Saturday, March 9, 2013

KEBUN TINGKAP ATAU WINDOW GARDEN


Semalam saya adalah pergi ke Tesco nak beli sayur..maknya..mahal lah sayur sekarang ni..so bila lihat sayur mahal terasa nak berkebun sayur untuk makan sendiri..

Nak tanam ..tak de kawasan lapang..so..cari kat internet..jumpa pula cara baru berkebun ni..terutama mereka yang tinggal dibandar macam saya ni..

Yup..window garden atau kebun tingkap..betui ka traslation ni ?..apa pun dengan azam yang baru saya pun mula lah cuba buat..

Nak tahu lanjut anda boleh lihat video ini..



Sehingga kini saya belum jumpa lagi orang buat kebun tingkap ni..he he nampak menarik..cara nak buat pun mudah..ada macam - macam teknik..banyak yang guna bahan tak terpakai lagi seperti botol plastik..

Ok saya cuba dahulu..tanam sayur, tomato..dll...sayuran berdaun ..dapat fresh food..hanya dari depan tingkat..

Hope dapat jimat belanja..sayur terjamin tiada bahan kimia..kerana tanam sendiri...makan sendiri.. c you..

Friday, February 15, 2013

2 Tips Untuk Meningkatkan Pengunjung dan Pembaca Sebanyak 300% ke Laman Blog Makanan Anda


Pada hari isnin yang lalu saya ada menulis peri pentingnya pengusaha makanan memiliki sebuah blog yang berkaitan dengan produk atau syarikat pengeluaran makanan yang anda usahakan.

Mungkin sebahagian usahawan dah ada blog namun ada juga yang mengeluh kerana tiada pelawat ataupun pembaca yang singgah membaca blog mereka.

Oleh itu hari ini saya nak kongsikan 2 tips bagaimana anda boleh meningkatkan pengunjung dan pembaca keblog perniagaan anda..

Terdapat tujuh kaedah yang terbukti untuk membina pembaca setia untuk blog anda. 

Semuanya bermula dengan menentukan tujuan atau matlamat, blog anda. 

Kemudian, selepas anda mempunyai blog yang menambah nilai hidup manusia, anda perlu mendapatkan beberapa ramai mungkin pelawat (trafik) ke blog anda untuk menentukan kejayaan blog tersebut.

Berikut adalah tujuh tips untuk membantu anda membina pembaca setia untuk blog anda:

Tip # 1: Menyediakan kandungan yang berkualiti (Quality Content)

Apakah kandungan yang berkualiti? 

Kualiti kandungan blog anda secara langsung berkaitan dengan sejauh mana anda telah mengenalpasti pembaca ideal anda.

Contohnya, adakah pembaca blog anda golongan pelabur hartanah muda? 
Teknik penulisan blog anda akan berbeza dengan blogger yang menulis untuk pembaca blog gossip artis.

Penulis blog yang berjaya hendaklah memenuhi citarasa, minat dan isu-isu terkini yang berkaitan dengan pembaca ideal anda.

Jika anda membuat blogpost yang mereka suka dan ingin kembali ke blog anda untuk membaca, 
anda mempunyai kandungan yang berkualiti.

Perkara kedua ialah untuk mengekalkan topik yang sama kepada penonton anda dan gaya bahasa blog anda. 

Jika orang membaca blog anda, ia adalah kerana mereka suka topik anda dan gaya bahasa anda. 

Cuba untuk tidak menyimpang dari topik yang biasa anda gunakan dan kekalkan gaya bahasa anda.

Jadi, pembaca blog anda akan datang kembali ke blog anda dan mengharapkan anda memberikan kandungan yang berkualiti untuk tatapan mereka.


Tip # 2: Post di Blog dengan kerap

Jika anda tidak mengemaskini blog anda dengan kearp, pembaca blog akan berpindah ke blog lain. 

Terdapat terlalu banyak blog di luar sana bersaing untuk perhatian pembaca. Pembaca blog akan pergi di mana mereka boleh mendapatkan info yang mereka mahu.

