Thursday, July 15, 2010

Terminal Makanan Negara atau TEMAN Di Ipoh Perak


TERMINAL MAKANAN NEGARA @ TEMAN.

Terminal Makanan Negara atau TEMAN telah siap dibina di Ipoh Perak yang akan berfungsi sebagai pusat jualan borong hasil - hasil pertanian negara kita. Pembukaan Terminal Makanan Negara atau TEMAN ini akan merancakan lagi pemasaran hasil - hasil pertanian yang merangkumi sayur-sayuran, buah-buahan tempatan, ikan dan daging serta bunga - bungaan.

Di Terminal Makanan Negara ini turut memasarkan produk - produk industri asas tani yang sudah pasti sebahagiannya menggunakan teknologi makanan untuk menghasilkannya. Terminal Makanan Negara ini akan diurus tadbir oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan atau FAMA sebuah agensi dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Konsep pemasaran secara borongan dan runcit akan dilaksanakan di Terminal Makanan Negara ini. Terminal Makanan Negara di Ipoh ini merupakan Terminal Makanan Negara yang pertama siap dibina dan akan mula beroperasi sedikit masa lagi.

Terminal Makanan Negara yang kedua yang hampir siap dibina terletak di Kota Bharu Kelantan. Bila kedua - dua Terminal Makanan Negara ini beroperasi sepenuhnya, ia akan mampu mengubungkan aktiviti pemasaran hasilan pertanian secara besar - besaran antara pantai timur dan juga pantai barat.


Bahagian Pentadbiran



Pasar Utama



Pasar Ikan


Terminal Makanan Negara di Kota Bharu, Kelantan



TEMAN Kelantan




Saturday, June 5, 2010

Berkelah Ke Sungai Tengkala

Seperti mana yang saya katakan kini teknologi makanan beralih angin sedikit ke Sungai Tengkala untuk mandi manda bersantai bersama keluarga. Biasa lah cuti sekolah dan juga hari sabtu, bawaklah anak - anak jalan - jalan keluar kota.

Sungai Tengkala merupakan destinasi hari pertama cuti sekolah tahun ini, kerana sekali sekala keluar kota ini bagus juga untuk menghirup udara segar sambil mandi di Sungai Tengkala.

Kemana - mana kita pergi pun tak boleh tinggal makanan la..ini penting jika tidak, keronchong perut, tambah lagi nak masuk hutan.Oleh itu cara mudah dan ringan untuk makanan kita lihat teknologi makanan dalam bidang pembungkusan.

Cara nak mudah serta ringkas adalah bungkus makanan kita siap - siap individu pack dalam kertas . Pembungkusan kertas yang sesuai untuk kita pergi outing seperti ini , sambil ia rengan ,kertas juga mesra alam berbanding plastik serta polisterin.

Plastik susah nak hancur walau ditanam, namun jika kita guna kertas , lepas kita makan samaada nak bakar jadikan umpan api untuk barbeque ataupun kita hanya tanam dalam tanah dan ia akan hancur seterusnya menjadi baja kepada pokok - pokok didalam hutan.

Namun yang paling best , barang yang kita nak angkut buat balik pun ringan sebab makanan dan pembungkusan makann dan tiada. Jika kita masukan dalam bekas plastik , makanan dah habis tapi kena bawa balik bekas berkenaan, jika tidak kot ada yang kena bebel..yelah bekas mahal - mahal takkan nak tinggal atau buang ditempat perkelahan.

Beginilah secara tak langsung teknologi makanan dalam aspek pembungkusan boleh diaplikasikan dan mampu memudah serta menyimatkan masa dan tenaga kita.

Thursday, June 3, 2010

Aplikasi Teknologi Makanan Dalam Kehidupan Kita

Bermula hari ini saya akan kongsikan aplikasi teknologi makanan dalam kehidupan kita seharian. Ya, apa guna belajar Teknologi Makanan bertahun lamanya, jika tak boleh nak guna pakai untuk kehidupan kita seharian.

Kekadang kegunaan ilmu Teknologi Makanan ini cukup banyak dalam kehidupan kita namun kekadang kita tak terfikir pun sebab kita nak ambik mudah la..beli kat kedai aje..pun begitu semuanya bergantung kepada persepsi masing - masing.

Tungguu...

Saturday, May 22, 2010

Jenama 1 Malaysia Best Dilancarkan Oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani


Pada 20 Mei 2010, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah melancarkan jenama 1 Malaysia Best di Pasaraya Mydin USJ 1. Majlis pelancaran Jenama 1 Malaysia Best disempurnakan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

Pasaran produk - produk makanan industri asas tani yang dihasilan oleh usahawan , berpeluang melangkah lebih jauh sekali gus meneroka pasaran tempatan dan antarabangsa dengan lebih mudah serta memperoleh pelbagai insentif kerajaan dengan menggunakan jenama 1 Malaysia Best ini.

