Makanan tradisional seperti dodol, wajik dan wajik sirat mampu memberikan anda pendapatan lumayan jika dihasilkan dengan teknologi makanan serta pemasaran yang gigih..
Ini dapat kita lihat jika anda pergi ke Melaka dan berjalan disekitar bandar melaka. Seorang pengusaha makanan terkenal Datuk Dr Tan Kim Hock telah berjaya memasarkan makanan tradisional melayu seperti dodol dan juga lempuk durian dibeberapa outlet milik beliau disekitar bandar Melaka.
Semua produk ini dipasarkan dengan jenama Tan Kim Hock sendiri dan setelah lama ia menjadi terkenal di Melaka dan juga diseluruh Malaysia dan juga dunia. Saya sendiri sempat berjumpa dengan Datuk Dr Tan Kim Hock dan bercerita panjang hasil kejayaan beliau dalam pemasaran produk makanan tradisional ini yang sebahagian besarnya dikilangkan oleh kilang miliki beliau yang terletak di Umai Melaka.
Datuk Dr Tan Kim Hock yang kini berusia lebih 80 tahun merupakan seorang yang ramah dan mudah mesra dengan pelanggannya dan beliau telah berkongsi rahsia dan pengalaman beliau menempa nama dalam pengeluaran tradisional. Antara yang dikongsikan adalah kekayaan yang kita perolehi perlu dikongsikan dengan orang lain dan bantu orang lain mendapatkan wang. Buat sesuatu dengan gigih dan jangan berhenti bekerja..jika kita berhenti berusaha pemikiran dan badan akan menjadi lemah..
Kata beliau lagi atas sikap nak tolong orang ini, terutama orang kampung beliau...pekerja yang berusia 60 + pun masih diterima bekerja di kilang beliau..sedangkan mana ada kilang lain nak ambil pekerja sedemikian..
Saya kagum dalam usia sebegini beliau masih sihat dan masih berada di outlet milik beliau....
Salamsejahtera ...bertemu kita lagi hari ini..gabungan teknologi dan tradisional memproses makanan mampu meningkatkan daya saing sesuatu produk makanan dipasaran. Teknologi makanan terutama yang melibatkan kejuruteraan makanan ( food engineering) mampu meningkatkan keupayaan pengeluaran sesuatu produk terutama dengan penggunaan mesin separa atuomatik atau automatik sepenuhnya.
Sebagai contohnya dalam pengeluaran dodol, wajik maupun lempuk durian, penggunaan mesin yang semakin meluas mampu menigkatkan kapasiti pengeluaran sesebuah kilang dodol.
Hari saya baru melawat sebuah kilang memproses dodol dan wajik di Melaka. Kilang ini mengeluarkan dodol dengan menggunakan mesin dan penggunaan mesin ini dapat menjimatkan kos melalui pengurangan penggunaan tenaga buruh. Penggunaan mesin pengacau dodol membolehkan kilang ini mengeluarkan 8 - 10 kawah dodol dan wajik setiap hari...
Hari ini saya ingin kongsikan bagaimana teknologi makanan dengan pengubahusaian bentuk pembungkusan dan label gula apong sarawak mampu diperluaskan pasarannya. Gula apong merupakan manisan yang diperbuat daripada air nira yang dihasilkan daripada pokok nipah yang banyak terdapat di sepanjang sungai di Sarawak terutama di Kota Samarahan dan juga Betong..
Jika disemenanjung Malaysia air nira ini sama dengan air nira kelapa yang kemudian dimasak menjadikan gula melaka ataupun nise jika di Kelantan.Secara tradisional gula apong yang dihasilkan dipasar secara borong dalam tin biskut dan jika untuk pasaran runcit ia di pasarkan menggunakan beg plastik.
Kenaikan harga gula menjadikan gula apong mula mendapat tempat dihati pengguna di Sarawak dan mula menunjukan potensi pasaran yang baik. Melihat kepada peluang pasaran ini, FAMA Sarawak telah mengorak langkah menginovasikan pembungkusan gula apong ini dengan memperkenalkan gula apong dalam bentuk botol,plastik yang cukup menarik.
Cara proses memasak nira nipah untuk menjadi gula apong..lihat video
Pembotolan gula apong ini membolehkan pasaran gula apong dikembangkan sesuai dengan kehendak pengguna semasa yang inginkan keselesaan dalam penggunaan gula apong.
Pelbagai jenis makanan dan minuman boleh kita buat dengan gula apong antaranya adalah yang tersohor T C Peng, Cendol dan pelbagai lagi makanan yang anda boleh lihat pada gambar buku yang di keluarkan oleh FAMA Sarawak. Sila KLIK GAMBAR UNTUK BESAR KAN...
Oleh itu jika anda berpeluang ke Sarawak terutama di bandar Kucing, cuba - cuba lah T C Pheng dan lain - lain makanan bagi menikmati keenakan gula apong..Jadikan Gula Apong sebagai ole - ole dari Sarawak selain Kek Lapis dan juga Ikan Terubok Masin ....