Blog yang berjaya memerlukan komitmen masa anda. Apabila anda memulakan blog dan ingin untuk menangkap penonton, anda perlu bersedia untuk menulis blog post setiap hari. 

Dengan cara ini, pembaca blog anda pun akan datang ke blog anda setiap hari, macam penagih yang ketagihan info. 

Ini bermakna anda juga harus cuba untuk pos pada masa yang sama setiap hari,contohnya pada pukul 9 pagi.

Pembaca anda akan membiasakan diri dengan jadual anda dan memeriksa blog anda pada masa yang sesuai. Yang penting, anda konsisten dengan jadual blog posting anda.

HINT: Ramai orang baca blog masa waktu kerja. Jadi, kalau post pukul 9 pagi secara konsisten, blog anda mungkin akan jadi antara website pertama yang mereka buka apabila sampai di pejabat. :)

Oleh kerana anda kini mempunyai kandungan yang berkualiti dan jadual tetap posting, sudah tiba masanya untuk memandu pembaca ke blog anda. 

Teknik word-of-mouth atau viral marketing akan berlaku secara automatik apabila anda ada kandungan yang berkualiti dan jadual posting yang tetap.

Apa itu word-of-mouth? Maksudnya, pembaca blog anda akan memberitahu pada rakan-rakan mereka tentang blog anda, menyebabkan pembaca blog anda bertambah dari hari ke hari.

Nak tahu bagaimana Bagaimana kisah seorang Newbie Yang Tidak Dikenali Bertukar Daripada Penulis Blog Biasa-Biasa Sahaja Kepada Selebriti Pakar Yang Kaya Dan Berjaya dalam masa 8 bulan sahaja?

Segala rahsia beliau akan terbongkar di sini: KLIK SINI


Jumpa lagi

Monday, February 11, 2013

PENGUSAHA MAKANAN PERLU JUGA BERADA DI INTERNET


Salamsejahtera kepada semua pembaca, hari ini saya nak kongsikan sedikit perkara penting yang mana saya lihat banyak pengusaha makanan tidak memilikinya..

Pada pandangan saya pengusaha makanan samaada pengilang atau kedai yang menjual produk makanan perlu juga berada di dunia maya atau online ini. Para pengusaha boleh bermula dengan menulis di blog berkaitan dengan industri makanan yang mereka ceburi.

Pada hari ini ramai orang dah dapat melayari internet ini dan perkongsian  apa jua aktiviti pengilangan anda sama ada melalui penulisan blog menggunakan blogspot, saya yakin mampu mendekatkan syarikat anda dengan ribuan pembaca yang mana sebahagiannya nanti akan menjadi pelanggan anda.

Menulis dengan cara bersahaja menggunakan blogspot yang percuma , bukan sekadar memberi pengetahuan bahkan ia mampu memberikan pulangan yang lumayan dan berterusan kepada jualan syarikat anda.

Anda juga boleh upload gambar dan video serta senarai kat mana produk - produk anda boleh didapati. Anda juga boleh ceritakan  promosi produk anda ataupun aktiviti promosi yang anda buat ..samaada tarikh dan lokasi..dan berikan special price kepada pembaca blog yang datang ke tempat promosi anda !.

eh tak tahu la nak tulis blog ni !..boleh belajar la..KLIK SINI

Bila menulis diblog ni rajin-rajin lah up date ye..sekurang -kurangnya sebulan sekali...

Oleh itu jika buat bisnes makanan , jangan lupa guna blog untuk mempromosikan bisnes makanan anda....


Tuesday, January 8, 2013

MADU LEBAH ASLI BUKAN SEKADAR MAKANAN DAN UBAT


Madu lebah asli bukan sahaja sekadar makanan dan ubat bahkan kegunaan madu lebah asli amat banyak kegunaannya..

Semalam semasa saya sedang mengoreng, tiba - tiba tangan saya terkena minyak panas ..aduss sakitnya..saya teringat petua masa saya hadir seminar madu, maka cepat -cepat saya sapukan madu pada tempat yang terkena minyak panas dan membiarkan madu asli itu kering kat tangan.

