Sunday, June 29, 2014
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN
Salamsejahtera, terlebih dahulu saya nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia dan penuh berkat ini. Semua kita semua dapat berpuasa penuh di bulan ini dan sama- sama kita pertingkatkan amal ibadat.
Jika anda membeli atau menjual makanan untuk berbuka pastikan membeli makanan yang bersih dan ditempat yang bersih supaya tidak berlaku keracunan makanan.
Selamat Berpuasa dan Berbuka..
Thursday, February 6, 2014
D'AGRI EXPO : EKSPO PERTANIAN DI PWTC PADA 13 - 16 FEBRUARY 2014
D'Agri Ekspo Pertanian
Satu Pameran dan Jualan Produk Pertanian di PWTC pada 13 hingga 16 Februari 2014 jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam. Pelbagai produk menarik menanti anda - Pakej Percutian Agro Pelancongan, Produk Orang Asli, Kopi Gourmet Malaysia, Hasil Tani Segar terus dari ladang, Produk Agro Makanan terus dari kilang, Pelbagai jenis Orkid, Lada Sarawak serta peluang perniagaan dalam Industri Asas Tani. Untuk maklumat lanjut sila layari www.dagri.com.my
Antara produk - produk yang dijual..
Satu Pameran dan Jualan Produk Pertanian di PWTC pada 13 hingga 16 Februari 2014 jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam. Pelbagai produk menarik menanti anda - Pakej Percutian Agro Pelancongan, Produk Orang Asli, Kopi Gourmet Malaysia, Hasil Tani Segar terus dari ladang, Produk Agro Makanan terus dari kilang, Pelbagai jenis Orkid, Lada Sarawak serta peluang perniagaan dalam Industri Asas Tani. Untuk maklumat lanjut sila layari www.dagri.com.my
Antara produk - produk yang dijual..
Luang masa anda untuk datang dan melihat produk - produk pertanian dan makanan serta peluang - peluang bisnes di sini.. ye
Monday, June 10, 2013
SEMINAR KEUSAHAWANAN DAN PEMASARAN PRODUK RUMPAI LAUT SIRI 1-2013
Satu seminar keusahawanan dan pemasaran produk rumpai laut akan diadakan oleh Unit Penyelidikan Rumpai Laut, Univerisiti Malaysia Sabah dengan kerjasama Kementerian Pertaniandan Industri Asas Tani,
Jabatan Perikanan Malaysia,LembagaPemasaranPertanian Persekutuan dengan disokong oleh syarikat Suci Nutrisi Sdn. Bhd dan AnNajah Supply & Marketing pada 25 – 26 Jun 2013 di Hotel Grand Blue Wave
Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Tujuan
Tujuan utama mengadakan seminar ini adalah:
1. Memberi gambaran sebenar berkenaan dengan industri rumpai laut negara.
2. Merebut peluang-peluang perniagaan yang dijana dari industri rumpai laut.
3. Menjalin jaringan perniagaan antara pemain-pemain industri.
4. Mendedahkan peserta dengan cara pemasaran yang berkesan.
5. Mendedahkan peserta dengan insentif dan bantuan yang boleh diperolehi dari pihak kerajaan dan agensi agensi lain.
6. Mendedahkan peserta dengan kualiti yang diguna-pakai dalam pemasaran produk rumpai laut.
7. Mewujudkan Kelab Usahawan Rumpai Laut Negara.
Siapa patut hadir
1. Penanam dan pengkultur rumpai laut.
2. Peniaga dan pemborong rumpai laut.
3. Pengilang dan pembuat produk rumpai laut.
2. Usahawan pemprosesan hiliran rumpai laut.
3. Penjual produk rumpai laut.
4. Pengedar dan agen produk-produk rumpai laut.
5. Usahawan –usahawan baharu yang ingin menceburi pemasaran rumpailaut.
6.Pegawai kerajaan dan ahli akademik, yang terlibat dalam pemasaran dan pembangunan industri rumpai laut
7. Orang awam yang ingin mengetahui berkenaan industri rumpai laut.
Yuran penyertaan
: RM120.00 seorang
Tarikh tutup : 23 Jun
2013
Bayaran :Draf
Bank/Tunai/Wang Possemasapendaftaran.
Bayaran kepada
:Yayasan Universiti Malaysia Sabah
Hubungi urusetia bagi pendaftaran;
Lydia
H. Felix –014-8609118/016-8227007
Fax:
088-320039
Saturday, April 6, 2013
RAHSIA KEK BALANG ATAU KEK DALAM BOTOL
Kek dalam balang atau kek dalam botol merupakan satu daripada tren terkini dalam penghasilan dan pemasaran produk kek.
Kek dalam balang atau kek dalam botol boleh dihias menarik dan boleh dijadikan sumber perniagaan kek yang baru terutama untuk majlis - majils perkahwinan, hari lahir dan seumpamanya..
Pengisian kek dalam botol memudahkan untuk kita hidangkan kepada tetamu atau makan sendiri dan juga simpan dalam peti sejuk. Bagi peniagaan mudah nak buat hantaran kerana tak mudah kemik dan merosakkan struktuk kek.
Pelbagai bentuk botol kaca dan topping boleh kita gunakan untuk memberikan hasil yang menarik dan menambah selera..yang popular saya tahu adalah bentuk pelangi atau rainbow..
Paling menarik bagi saya dah ada usahawan yang buat bisnes ini seperti yang dilapor oleh KOSMO ni..
Untuk rujukkan boleh baca sini KLIK > REZEKI KEK BALANG
Bagaimana nak buat kek balang ini ye..tontonlah video ini...
Wednesday, March 27, 2013
LAW KANA BAINANA "If The Beloved Were Among Us"
LAW KANA BAINANA
----------
Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.
Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...
Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.
Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...
Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.
Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....
Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.
Subscribe to:
Posts (Atom)
SUMBANGAN IKHLAS
Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.
Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:
NAMA :NOH
Akaun Maybank No. 112361650899.