Monday, December 10, 2012

PESTA JOM MAKAN BUAH DI PUTRAJAYA BUKAN SEKADAR MAKAN BUAH - BUAHAN TEMPATAN


Semalam saya sempat singgah juga di pesta jom makan buah di Putrajaya yang berlangsung daripada 7hb Disember 2012 hingga 11hb Disember 2012 dari jam 10 pagi - hingga 10 malam.

Ada macam-macam buah dijual pada harga yang berpatutan termasuk juga di adakan DURIAN PARTY..


Durian party anjuran FAMA , kita boleh makan pelbagai jenis buah dengan bayaran RM15 seorang dan macam -macam buah ada ..buah durian, duku, manggis dan lain -lain lagi.

Kat sini juga ada jual durian musang king yang tersohor tu..harga pun berpatutan hanya RM13/kg dan saya difahamkan kalau kat luar pesta harga durian musang king ini mampu cecah RM30/kg..so kalu nak merasa durian musang king ini datang lah ke pesta jom  makan buah ini..

Durian D24 AAA pun di jual hanya pada harga RM6/kg..saya rasa murah juga ni dan yang penting ianya fresh segar terbaik dari ladang..





Dua jenis durian yang berbeza isi , rasa dan harga..cuba beli dan rasalah sendiri..baru tahu nikmat...


KEMAH DURIAN PARTY


Bagi yang bawa anak -anak ada juga taman mini arnab..boleh tengok jika boring - boring tengok durian..



Selain beli dan makan buah buahan ini kita juga dapat belajar dan lihat pelbagai buah NADIR.. buah yang semakin sukar kita lihat ...jika anda pakar cuba teka buah apa ni ?..nak tahu jawapan ..datang lah ke pesta buah ini...





Cuba teka buah apa ni ?..



Oleh itu tak rugi datang sini...beli buah, makan buah dan belajar buah....satu buah yang tak de...buah silat le...

Saturday, December 8, 2012

SHOWCASE SDSI 2012 TELAH BERMULA DI MITC MELAKA 7HB HINGGA 9HB 2012


Showcase SDSI dah bermula semalam di MITC Melaka dan saya sempat juga berkunjung semalam.



SDSI 2012 berlangsung di MITC Melaka ini merupakan acara tahunan terbesar untuk program SDSI..satu usaha kerajaan untuk mempromosikan industri yang ada di setiap daerah dinegara kita.

SDSI ini bukan sahaja program dinegara kita, bahkan ia turut ada di hampir semua negara di Asean ini.


Showcase SDSI ini adalah dianjurkan oleh MITI dan pelbagai agensi dibawah MITI..

PAVILON MITI

PAVILON HOMESTAY


PAVILON ICU



PAVILON KKLW




PAVILON KRAFTANGAN



PAVILON NEGERI PERAK


PAVILON NEGERI PERLIS.


PAVILON ANTARABANGSA DARI INDIA DAN CAMBODIA 

Pavilon menjual pelbagai batu permata...murah-murah dan cantik - cantik..


Selain itu ada juga seminar...

Seminar Pelaburan Oleh En Azizi Ali..

TIP PELABURAN OLEH EN. AZIZI ALI




Monday, December 3, 2012

SHOWCASE SATU DAERAH SATU INDUSTRI MITC MELAKA 2012 atau SDSI 2012 MELAKA


SHOW CASE SATU DAERAH SATU INDUSTRI 2012 akan berlangsung pada 7hb hingga 9hb Disember 2012 di MITC MELAKA..

Selepas MAHA 2012 berakhir semalam, hujung minggu ini akan bermula pula showcase SDSI 2012..jangan lepaskan peluang untuk ke MELAKA dan mengunjungi SDSI 2012 ini.

Pelbagai acara telah di atur di SDSI Melaka ini yang meliputi pameran pelbagai produk SDSI, peluang untuk menimati pelbagai makanan Malaysia di MENU MALAYSIA, seminar keusahawanan dan pelbagai pertunjukan kebudayaan disamping jualan buah - buahan oleh FAMA..


Pengisian program sepanjang tiga (3) hari pameran adalah terdiri daripada enam (6) program/aktiviti iaitu:

Pameran dan Jualan;

Seminar Keusahawanan;

Business Matching ;

Klinik Usahawan;

Menu Malaysia;

Aktiviti Tarikan Pengunjung; dan

Pertandingan SDSI.


SEMINAR KEUSAHAWANAN.


Antara yang akan memberi ceramah dalam seminar keusahawanan di SDSI 2012 adalah En.Azizi Ali....

Saturday, December 1, 2012

UPIN DAN IPIN PUN ADA DI MAHA 2012



Upin dan Ipin pun ada di MAHA 2012..di Agrobazaar samada waktu pagi ataupun petang..macam -macam adalah di MAHA 2012 kali ini...


Nenas Gergasi.


Gerbang Nenas..teka berapa biji ?..


Laman Penternakan..tu dia nak keluaq ..




Tulang ikan paus pun ade..



Nak bergaya koboi pun ada ....




Nak ke sawah boleh di MAHA 2012..




Lapar...jom pekena pelbagai sajian popular..di MAHA 2012..

Friday, November 30, 2012

PRODUK HERBA, BARANG MISTIK DAN AJAIB ADA DI MAHA 2012

MAHA 2012 akan berakhir pada 2 Disember 2012..hanya ada 3 hari lagi.Jika anda belum lawati MAHA 2012..ANDA MASIH ADA MASA...

Di MAHA 2012 terdapat jualan dan juga pameran pelbagai produk herba di Dewan D atau HALL D AGROBAZAAR..

Disamping itu juga terdapat jualan barangan mistik seperti kayu tas, raja kayu , buloh tumpat dan macam -macam lagi..pada harga yang berpatutan..sebahagian jualan ini berada di HALL D AGROBAZAAR..carilah produk ini disana..

KAYU TAS..untuk jauhkan binatang buas..



Raja Kayu


Belalang Dewa.. dijadikan bahan campuran untuk makjun kesihatan badan.

Goreng pisang guna tangan sahaja..

Jangan cuba -cuba goreng kat rumah ye..


Ada usahawan tawarkan cabutan bertuah dengan pembelian..
Ada usahawan yang menerima bayaran guna kad kredit atau debit..
Jika anda lapar..singgah lah ke SAJIAN POPULAR MALAYSIA..macam -macam makanan popular seluruh MALAYSIA ada kat situ...

 Ruang makan yang selesa..di SAJIAN POPULAR MALAYSIA..

Nasi Dagang Terengganu...tak perlu susah payah ke Terengganu lagi..ke MAHA 2012 aje..semua ada..




Dah cuba CENDOL SONGKOK TINGGI ?..cuba la kan pelik tu..harga berpatutan..

MENULIS KEMBALI

PANDUAN TEMUDUGA

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NAMA :NOH

Akaun Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.