Saturday, April 11, 2009

Mesin Buat Mee Kuning

Hari ini saya dah pergi ke Gaint Kota Damansara untuk beli mesin buat mee kuning. Di Gaint ni ada jual 2 jenis mesin buat mee kuning ni, satu mesin mee kuning buatan China dan yang satu lagi mesin mee kuning buatan Itali. Harga mesin buat mee kuning ni pun berbeza.Buatan China harga lebih kurang RM35.00 manakala mesin mee kuning buatan Itali ni pula harganya RM55.00.

Saya pun beli mesin mee kuning buatan Itali ni sebab kurang yakin dengan kualiti mesin mee kuning buatan China ni..takut ada melamine..he..he. Saya rasa nak cuba buat mee kuning ini esok sebab balik rumah pun dah maghrib. Bagi saya setiap makanan yang kita minat maka kita perlu belajar dan buat. Ini kerana akan ada suatu masa kita tak dapat beli, tapi kita teringin sangat nak makan. Dalam kes saya satu daripadanya adalah mee kuning.

Mee kuning ni jika dahulunya hanya orang cina yang tahu buat, namun kini orang melayu pun dah tahu membuat mee kuning ini. Namun sesetengah tempat masih lagi sukar untuk mencari pengusaha melayu buat mee kuning ini.Oleh itu esok pagi saya akan cuba buat mee kuning ini dan daripada buat mee kuning saya akan masak mee kari pula..tunggu.....

2 comments:

NeoBalanoCarpus said...

kalau saudara/i bleh kongsikan cara nak wat mee ngan saya, bleh emailkan kat saya..harap sgt2 nak blaja wat mee kuning ni..terima kasih..

ibnwanza,at,yahoo,dot,com

stranger (: said...

interesting . nak cara2 mmbuat die boleh ?

MENULIS KEMBALI

PANDUAN TEMUDUGA

SUMBANGAN IKHLAS

Untuk menjayakan dan memantapkan lagi keupayaan saya berkongsi ilmu, SUMBANGAN IKHLAS daripada pembaca amat di alu - alukan.

Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui:

NAMA :NOH

Akaun Maybank No. 112361650899.

Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan.