lembab. Biar lagi 2 jam.

Taburkan tepung atas papan pencanai, ambil doh setebal 1 cm, lebar 10 cm dan panjang 30 cm. Potong menjadi 20 keping. Kemudian basahkan lidi dan tekan ditengah - tengah untuk setiap potongan dan lekatkan satu potongan diatas. Buat hingga habis dan kemudian digoreng dalam minyak yang panas. Sebelum masukkan dalam kuali, tarik sikit doh itu supaya jadi panjang.

Gorengkan hingga warna kuning seperti gambar dan boleh makan terus ataupun dengan seri kaya, kuah kari dan pelbagai lagi...

Monday, May 11, 2009

Kerjaya Dalam Bidang Teknologi Makanan

Bidang teknologi makanan ini cukup luas dan saya masih ingat kata-kata pensyarah saya yang mengatakan selagi ada manusia yang memerlukan makanan maka selagi itulah Pegawai Teknologi Makanan atau lebih glamour di kenali sebagai Food Technologist, diperlukan. Di Malaysia kerjaya mereka yang berkelulusan Food Tech ni amat luas sama ada disektor kerajaan ataupun swasta. Di sektor awam ini kerjaya ada di Kementerian Kesihatan, MARDI, Universiti, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan pelbagai lagi. Manakala diswasta banyak syarikat pengeluar makanan yang kecil maupun besar memerlukan lulusan teknologi makanan ini, bahkan bidang ini semakin berkembang cuma lulusan teknologi makanan ini perlu bersedia dengan pelabagai pengetahuan. Lulusan Teknologi Makanan ini tidak semestinya bekerja dikilang, bahkan boleh menjadi eksekutif jualan kerana 'siapakah yang layak nak jual mesin buat makanan, bahan kimia makanan, system operasi berkomputer untuk kilang makanan, bahan pengawet, bahan pewarna dan pelbagai bahan yang diperlukan oleh industri makanan selain lulusan teknologi makanan ?. Begitu juga di media cetak dan elektronik, siapa yang layak serta berpengetahuan sebenar nak bercakap tentang makanan ini, jika tidak lulusan teknologi makanan ! dan sudah ada pun mereka yang lulus dalam bidang teknologi makanan bekerja di TV , pejabat hartanah, pejabat majalah makanan dan pelbagai lagi. Bagi saya, lulusan ini perlu berpengetahuan luas, bukan sekadar menelan apa sahaja yang diajar di universiti ataupun kolej !. Perlu ditingkatkan keterampilan, bahasa dan pelbagai pengetahuan dan yang paling penting minat yang mendalam dalam bidang teknologi makanan ini. Jangan fikir sahaja nak kerja kilang, lab , makmal itu sahaja skopnya !. Think big !. Satu lagi bidang adalah perunding atau pun consultancy, siapa nak bantu industri atau syarikat laksanakan sistem GMP, ISO , HALAL dan HACCP, jika bukan lulusan teknologi makanan ?. Bahkan sudah ada pun lulusan teknologi makanan ini bekerja dengan Jabatan Agama Islam Negeri. Oleh itu bidang teknologi makanan ini cukup luas, lihat sahaja dinegara maju...yang akan bercakap tentang makanan adalah mereka yang berkelulusan dalam bidang makanan sahaja, bukankah negara kita sedang menuju ke negara maju 2020 ?. Oleh itu bersedialah bagi mereka yang sedang menuntut dalam bidang ini. Selamat maju jaya..
                                                        Hidup Food Technologist ITM Shah Alam


Bagi yang minat nak berniaga burger boleh tengok di sini..



Bagi yang nak hadir interview boleh tengok kat sini...


Saturday, May 9, 2009

Tawaran Kerja Di Kilang Kopi Banting Selangor


Satu tawaran kerja;

Kilang kopi kami di Banting Selangor, mempunyai kekosongan untuk warganegara Malaysia bagi jawatan berikut:

1: Pegawai Teknologi Makanan/ QA Diploma/Ijazah Teknologi Makanan.
2 : Pemandu

3: Juru proses kopi

4. Jurujual

Mereka yang berminat sila emailkan SEGERA permohonan dan resume kepada : moeen53@yahoo.com dan cc kepada nickone7@gmail.com

Tarikh Tutup Permohonan: 25 Mei 2009

Pihak kilang juga mengalu - alukan permohonan untuk pelajar-pelajar / mahasiswa/wi dalam bidang Pemasaran/Teknologi Makanan yang berminat untuk mengadakan latinan amali/praktikel di kilang kami. Pada yang berminat sila emailkan permohonan kepada moeen53@yahoo.com


Teknologi makanan

Sunday, May 3, 2009

Pembungkusan Makanan

Satu kaedah terkini pembungkusan makanan sesuai dengan kehendak semasa.

Sunday, April 26, 2009

Makanan Murah Tak Semestinya Baik Untuk Kesihatan

Makanan murah tak semestinya baik untuk kesihatan, ini merupakan tajuk berita yang aku baca dari yahoo dan makanan yang dimaklumkan adalah daripada restauran terkemuka seperti KFC yang banyak mengandungi lemak.

Dalam ekonomi yang gawat ini banyak orang mencari makanan murah, namun bagi saya jangan pula kita gadaikan aspek kesihatan. Satu cara nak dapat makanan murah adalah dengan masak sendiri yang kini kebanyakan orang kita dah malas nak buat atau dah letih nak masak.

Masak memasak ini merupakan satu bidang yang saya minat sebenarnya kerana semenjak kecik saya dok tolong ibu memasak dirumah. Oleh itu sedikit sebanyak adalah skill nak masak apa pun.Insya Allah baca resepi boleh jadi.

MENULIS KEMBALI

PANDUAN TEMUDUGA

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NAMA :NOH

Akaun Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.