Makanan halal lagi baik serta suci merupakan pilihan terbaik untuk umat Islam.Isu halal dalam pengeluaran makanan merupakan isu yang amat sensitif bagi umat Islam kerana ia adalah tuntutan agama.
Kini dengan kemudahan teknologi serta sains, kita dapat mengesan dengan lebih tepat kandungan sesuatu makanan. Dengan adanya teknologi seperti mikroskop elektron, ujian DNA dan analisa kimia serta peralatan yang canggih kita dapat mengukur sesuatu bahan yang terdapat dalam makanan yang kita makanan.
Teknologi pengesanan DNA kini boleh digunakan untuk menguji jika terdapat campuran daripada bahan babi didalam makanan.
Teknologi mikroskop electron pula kita pada menilai dan melihat jika kulit babi atau pun bulu babi digunakan dalam pembuatan barangan kulit ataupun berus yang digunakan untuk mengecat ataupun berus yang digunakan untuk menyapu krim pada makanan.
Walaupun apa -apa cara pencegahan terbaik untuk kita daripada termakan makanan haram ini adalah dengan membuat pilihan membeli makanan yang telah disahkan halal oleh JAKIM atau JAIN serta belilah daripada pengusaha yang beragama Islam atau pun kita buat sendiri makanan yang kita makan.
Monday, May 30, 2011
Saturday, April 2, 2011
Mesin Pemprosesan Makanan Mampu Tambah Pendapatan Anda
Penggunaan teknologi makanan boleh diaplikasikan dengan menggunaan pelbagai jenis mesin dan peralatan. Mesin teknologi makanan ini mampu meningkatkan pengeluaran, mengurangkan penggunaan tenaga buruh serta mengurangkan kos pengeluaran.
Kini terdapat pelabagai jenis mesin dan peralatan teknologi makanan yang mampu dibeli oleh usahawan yang terlibat dalam pengeluaran makanan untuk tujuan komersial. Tanpa penggunaan mesin teknologi makanan, produk yang dihasilkan untuk pasaran ada kemungkinan besar tidak mampu berdayasaing dipasaran kerana kos pengeluaran yang tinggi.
Kos pengeluaran yang tinggi akan menyebabkan pengeluar terpaksa menjual dengan harga yang mahal dan daripada aspek pemasaran, ia akan menjadi kurang menarik kepada pengguna. Pengguna hari ini lebih berminat untuk membeli produk makanan pada harga yang berpatutan.
Pembelian mesin teknologi makanan ini sudah pasti memerlukan perbelanjaan yang besar, namun jika kita kiran daripada aspek pelaburan jangka masa yang panjang ia mampu memberikan pulangan yang lumayan.
Walaubagaimana pun sebelum membeli apa juan mesin teknologi makanan, anda dicadangan membuat kajian dan mendapat nasihat daripada pakar berkaitan kesesuaian mesin, kos penyelenggaran, kemudah dapatan alat ganti serta khidmat selepas jualan.
Pengeluaran makanan adalah sedikit unik, tidak semestinya mesin yang sama boleh digunapakai untuk semua orang kerana setiap pengeluar produk makanan ini ada resepi atau formula mereka sendiri..walaupun produk yang dihasilkan hampir sama..
Ini video pelbagai jenis mesin seperti mesin cucuk satey, pau, buat bebola ikan, bebola daging, mesin buang kulit nanas dan macam - macam ada.
Jika minat nak beli mesin - mesin ini sila hantar email kepada saya di admin@teknologimakanan.com

Monday, March 14, 2011
Agrobazaar Premis Pemasaran Produk IKS
Agrobazaar merupakan kedai tempat menjual produk IKS atau kini dikenali juga dengan produk - produk Industri Asas Tani (IAT).Agrobazaar merupakan konsep pemasaran produk - produk IAT secara moden, kemas dan tersusun yang diperkenalkan oleh FAMA.
Agrobazaar ini sebahagiannya adalah milik usahawan dan ada juga Agrobazaar diurus oleh FAMA.
Datanglah ke Agrobazar untuk mendapatkan produk - produk edaran FAMA dan juga produk - produk usahawan bumiputra yang setanding dengan produk - produk makanan import yang dijual pada harga yang amat berpatutan.
Membeli produk makanan keluaran usahawan melayu semestinya halal lagi suci..
Agrobazaar di R& R Gambang, Pahang.
Wednesday, January 26, 2011
Kursus Teknologi Makanan Tahun 2011
Jika anda minat nak buat produk - produk makanan dan ingin memasarkannya elok sangat pergi kursus. Jika minat boleh pergi KURSUS BUAT PELBAGAI PRODUK MAKANAN DI MARDI..Ini sebahagian jadual kursus yang akan dianjurkan oleh MARDI untuk tahun 2011..Sebarang pertanyaan boleh di ajukkan kepada pihak MARDI.
sila rujuk > http://elearn.mardi.gov.my/kursus/berjadual
Selamat belajar dan berkursus kepada yang berminat.....
Thursday, January 6, 2011
Serbuk Kopi Penawar
Kopi merupakan suatu minuman yang digemari ramai..namun begitu ramai yang tak sedar bahawa kopi dan juga serbuk kopi boleh digunakan untuk menyihatkan badan.
Saya masih teringgat masa kecil .kalau tangan atau kaki luka , mak suruh taburkan serbuk kopi...saya kadang nak ketawa..tapi bila kita kaji sebenarnya serbuk kopi ni boleh ada bahan semula jadi yang memang boleh bunuh kuman..seterusnya luka akan sembuh sendiri !.
Minum kopi ini semakin digemari dan sebab itu pada masa ini kedai kopi tumbuh melata dimana - mana dengan pelbagai jenama Kopitiam..diatmbah lagi kedai kopi yang lengkap dengan sisten WiFi internet..
Selain kopi asili, kopi juga campuran segera semakin di minati terutama kopi jenis 3 in 1. Ada campuran herba seperti tongkat ali, kacip fatimah, habatus sauda dan lain - lain lagi..

Subscribe to:
Posts (Atom)
SUMBANGAN IKHLAS
Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.
Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:
NAMA :NOH
Akaun Maybank No. 112361650899.