Satu Pameran dan Jualan Produk Pertanian di PWTC pada 13 hingga 16 Februari 2014 jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam. Pelbagai produk menarik menanti anda - Pakej Percutian Agro Pelancongan, Produk Orang Asli, Kopi Gourmet Malaysia, Hasil Tani Segar terus dari ladang, Produk Agro Makanan terus dari kilang, Pelbagai jenis Orkid, Lada Sarawak serta peluang perniagaan dalam Industri Asas Tani. Untuk maklumat lanjut sila layari www.dagri.com.my
Antara produk - produk yang dijual..
Luang masa anda untuk datang dan melihat produk - produk pertanian dan makanan serta peluang - peluang bisnes di sini.. ye
Satu seminar keusahawanan dan pemasaran produk rumpai laut akan diadakan oleh Unit Penyelidikan Rumpai Laut, Univerisiti Malaysia Sabah dengan kerjasama Kementerian Pertaniandan Industri Asas Tani,
Jabatan Perikanan Malaysia,LembagaPemasaranPertanian Persekutuan dengan disokong oleh syarikat Suci Nutrisi Sdn. Bhd dan AnNajah Supply & Marketing pada 25 – 26 Jun 2013 di Hotel Grand Blue Wave
Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Tujuan
Tujuan utama mengadakan seminar ini adalah:
1. Memberi gambaran sebenar berkenaan dengan industri rumpai laut negara.
2. Merebut peluang-peluang perniagaan yang dijana dari industri rumpai laut.
3. Menjalin jaringan perniagaan antara pemain-pemain industri.
4. Mendedahkan peserta dengan cara pemasaran yang berkesan.
5. Mendedahkan peserta dengan insentif dan bantuan yang boleh diperolehi dari pihak kerajaan dan agensi agensi lain.
6. Mendedahkan peserta dengan kualiti yang diguna-pakai dalam pemasaran produk rumpai laut.
7. Mewujudkan Kelab Usahawan Rumpai Laut Negara.
Siapa patut hadir
1. Penanam dan pengkultur rumpai laut.
2. Peniaga dan pemborong rumpai laut.
3. Pengilang dan pembuat produk rumpai laut.
2. Usahawan pemprosesan hiliran rumpai laut.
3. Penjual produk rumpai laut.
4. Pengedar dan agen produk-produk rumpai laut.
5. Usahawan –usahawan baharu yang ingin menceburi pemasaran rumpailaut.
6.Pegawai kerajaan dan ahli akademik, yang terlibat dalam pemasaran dan pembangunan industri rumpai laut
7. Orang awam yang ingin mengetahui berkenaan industri rumpai laut.
Kek dalam balang atau kek dalam botol merupakan satu daripada tren terkini dalam penghasilan dan pemasaran produk kek.
Kek dalam balang atau kek dalam botol boleh dihias menarik dan boleh dijadikan sumber perniagaan kek yang baru terutama untuk majlis - majils perkahwinan, hari lahir dan seumpamanya..
Pengisian kek dalam botol memudahkan untuk kita hidangkan kepada tetamu atau makan sendiri dan juga simpan dalam peti sejuk. Bagi peniagaan mudah nak buat hantaran kerana tak mudah kemik dan merosakkan struktuk kek.
Pelbagai bentuk botol kaca dan topping boleh kita gunakan untuk memberikan hasil yang menarik dan menambah selera..yang popular saya tahu adalah bentuk pelangi atau rainbow..
Paling menarik bagi saya dah ada usahawan yang buat bisnes ini seperti yang dilapor oleh KOSMO ni..
Semalam saya adalah pergi ke Tesco nak beli sayur..maknya..mahal lah sayur sekarang ni..so bila lihat sayur mahal terasa nak berkebun sayur untuk makan sendiri..
Nak tanam ..tak de kawasan lapang..so..cari kat internet..jumpa pula cara baru berkebun ni..terutama mereka yang tinggal dibandar macam saya ni..
Yup..window garden atau kebun tingkap..betui ka traslation ni ?..apa pun dengan azam yang baru saya pun mula lah cuba buat..
Nak tahu lanjut anda boleh lihat video ini..
Sehingga kini saya belum jumpa lagi orang buat kebun tingkap ni..he he nampak menarik..cara nak buat pun mudah..ada macam - macam teknik..banyak yang guna bahan tak terpakai lagi seperti botol plastik..
Ok saya cuba dahulu..tanam sayur, tomato..dll...sayuran berdaun ..dapat fresh food..hanya dari depan tingkat..
Hope dapat jimat belanja..sayur terjamin tiada bahan kimia..kerana tanam sendiri...makan sendiri.. c you..