Wednesday, May 12, 2010

Produk Herba Mampu Meningkatkan Pasaran Produk Teknologi Makanan

Herba mempunyai potensi yang besar untuk dipasarkan. Produk herba sebagai perubatan alternatif semakin popular kini. Negara kita amat kaya dengan tumbuhan herba dan secara tradisionalnya telah banyak digunakan untuk merawat pelbagai penyakit oleh nenek moyang kita.

Tumbuhan herba banyak telah terbukti memberikan pelbagai khasiat perubatan dalam masyarakat kita dari dahulu hingga kini. Oleh itu kita semua perlu merebut peluang ini untuk memasarkan produk herba secara lokal dan juga global.

Produk herba ini boleh digandingkan dengan produk teknologi makanan untuk menjadikan suatu makanan yang mampu memberikan kebaikkan kepada kesihatan yang kini popular dikenali sebagai Makanan Nutraceutical atau Nutraceutical Food.

" Nutraceutical Food is a food or food product that provides health and medical benefits, including the prevention and treatment of disease".

Sebagai contoh pengguna herba tongkat ali dan kacip fatimah semakin popular dalam produk kopi pra campur 3 in 1 , sehinggakan syarikat makanan terbesar pun turut memasarkannya. Atas kesedaran inilah saya pada hari ini telah pun mengadakan suatu lawatan kerja di sebuah kilang memproses herba yang terletak di Raub, Pahang atau dengan lebih tepat di Taman Teknologi Park Raub dengan jarak perjalanan lebih kurang 45 km daripada bandar Raub dengan melalui jalan lama untuk ke Kelantan.

Kilang atau tempat pemprosesan herba yang saya maksudkan adalah TPM Biotech Sdn Bhd . Kilang ini memproses pelbagai herba untuk dijadikan produk makanan ataupun untuk dipasarkan menjadi produk tradisional.

Keistemewaan kilang ini adalah merupakan sebuah kilang bertaraf GMP, HALAL, ISO dan sedang dalam proses mendapatkan pengiktirafan HACCP.

Kilang ini juga bersedia untuk membuat kontrak pengilangan dengan mana - mana usahawan yang terlibat dalam pengeluaran ubatan tradisional serta produk teknologi makanan yang dicampurkan herba. Bagi saya ini adalah satu peluang terbaik untuk direbut kerana kini usahawan yang terlibat dalam industri herba tidak perlu bersusah payah nak buat kilang GMP seperti mana syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Dengan usahawan mengeluarkan produk herba disini, produk herba tradisional boleh di daftarkan dengan KKM.


Usahawan khusyuk mendengar penerangan daripada plant manager


Sebahagian mesin pengeluaran herba yang terdapat di kilang ini yang bertaraf GMP,ISO , HALAL dan sedang dalam proses pengiktirafan HACCP

Pusat Biotek Herba, Teknologi Park Malaysia
Kg. Ulu Sungai, Mukim Batu Talam
27610 Raub, Pahang, MALAYSIA
Tel: 609-3692020 . Fax: 609-3692025
http://www.tpmbiotech.com.my

Mana - mana usahawan herba yang berminat untuk mengadakan kontrak pengilangan dikilang ini, boleh berhubung dengan alamat diatas dan syarikat ini juga mempunyai ibupejabatnya di Teknologi Park Malaysia yang terletak di Bukit Jalil Malaysia.

Sehingga kini sudah banyak syarikat yang terkenal mengadakan kontrak pengilangan dengan syarikat ini untuk menghasilkan produk - produk yang bermutu untuk pasaran dalam dan juga luar negara.



Thursday, April 8, 2010

Melawat Kilang Produk Teknologi Makanan

Semalam 7 April 2010 saya berpeluang melawat beberapa buah kilang pengeluar produk teknologi makanan. Kilang ini terletak di Rengit Batu Pahat Johor dan sebahagiannya mengeluarkan produk makanan tradisional seperti kerepek ubi, kerepek pisang dan macam - macam lagi.

Saya kesana dengan beberapa kenalan untuk menijau sendiri bagaimana teknologi makanan semakin digunapakai oleh usahawan melayu kita walaupun mereka tiada ijazah teknologi makanan pun. Namun bagi memastikan pegeluaran produk dapat ditingkatkan dengan yang rendah serta tenaga buruh yang sedikit, mesin dan peralatan berteknologi makanan telah digunakan dengan meluas.

Sebagai contoh, sudah ada mesin pengoreng kerepek berskala besar yang hanya memerlukan hanya seorang pekerja sahaja untuk mengoreng puluhan kilo kerepek ubi atau pisang pada sesuatu masa.







Kereta pejabat kawan - kawan.

























Agrobazaar K Shopee Azhar FOOD di Rengit..

















Satu lagi kilang pengeluar makanan di Parit Botak...jalan menghala ke Rengit.
















Kilang milik FAMA di Rengit Batu Pahat Johor. Lokasinya terletak sebelah pejabat Bomba Rengit.

Kilang ini dah ada pensijilan MS ISO, HALAL, GMP. Banyak pelajar buat latihan industri dikilang ini.

Kilang ini mengeluarkan seri kaya madu, jam buah - buah, jem roselle dan juga jual roselle segar.







Keadaan jalan semasa balik di PLUS Pagoh..jalan jamm teruk kerana ada kemalangan maut.

Perjalanan terhenti hampir 3 jam tak bergerak..

Thursday, April 1, 2010

Nombor E

Nombor E..pelik bin ajaib..E itu huruf bukan nombor.........

Saturday, March 27, 2010

Beli Produk Usahawan Kita di Agrobazaar - Macam -macam ade...



Agrobazaar merupakan kedai yang diwujudkan oleh FAMA untuk memasarkan produk - produk yang dihasilkan oleh usahawan IKS diseluruh negara. Jika Pasar Tani merupakan medan pemasaran hasilan segar pertanian makan Agro Bazaar merupakan kedai pemasaran produk pertanian yang telah diproses.

Agrobazar diwujudkan untuk membolehkan pengguna mendapatkan hasilan produk keluaran usahawan industri asas tani yang sebahagian besarnya dikeluarkan oleh usahawan bumiputra . Terdapat pelbagai produk dijual diAgrobazaar ini seperti buah hulu, kerepek ubi, kerepek pisang, kuih cincin dan macam - macam ada.

Agrobazaar ini sebahagianya adalah dimiliki oleh usahawan yang telah dibimbing oleh FAMA dalam aktiviti pemasaran. Agrobazaar juga merupakan satu tempat atau peluang untuk usahawan memasarkan produk keluaran mereka. Kunjungilah Agrobazaar ini dan belilah barangan buatan usahawan kita yang halal lagi suci. Macam barang serta produk bermutu terdapat di Agrobazaar ini termasuk juga produk - produk yang dipasarkan oleh FAMA dengan jenama Agromas ataupun Olemas.

Saya juga telah berpeluang mengunjugi beberapa Agrobazaar ini dan amat kagum dengan produk dan barangan yang terdapat di agrobazaar - agrobazaar ini. Di Agrobazaar ini kita juga berpeluang membeli produk IKS secara borong jika kita berminat nak menjadi penjual atau pun pemasar produk iks seperti kerepek dan macam -macam lagi..



Produk KITA



KUANTAN PAHANG


PULAU PINANG SBU


RENGIT BATU PAHAT JOHOR




SIMPANG RENGGAM






AGROBAZAAR R&R ULUBERNAM PLUS MENGHALA KE KUALA LUMPUR.






