Alhamdulilah..tangan saya tak melecur dan sakit pun dah hilang..maka  timbulah rasa nak kongsi satu lagi kegunaan madu lebah asli ini yang pernah saya belajar..

Madu lebah asli juga banyak digunakan di sesetengah negara untuk dijadikan bahan untuk mengurut atau massage.

Mengurut badan dengan menggunakan madu lebah asli ini,dapat membuang toksik dalam badan dan memberikan kesegaran pada badan dengan cepat.

Lihat video ini..dan cubalah buat urutan menggunakan madu asli ini..



Saya belum pernah lagi jumpa mengurut badan dengan guna madu lebah asli ini kat negara kita..

Friday, January 4, 2013

CARA BUAT MEE KUNING DENGAN TANGAN AJE..CUBA TRY..


Cara buat mee kuning dengan menggunakan tangan aje..amat popularlah di negara China. Mee Kuning merupakan satu daripada makanan yang amat digemari oleh kita semua.

Mee kuning ini pada asalnya banyak dihasilkan oleh orang cina dinegara kita, namun kita semakin banyak orang melayu pun dah pandai buat mee kuning ini hasil tunjuk ajar oleh pihak MARDI dan juga guru -guru lain yang terdapat dinegara kita.

Saya masih ingalah semasa saya menjalani latihan amali di Mardi Padang Pak Amat suatu masa dahulu, saya turut berpeluang belajar buat mee kuning ini semasa pihak MARDI anjurkan kursus buat mee kuning ini pada usahawan IKS.

Pada masa dahulu pengeluar mee kuning ini biasanya adalah juga pengeluar roti atau hasilan bakeri yang lain kerana bahan mentahnya adalah sama ia itu gandum.

Buat mee kuning biasannya menggunakan pelbagai jenis mesin untuk menghasilkan mee kuning dalam kuantiti yang banyak untuk kita jual pada pasaran..

Kini bila semakin ramai yang dah pandai buat mee kuning dan jual mee kuning, maka isu persaingan dalam pemasaran mee kuning timbul.

Dan yang lebih menarik lagi ada kedai - kedai makan  dan juga restoran dah mula buat mee kuning sendiri untuk kegunaan restoran mereka.

Namun mee kuning ini sebenarnya ada pasaran tersendiri, cuma apa yang perlu usahawan  buat adalah kenalpasti sasaran pasaran dan juga teknik pemasaran yang tepat.

Satu lagi cara nak buat mee kuning ini adalah dengan menggunakan tangan 100%. Belajar dan cubalah buat mee kuning ini dengan tangan sendiri, jika dah mahir boleh buka kedai jual masakan mee kerana disamping kemahiran membuat mee ini, kaedah buat mee kuning dengan tangan ini boleh menjadi satu daya tarikan kepada kedai kita..

Jika kini pembuat roti canai dan produk yang berkaitan ada dijual direstoran kenapa pula tidak kita lariskan kedai makan kita dengan buat mee kuning dengan tangan ini .

Nak buat mee kuning dengan tangan ini saya lihat tak susah mana pun....namun kita kena belajar dan praktis aje untuk meningkatkan kemahiran..

Cara mudah nak belajar tonton video ini..

CARA MENGULI

CARA MENARIK MEE KUNING..
Jom pakat cuba buat mee kuning dengan tangan..JANGAN LUPA MEE KUNING YANG DI HASILKAN KEMUDIAN DIREBUS DALAM AIR YANG ADA SEDIKIT MINYAK SAMPAI MEE ITU TIMBUL DAN KEMUDIAN DI SEJATKAN ...maka jadilah mee kuning yang kemudian boleh dibuat mee goreng, mee rebus, mee sup , mee bandung muar dan lain - lain..
Jika tak menjadi pada cubaan pertama ..cuba lagi..kerana PAKAR CHEF pun buat perkara yang sama.

Lihat bagaimana penghasilan mee kuning ini ditunjukan ditingkap kaca restoran sebagai daya penarik pelanggan makan ke restoran..



MENULIS KEMBALI

PANDUAN TEMUDUGA

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NAMA :NOH

Akaun Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.