Sehingga kini kira-kira 600 produk yang diusahakan 138 usahawan sudah memperoleh kelulusan menggunakan jenama ini dan LEMBAGA Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) menjangka dapat memberi kelulusan penggunaan jenama 1Malaysia Best kepada sekurang-kurangnya 1,000 produk berasaskan pertanian yang diusahakan 200 usahawan menjelang Jun ini.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memperkenalkan jenama 1Malaysia Best untuk membantu meningkatkan taraf dan mempromosikan produk berasaskan pertanian keluaran tempatan terutama di pasaran antarabangsa dan mewujudkan kestabilan ekonomi kepada pengusaha.





Jenama 1 Malaysia Best

Penerangan Jenama;

  1. Identiti 1 Malaysia diadaptasikan dan dikembangkan dengan penambahan perkataan ‘Best’
  2. Lambang mercu tanda Malaysia yang menterjemahkan identiti Malaysia diperingkat global.
  3. Lingkaran berbentuk bujur bagi menonjolkan kekukuhan logo dengan penampilan imej yang jelas dan nyata.
  4. Garisan berbentuk separa bumi menunjukkan segala produk yang dihasilkan adalah bertaraf dunia untuk pasaran global.



Wednesday, May 12, 2010

Produk Herba Mampu Meningkatkan Pasaran Produk Teknologi Makanan

Herba mempunyai potensi yang besar untuk dipasarkan. Produk herba sebagai perubatan alternatif semakin popular kini. Negara kita amat kaya dengan tumbuhan herba dan secara tradisionalnya telah banyak digunakan untuk merawat pelbagai penyakit oleh nenek moyang kita.

Tumbuhan herba banyak telah terbukti memberikan pelbagai khasiat perubatan dalam masyarakat kita dari dahulu hingga kini. Oleh itu kita semua perlu merebut peluang ini untuk memasarkan produk herba secara lokal dan juga global.

Produk herba ini boleh digandingkan dengan produk teknologi makanan untuk menjadikan suatu makanan yang mampu memberikan kebaikkan kepada kesihatan yang kini popular dikenali sebagai Makanan Nutraceutical atau Nutraceutical Food.

" Nutraceutical Food is a food or food product that provides health and medical benefits, including the prevention and treatment of disease".

Sebagai contoh pengguna herba tongkat ali dan kacip fatimah semakin popular dalam produk kopi pra campur 3 in 1 , sehinggakan syarikat makanan terbesar pun turut memasarkannya. Atas kesedaran inilah saya pada hari ini telah pun mengadakan suatu lawatan kerja di sebuah kilang memproses herba yang terletak di Raub, Pahang atau dengan lebih tepat di Taman Teknologi Park Raub dengan jarak perjalanan lebih kurang 45 km daripada bandar Raub dengan melalui jalan lama untuk ke Kelantan.

Kilang atau tempat pemprosesan herba yang saya maksudkan adalah TPM Biotech Sdn Bhd . Kilang ini memproses pelbagai herba untuk dijadikan produk makanan ataupun untuk dipasarkan menjadi produk tradisional.

Keistemewaan kilang ini adalah merupakan sebuah kilang bertaraf GMP, HALAL, ISO dan sedang dalam proses mendapatkan pengiktirafan HACCP.

Kilang ini juga bersedia untuk membuat kontrak pengilangan dengan mana - mana usahawan yang terlibat dalam pengeluaran ubatan tradisional serta produk teknologi makanan yang dicampurkan herba. Bagi saya ini adalah satu peluang terbaik untuk direbut kerana kini usahawan yang terlibat dalam industri herba tidak perlu bersusah payah nak buat kilang GMP seperti mana syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Dengan usahawan mengeluarkan produk herba disini, produk herba tradisional boleh di daftarkan dengan KKM.


Usahawan khusyuk mendengar penerangan daripada plant manager


Sebahagian mesin pengeluaran herba yang terdapat di kilang ini yang bertaraf GMP,ISO , HALAL dan sedang dalam proses pengiktirafan HACCP

Pusat Biotek Herba, Teknologi Park Malaysia
Kg. Ulu Sungai, Mukim Batu Talam
27610 Raub, Pahang, MALAYSIA
Tel: 609-3692020 . Fax: 609-3692025
http://www.tpmbiotech.com.my

Mana - mana usahawan herba yang berminat untuk mengadakan kontrak pengilangan dikilang ini, boleh berhubung dengan alamat diatas dan syarikat ini juga mempunyai ibupejabatnya di Teknologi Park Malaysia yang terletak di Bukit Jalil Malaysia.

Sehingga kini sudah banyak syarikat yang terkenal mengadakan kontrak pengilangan dengan syarikat ini untuk menghasilkan produk - produk yang bermutu untuk pasaran dalam dan juga luar negara.



MENULIS KEMBALI

PANDUAN TEMUDUGA

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NAMA :NOH

Akaun Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.