LOKASI - LOKASI AGROBAZAAR

PAHANG

  1. KUANTAN : GLOBAL ONE STOP. No.3, Bangunan LKNP, Jalan Besar, 25000 Kuantan (Tel: 012-386 3026.).
  2. KUANTAN : AL-BAQARAH BEEF ENT. B1130/6, Jalan Kuantan - Kemaman, Kg Chengal Lempong Aman, 26100 Kuantan ( TEL : 09-544 4080).
  3. JERANTUT: KAK YONG CAKE HOUSE.No.42, Jalan Zapin Indah 2, Bandar Inderapura, 27000 Jerantut. (Tel : 013-921 7635).
  4. JERANTUT: IKHTIAR BAKERY & CAFE. NO.36 Kawasan Perniagaan FELDA Padang Piol, 27040 Jerantut ( Tel: 013 - 988 5116).
  5. CAMERON HIGHLANDS : Norsham Homemade Confectionery & Western Food, RLC 1-9 GF, BLOK C1, Taman Royal Lily, 39000 Cameron Highlands (Tel: 012-364 0292).
  6. ROMPIN: FOOD FANTASY INDUSTRY. No.2 Taman Camera, 26800 Kuala Rompin. ( Tel: 016- 921 3178).
  7. MARAN : HUSNA FROZEN FOOD & TRADING. No. 17 Lorong Impian 1, Taman Maran Impian, 26500 Maran. (Tel: 016 - 921 3178).
  8. TEMERLOH : AN HIKMAH EDAR , 2 Jalan Bahagia Permai 2, 28000 Temerloh ( 013 - 938 7383).
  9. PEKAN : BENA HIJAZ, P76 Kampung Lamir, 26620 Pekan ( Tel: 09-426 9627).
  10. PEKAN : ZAN BAKE MATE ENT. A8 , Plaza D'Mara, Jalan Engku Muda Mansor, 26600 Pekan (Tel:012-963 4345).
JOHOR
  1. RENGIT, BATU PAHAT : AZHAR FOOD SUPLIER, Ru.51 Jalan Besar Sri Baharum, 83100 Rengit ( Tel: 07 - 424 5066).
  2. SIMPANG RENGGAM. PERNIAGAAN ZAINAB JAYA.NO.1 Kawasan Perindustrian Kecil dan Sederhana, 86200 Simpang Renggam, Kluang. ( Tel: 07-7550453)
SEHINGGA KINI TERDAPAT HAMPIR 47 BUAH AGROBAZAAR DI SELURUH NEGARA DAN AKAN DI UP DATE DARI MASA KESEMASA....SABARRRRRRRRRR.

NOTA : SELAIN DI AGROBAZAAR INI..PRODUK - PRODUK IKS DAPAT JUGA DI BELI DI MYDIN.

Saturday, March 20, 2010

Rahsia Duit Jutawan Usahawan Muslim Produk Teknologi Makanan


Pada hari ini ramai ingin menjadi jutawan dan ingin mengetahui rahsia sebenar bagaimana untuk menjadi jutwan. Sebenarnya hakikat untuk menjadi seorang jutawan terutama jika ingin bergelar jutawan usahawan yang menghasilkan dan memasarkan produk teknologi makanan hanya diketahui oleh yang empunya diri sahaja.

Walaubagaimanapun disini suka saya berkongsikan dengan anda hasil perbualan saya dengan beberapa usahawan yang pada pandangan saya adalah jutawan mengeluarkan produk - produk teknologi makanan yang mudah dan tradisional seperti pelbagai jenis kerepek, pelbagai kuih tradisional, kicap dan lain - lain produk yang kini lebih dikenali sebagai produk - produk industri asas tani atau ( IAT).

Saya kiranya dikurniakan rezeki untuk bercampur gaul dengan mereka dan sedikit sebanyak di ceritakan serta dikongsikan pengalaman usahawan ini bagaimana mereka boleh berjaya dari dahulu hingga kini. Namun begitu tafsiran jutawan ini adalah pada padangan saya secara peribadi sahaja kerana sebahagian besar usahawan yang saya temui ini tidak pun mengatakan mereka jutawan.

MENULIS KEMBALI

PANDUAN TEMUDUGA

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NAMA :NOH

Akaun Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.