Wednesday, July 27, 2011

PROGRAM HALAL "TRAINING PROGRAM ON HALAL STANDARDS AND CONFORMANCE INFRASTRUCTURE FOR OIC COUNTRIES 2011"

Hampir seminggu saya telah menghadiri  "TRAINING PROGRAM ON HALAL STANDARDS AND CONFORMANCE INFRASTRUCTURE FOR OIC COUNTRIES 2011" yang bermula pada 20 Julai - 27 Julai 2011. Latihan ini telah diadakan di Hotel Allson Putra Nilai.

Kursus ini dikendalikan  oleh Jabatan Standard Malaysia dibawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. dengan kerjasama daripada pelbagai Jabatan dan Agensi Kerajaan yang lain seperti JAKIM, SIRIM, WISMA PUTRA, IMIGRESEN, JICA dan lain - lain.Kursus ini telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha MOSTI Y.Bhg Dato' Madinah Mohamad.

Lebih daripada 20 orang wakil daripada negara OIC hadir dalam program ini yang merangkumi taklimat berkaitan dengan Standard dan  Industri Halal Malaysia. Wakil - wakil daripada negara OIC ini turut membentangkan kertas kerja mereka dalam perlaksanaan pensijilan Halal dinegara mereka.

Dikesempatan ini saya juga berpeluang mendalami Standard Halal Malaysia yang semakin bertambah dari aspek skop standard yang telah ada di negara kita. Insya Allah saya akan kongsikan pengalaman dalam latihan ini pada masa akan datang.


Majlis Perasmian


PESERTA KURSUS

Wednesday, June 22, 2011

JUAL COKLAT , BISKUT COKLAT SERTA KEK COKLAT UNTUK HARI RAYA PUASA.



Coklat merupakan suatu manisan yang disukai oleh semua golongan terutama kanak - kanak . Saya yakin bila sebut sahaja coklat ramai yang teruja untuk merasai kelazatan coklat.

Coklat boleh dibuat dalam pelbagai rupa bentuk dan juga jenis yang merangkumi coklat, kek coklat dan juga biskut coklat.

Kek Coklat digemari semua orang terutama kanak-kanak.
Kek Coklat juga pasti digemari oleh semua orang dan kerana inilah saya lihat coklat mempunyai pasaran yang luas jika anda minat untuk menghasil dan menjual samada coklat, kek coklat atau pun biskut coklat.

Apa yang menarik adalah dengan adanya teknologi internet pemasaran coklat ini dapat kita lakukan dengan lebih mudah dengan menggunakan laman sosial seperti FACEBOOK, TWITTER  dan juga blog.

Membuat coklat pada masa kini, tidak memerlukan peralatan yang canggih , apa yang anda perlu pelajari adalah teknik yang mudah dengan panduan yang mantap. Bahkan kini anda tidak perlu pun bersusah payah untuk menghadiri kelas membuat coklat kerana telah ada pakar yang telah menulis ebuku cara nak buat coklat  dari rumah sahaja.

Anda boleh pelajari cara membuat coklat dengan memiliki ebuku ini serta boleh memulakan perniagaan coklat terutama di musim perayaan hari raya puasa ini.



Untuk keterangan lanjut berkaitan ebuku ini klik > eBUKU COKLAT

Apa yang menarik dengan ebuku ini..ia didatangi dalam bentuk CD yang akan dipos kerumah anda yang mana denga adanya CD ini anda dengan mudah membuat rujukan .

Oleh itu milikilah ebuku BELAJAR BUAT COKLAT HARI INI

Tuesday, June 14, 2011

LAWATAN KE MARDI SERDANG BERSAMA BAHAGIAN IAT FAMA

Hari ini saya menyertai lawatan ke MARDI Serdang anjuran Bahagian Industri Asas Tani (IAT)FAMA bagi mendapatkan informasi terkini perkhidmatan yang ditawarkan oleh MARDI kepada usahawan IKS. Seramai lebih 50 orang usahawan ikut serta dalam lawatan kali ini.

Bahagian IAT FAMA telah mengambil pendekatan baru dalam menjemput usahawan yang berminat dengan mewarwarkan program lawatan ini melalui facebook mereka. Oleh itu jika anda ingin menyertai atau ingin mengetahui aktiviti IKS masa kini yang dianjurkan oleh Bahagian IAT FAMA, anda boleh join facebook ini dengan klik link ini..


Banyak informasi terkini yang telah dikongsikan oleh pegawai MARDI serta kami juga telah dibawa melawat ke beberapa bahagian di MARDI yang ada kaitan dengan pembangunan usahawan IKS..Apa yang dapat saya rumuskan adalah teknologi dan inovasi amat penting dalam untuk membolehkan seseorang usahawan bersaing dalam era globalisasi ini. 

Tanpa teknologi dan inovasi, usahawan kita mungkin akan terhimpit dalam persaingan dierah globalisasi yang semakin berkembang. Untuk mendapatkan informasi dan bimbingan teknologi, kunjungilah MARDI..insya Allah anda pasti dibantu..layarilah lawan web MARDI > www.mardi.gov.my

Usahawan sedang bersiap untuk dengar taklimat MARDI.

Usahawan di Galeri Teknologi Mardi.


MARDI turut menerima pelbagai pengiktirafan di peringkat Nasional dan Global.

Pelbagai produk dan pembungkusan yang dihasilkan MARDI..


MARDI SERDANG  juga ada kedai buku tempat menjual pelbagai buku terbitan MARDI ..

Pelbagai mesin pemprosesan makanan juga terdapat di MARDI SERDANG..


MARDI turut juga menghasil dan menjual biji beneh tanaman dan pelbagai anak pokok 




Monday, May 30, 2011

Makanan Halal Lagi Suci Suatu Pilihan Bijak

Makanan halal lagi baik serta suci  merupakan pilihan terbaik untuk umat Islam.Isu halal dalam pengeluaran makanan merupakan isu yang amat sensitif bagi umat Islam kerana ia adalah tuntutan agama.

Kini dengan kemudahan teknologi serta sains, kita dapat mengesan dengan lebih tepat kandungan sesuatu makanan. Dengan adanya teknologi seperti mikroskop elektron, ujian DNA dan analisa  kimia serta peralatan  yang canggih kita dapat mengukur sesuatu bahan yang terdapat dalam makanan yang kita makanan.

Teknologi pengesanan DNA kini boleh digunakan untuk menguji jika terdapat campuran daripada bahan babi didalam makanan.

Teknologi mikroskop electron pula kita pada menilai dan melihat jika kulit babi atau pun bulu babi digunakan dalam pembuatan barangan kulit ataupun berus yang digunakan untuk mengecat ataupun berus yang digunakan untuk menyapu krim pada makanan.

Walaupun apa -apa cara pencegahan terbaik untuk kita daripada termakan makanan haram ini adalah dengan membuat pilihan membeli  makanan yang telah disahkan halal oleh JAKIM atau JAIN serta belilah daripada pengusaha yang beragama Islam atau pun kita buat sendiri makanan yang kita makan.

Saturday, April 2, 2011

Mesin Pemprosesan Makanan Mampu Tambah Pendapatan Anda

Penggunaan teknologi makanan boleh diaplikasikan dengan menggunaan pelbagai jenis mesin dan peralatan. Mesin teknologi makanan ini mampu meningkatkan pengeluaran, mengurangkan penggunaan tenaga buruh serta mengurangkan kos pengeluaran.

Kini terdapat pelabagai jenis mesin dan peralatan teknologi makanan yang mampu dibeli oleh usahawan yang terlibat dalam pengeluaran makanan untuk tujuan komersial. Tanpa penggunaan mesin teknologi makanan, produk yang dihasilkan untuk pasaran ada kemungkinan besar tidak mampu berdayasaing dipasaran kerana kos pengeluaran yang tinggi.

Kos pengeluaran yang tinggi akan menyebabkan pengeluar terpaksa menjual dengan harga yang mahal dan daripada aspek pemasaran, ia akan menjadi kurang menarik kepada pengguna. Pengguna hari ini lebih berminat untuk membeli produk makanan pada harga yang berpatutan.

Pembelian mesin teknologi makanan ini sudah pasti memerlukan perbelanjaan yang besar, namun jika kita kiran daripada aspek pelaburan jangka masa yang panjang  ia mampu memberikan pulangan yang lumayan.

Walaubagaimana pun sebelum membeli apa juan mesin teknologi makanan, anda dicadangan membuat kajian dan  mendapat nasihat daripada pakar  berkaitan kesesuaian mesin, kos penyelenggaran, kemudah dapatan  alat ganti serta khidmat selepas jualan.

Pengeluaran makanan adalah sedikit unik, tidak semestinya mesin yang sama boleh digunapakai untuk semua orang kerana setiap pengeluar produk makanan ini ada resepi atau formula mereka sendiri..walaupun produk yang dihasilkan hampir sama..

Ini video pelbagai jenis mesin seperti mesin cucuk satey, pau, buat bebola ikan, bebola daging, mesin buang kulit nanas dan macam - macam ada.




Jika minat nak beli mesin - mesin ini sila hantar email kepada saya di admin@teknologimakanan.com

MENULIS KEMBALI

PANDUAN TEMUDUGA

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NAMA :NOH

Akaun Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.